Showing posts with label KESIHATAN JANTUNG. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN JANTUNG. Show all posts

Thursday, 14 May 2015

10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Selain dari senaman, makan juga memankan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan jantung. Jantung adalah organ yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Jika jantung tidak sihat, maka seluruh fungsi anggota yang lain akan terjejas kerana darah yang membawa oksigen tidak sampai ke bahagian tersebut. Berikut disenarai 10 makanan yang baik untuk kesihatan jantung.


10 makanan yang baik untuk kesihatann jantung:

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah
pembentukan plak di dinding arteri.
2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.
“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
“Avokat sangat baik.Makanan ini memungkinkan penyerapan karotenoid lain, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung,” menurut Sinatra.
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami
dicampurkan dengan oatmeal.
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.


Mencegah aalah lebh baik dan lebih 'murah' dari mengubati. Jom kita lihat apa yang Shaklee boleh bantu kita untuk mendapatkan jantung yang sihat. ikuti 4 langkah mudah di bawah:
Apa yang details 4 langkah tersebut? 
BETUL KE BERKESAN SET JANTUNG SIHAT NI?

testimoni:

haaaaa...tunggu apa lagi?
INGINKAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN JANTUNG?
Boleh huungi saya atau klik link di bawah:

P/S: BILA DAH DAPAT VITAMIN, HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN JADUAL MAKAN DAN KHIDMAT KONSULTASI BERTERUSAN SECARA EKSLUSIF DAN PERCUMA YEA

KONGSI KEBAIKAN

#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

KREDIT:HOMELIFESTYLE.COM

Tuesday, 12 May 2015

SENAMAN FIZIKAL SEPERTI AEROBIK BAIK UNTUK TINGKATKAN KECERGASAN JANTUNG YANG SIHAT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA


Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi menjadi faktor risiko utama bagi sakit jantung koronari. Secara perbandingannya, risiko sakit jantung koronari yang dikaitkan dengan ketiadaan aktiviti fizikal adalah antara 1.5 hingga 2.4, iaitu peningkatan risiko yang sebanding dengan kadar kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan merokok.
Sebenarnya kegiatan ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.
Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.
Ramai orang tidak sedar tentang manfaat bersenam untuk menjaga kesihatan jantung, justeru mereka tidak begitu mengendahkannya. Menyedari hakikat ini, kami telah menyediakan jawapan kami untuk menjawab beberapa persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran anda:
Jika saya bersenam, bolehkah saya mencegah sakit jantung?
Tidak bersenam, seperti juga merokok, tekanan darah tinggi dan kolesterol darah yang tinggi, merupakan salah satu daripada faktor risiko utama sakit jantung yang boleh diubah.
Senaman tidak akan menjamin anda bebas daripada sakit jantung tetapi anda boleh mengurangkan kebarangkalian menghidap penyakit ini jika anda sanggup mengelakkan faktor risikonya.
Patutkah saya berjumpa doktor sebelum mula melakukan kegiatan fizikal?
Mereka yang dalam lingkungan usia pertengahan dan lanjut yang tidak aktif dan menghadapi risiko sakit jantung yang tinggi (atau yang sudah mengalami masalah kesihatan) harus mendapatkan nasihat perubatan sebelum meningkatkan tahap kegiatan fizikal masing-masing dengan ketara.
Sebenarnya orang yang sihat, tanpa mengira usia, boleh menjalankan kegiatan fizikal tahap sederhana. Contohnya berjalan kaki secara sederhana, berkebun dan membersihkan laman tanpa perlu berjumpa doktor terlebih dahulu.
Berapa banyak kegiatan fizikal perlu dilakukan?
Jika anda tidak aktif, apa jua bentuk dan kadar kegiatan fizikal lebih baik daripada bergoyang kaki sahaja! Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap kecergasan rendah berkemungkinan besar meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang sederhana cergas.
Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 hingga 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50 - 80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.
Perlukah saya melakukan senaman be- rat?
Untuk mencapai manfaat kesihatan, senaman berat tidak perlu. Kegiatan yang sederhana selalunya sudah memadai untuk mengurangkan risiko kesihatan.
Jika anda berhasrat mencapai tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi, anda perlu meningkatkan kadar senaman secara beransur-ansur dan bersenam kebanyakan hari dalam seminggu, selama 30 - 60 minit pada 50 - 80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.
Adakah senaman meringankan kesan berbahaya faktor risiko lain?
Kajian menunjukkan bahawa kecergasan fizikal mengurangkan risiko sakit jantung walaupun di kalangan orang yang mengalami masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol darah tinggi.
Untuk mengurangkan risiko, anda seharusnya bergiat cergas dan mengelakkan faktor risiko lain yang boleh diubah, seperti asap rokok, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol darah tinggi dan berat badan berlebihan.
Bagaimana untuk menjaga kecergasan fizikal anak-anak saya?
Anda boleh menjadi teladan yang baik kepada mereka dengan melakukan kegiatan yang sihat untuk jantung. Hadkan aktiviti yang banyak duduk seperti menonton televisyen, video, dan permainan komputer kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
Lakukan kegiatan aktif semasa bercuti atau keluar bersiar-siar bersama keluarga atau sertai acara larian bersama mereka. Galakkan mereka melakukan kerja-kerja di rumah (potong rumput, sapu daun, berus lantai dan lain- lain) yang memerlukan pergerakan fizikal.
Cuba perhatikan sama ada anak anda berminat bersukan, kemudian galakkan perkembangan fizikal mereka dengan menghantar mereka menjalani latihan atau menyertai acara sukan.
Senaman baik untuk jantung!
Semua orang sedar betapa pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan jantung tetapi tidak melakukannya kerana tidak tahu tentang manfaatnya. Berikut adalah beberapa faedah bersenam untuk jantung:
* Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan
* Mengawal berat badan
* Memperbaiki tahap kolesterol darah
* Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan tenaga
* Membantu mengurangkan tekanan
* Mengurangkan ketegangan
* Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat
* Memupuk amalan yang menyihatkan jantung di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan masalah yang menyebabkan sakit jantung dan strok (kegemukan, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, amalan gaya hidup kurang baik dan sebagainya) apabila usia lanjut
* Di kalangan orang yang lebih tua, ia membantu mencegah atau mengelakkan penyakit kronik dan penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan dan mengekalkan kualiti kehidupan dan kemampuan untuk berdikari.
Arus pemodenan telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa. Pernahkah anda tertanya mengapa moyang dan datuk nenek kita hidup lebih lama daripada anak-anak kita hari ini.
Puncanya mungkin sikap pemalas dan kurang melakukan kegiatan fizikal. Sudah tiba masanya kita menjaga kesihatan jantung dengan bersenam hari ini!

Selain senaman, makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memelihara kesihatan jantung. Jom tengok 10 jenis makanan yang boleh membantu kita untuk mengekalkan kesihatan jantung DI SINI.

INGINKAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN JANTUNG?
Boleh huungi saya atau klik link di bawah:

P/S: BILA DAH DAPAT VITAMIN, HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN JADUAL MAKAN DAN KHIDMAT KONSULTASI BERTERUSAN SECARA EKSLUSIF DAN PERCUMA YEA

KONGSI KEBAIKAN

#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

_________________________________________________________________

 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

KREDIT:
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0812&sec=Kesihatan&pg=kn_08.htm#ixzz3Zrs9ls2F 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Oleh: DATUK DR. KHOO KAH LIN (Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin dan Jurulatih Kecergasan, Irene Nazira Lee)

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU