Showing posts with label BANJIR. Show all posts
Showing posts with label BANJIR. Show all posts

Sunday, 4 December 2016

APA AKTIVITI MUSIM BANJIR KORANG?

Assalamualaikum w.b.t &  salam sejahtera

Musim hujan tiba lagi .  ore kelatey kato piye boh. Bahasa melayu kata musim banjir. Atau musim bah. Bula imbad zaman dulu-dulu, selain makan pelbagai  juadah berasaskan ubian dan  keledek, aktiviti fizikal juga tak di lupa.. Hihi
Buat boatbguna kertas je (origami) 



Kalau zaman kecik2 dulu ada paya di belakang rumah.  Kalau musim banjir begini,  akan penuh airnya.mula lah budak kampung cari cacing  ke cengkerik ke , nak buat pancing. Pancing pun sinple je, pakai je ranting2 kayu heheh.. Tak tunggu, letak je, hihi.. Dapatla ikan puyu kan.. Seronok bila dapat ikan, walaupun ikan tu ahkak tak makan. 

Lagi satu tu , time bah jugak,  pernah dgn mak,  sepupu sepapat,  pergi tengok air yang naik πŸ˜‚πŸ˜‚ rasa seronok kot tengok hihi.. Tapi sekarang ,  paya tu dah banyak orang bina rumah, dah di tambak tanak, dah jadi sempit,  air pon dah tak bersih sebab tak mengalir.. huuhuu.. 
Haa ni lagi satu..  Suka buat origami bina kapal atau boat, nak letak dekat aliran air hihi..  Pastu kadang2 lumba, kapal sapa laju..  Bila time ujan berenti,  siaplaaa kena bebel kat ma,  sampah beb! Hihi.. 
.. 
Paling heaven, mandi hujan hahahaha..  Kata orang kalau hujan pertama, tak boleh mandi, nanti demam. Kalau hujan dah lama boleh. Hurmm ada betuknya juga kan. Mungkin hujan yang pertama tu mengandungi particles2 yang tak elok turun bersama hujan.. 
.
Budak2 zaman dulu lasak, kebal, susah nak demam, sistem imun tinggi. Kan. Tapi budak zaman sekarang, kena hujan sikit dah mula demam selesema. Beza sungguh. Banyak faktor sistem imun lemah ni.  Satunya, faktor sekitar yang dah tak bersih dan selamat macam dulu. Keduanya, pemakanan seharian. Dulu, mana ade berleluasa sangat fast pmfood, junk food, processed food dan sebgainya kan. Budak sekarang,  ulam pon tak kenai. Memang perlubamalkan suplemen untuk boost immune sistem tu  
Hihi.. Rindu nak mandi air hujanπŸ˜‰πŸ˜‰. P/s,  nak mandi hujan boleh, pasyikan juga jaga keselamatan naaaa 
Apa aktiviti musim hujan n korang yea??
Cer share.. 
.
Salam sayang,
AyuAdyani
Ibu anak tiga

__________________________________________________________________________________________ WEB RASMI UNTUK BISNES SHAKLEE SAYA TELAH BERPINDAH KE http://ohmyvitamin.com

Tuesday, 6 January 2015

BANJIR TANDA ALLAH SAYANG: GARIS PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN SEMASA BANJIR

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Penghujung tahun 2014, Seluruh rakyat Malaysia berdukacita dengan berita banjir yang di alami oleh penduduk-penduduk pantai timur terutamanya Kelantan. Dikatakan banjir kali ini merupakan banjir yang luar biasa hebat, dalam sejarahnya. Ada pula yang menyatakan keadaan banjit ini tak kurang juga seperti tsuami. Subhanallah..Walau apapun yang terjadi, itu adalah kettentuan ALLAH yang pasti mengandungi hikmah, Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan untuk meningkatkan darjat di sisi NYA. Disini saya kongsikan garis panduan penjagaan kesihatan semasa banjir.




Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak. lihat cara dapatkan air bersih di SINI.
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    • Guna tandas yang sempurna
    • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
SEMOGA BERMANFAAT

p/s: jom sama2 bantu mangsa2 banjir ini agar mereka bisa menjalani kehidupan seperti biasa..

-----------------------------------------------------------------------------------------

#KONGSI KEBAIKAN

#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75
 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.


 

BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DISKAUN HARGA DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI
________________________________________________________________
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

SUMBER: http://www.infosihat.gov.my/

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU