Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Monday, 23 May 2016

MENGAPA IBU HAMIL PERLU MENGAMBIL ZAT BESI SETIAP HARI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Zat besi (iron) merupakan salah satu nutrien yang penting sepanjang tempoh kehamilan. Pengambilan zat besi yang mencukupi semasa mengandung boleh mengurangkan risiko beberapa gejala penyakit, baik untuk ibu ataupun bayi dalam kandungan. Jom saya kongsikan, mengapa ibu hamil perlu mengambil zat besi dalam diet seharian, serta berapa pula jumlah zat besi yang diperlukan setiap hari.

ibu hamil zat besi
pengambilan zat besi untuk ibu hamil

APA KEPENTINGAN ZAT BESI UNTUK IBU HAMIL DAN BAYI?

Secara umumnya, zat besi diperlukan oleh ibu hamil untuk:
  1. Mengekalkan fungsi kognitif yang normal
  2. Mencegah kekurangan kebolehan bekerja
  3. Tempoh kehamilan yang lengkap
  4. Mengelakkan anemia ketika hamil dan elak dari berlakunya tumpah darah ketika proses melahirkan
Kelebihan zat besi untuk bayi dalam kandungan:
  1. Memastikan perkembangan fetus yang baik
  2. Mengelakkan berat badan yang rendah semasa lahir
  3. Menyokong perkembangan otak.
BERAPA BANYAK ZAT BESI YANG IBU HAMIL PERLU AMBIL SETIAP HARI?

Berdasarkan saranan Pengambilan Nutrien Malaysia, ibu hamil disarankan untuk mengambil 29mg zat besi semasa trimester pertama tempoh kehamilan. Zat besi yang diperolehi dari sayur-sayuran dan kekacang adalah kurang diserap oleh badan kita berbanding zat besi yang diperolehi daripada sumber haiwan (daging, ikan, ayam).
Bagi memenuhi keperluan zat besi, ibu hamil boleh amalkan:
  1. 3 ikat (1kg) bayam setiap hari
  2. 5 cawan (1.2 kg) kekacang sehari.
waah, banyak nya..macam tak larat je kan..
Alhamdulillah, untuk menyeesaikan masalah susah nak makan sayur sebanyak itu, jom kita tengok, apa yang Shaklee boleh bantu:

VITALEA IRON FORMULA
vitalea dewasa 2

Mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan yang optimum.
Selain itu, ia juga mengandungi asid folic yang sememangnya di akui amat diperlukan untuk ibu hamil. Mengambil masa kurang dari setengah jam untuk dihadam dan diserap oleh badan, menjadikan Vitalea iron formula ini sangat sesuai diambil oleh sesiapa sahaja, terutamanya ibu hamil.

TIPS: PENGAMBILAN VITALEA IRON FORMULA AKAN MENJADI LEBIH EFISYEN JIKA DIAMBIL BERSAMA VITAMIN C. (Sustained released vita C Shaklee merupakan vitamin C terbaik dunia tau)

NAK BANYAK LAGI TIPS KEHAMILAN/BERSALIN/MENYUSU? JOM HUBUNGI SAYA.

NAK CUBA RANGKAIAN PRODUK DARI SHAKLEE YANG DIJAMIN SENTIASA SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN?

HUBUNGI SAYA SEKARANG,

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP: 3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT
WEB: ohmyvitamin.com

#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN: KLIK DI SINI
BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.. MODAL SERENDAH RM75. PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”
#shakleeMalaysia
#shakleeBrunei
#shakleeSingapore
#vivix

__________________________________________________________________________________________ 
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Friday, 13 May 2016

KENAPA PERLU PAKAI MAKEUP REMOVER NUTRIWHITE WALAUPUN TAK PAKAI MEKAP?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Tajuk apa ni? Saya tak pakai makeup, tapi kena pakai makeup remover? Nak remove apa kalau dah Tak pakai makeup kan.. Haaa, ni lah nak bagitahu, saya dulu pun macam tu, pakai pencuci muka je, padahal tak pakai bedak atau foundation bagai, mascara? jauh sekali lah..hihi.. tapi…..

KENAPA PERLU MAKEUP REMOVER?

haaa  tapi apa? tapi..bla saya hadiri nutriwhite party, baru saya sedar, yang whitehead dan blackhead yang ada pada muka saya ni disebabkan oleh sisa-sisa kotoran daki akibat pencemaran yang berlaku, yang singgah di muka saya, seperti debu, habuk dan lain-lain. Hakikatnya, selama ini saya silap!


gandingan mantap, makeup remover dan foaming cleanser shaklee

selepas saya mengalami sendiri proses mencuci muka menggunakan 7 produk nutriwhiteShaklee, saya rasa sangat berbeza. Alkisahnya, saya dah 2 tahun tak buat facil di mana-mana pusat kecantikan, selepas serik tatkala kali terakhir berkunjung ke sana, selepas melahirkan anak ketiga, di mana selepas buat facial, muka saya dinaiki jerawat yang sangat teruk, sehingga menanah, jerawat besar sampai ke pangkal leherdan belakang badan. Sakit, pedih dan meninggalkan parut hitam..hehe.. oppss yang ini saya akan cerita dalam entry yang akan datang.

Hari ni nak fokus untuk makeup remover je.
ok, apa yang istimewanya makeup remover nutriwhite Shaklee ni?


review gentle action make up remover shaklee
ok.. yang istimewanya,

pertama sekali mestilah sebab ia Shaklee yang pastinya selamat, semulajadi dan berkesan kan..
Then, ia adalah “gentle action” yang pastinya bertindak secara lembut, dimana ia juga dirumus dengan tidak berminyak (memang best) dan mudah diserap oleh kulit. Tunas pokok bic yang digunakan pula menghilangkan sel mati, dengan lembut, tanpa meninggalkan kesan.ala-ala scrub gitu. Nutriwhite set takde scrub jadi, makeup remover ni lah scrub nye, tapi, awas!! ada tempoh masa die berapa lama perlu dipakai tau (yang ni tips ekslusif untuk rakan yang beli dengan saya je)
Aloe veranya pula menyegarkan dan menegangkan kulit. jadi, lepas pakai makeup remover ni, memang kulit akan rasa tegang, Sungguh! saya jarang nak buat produk review tentang skincare ni, tapi yang ini memang saya jatuh cintan-cintun, tahap jatuh dah tak bangun2 dah hihi..
So, lepas kelas hari tu, memang saya terus beli dan gunakan makeup remover. Hari-hari sental muka, baru 3 hari pakai dah nampak perubahan tau.. Perasan bila kawan2 tegur, muka dah tak kusam sangat macam sebelum2 ni..hihi..berbunga-bunga hati ku ini..
Jomlah dapatkan satu, nanti saya tolong ajarkan macam mana nak guna, oh ya, lupa nak bagitau, guna sikit je, sebesar duit 5 sen, memang tahan lama dan jimat kan?  haipps, tipss lagi ni..Nak tips yang lagi best? jom hubungi saya sekarang!

ITU KATA MEREKA..ITU PILIHAN MEREKA..
APA KATA ANDA..APA PULA PILIHAN ANDA?

hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT
BLOG:1)  DANISHDAMIADARIS.BLOGSPOT.MY
2) OHMYVITAMIN.COM
#KONGSI KEBAIKAN  #SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
PENGEDAR SHAKLEE PILIHAN ANDA
                                                       
“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”


__________________________________________________________________________________________ 

 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Wednesday, 11 May 2016

KENALI KANSER SERVIKS (BARAH PANGKAL RAHIM) SERTA SIAPA YANG BERISIKO

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Apa itu serviks? Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian dalam badan wanita di mana bayi membesar. Apa pula kanser serviks? Apa penyebab kanser serviks? Siapakah yang berisiko mengidap kanser serviks? Apakah pula gejala-gejalanya? Jom kita berkenalan dengan lebih lanjut dengan kanser serviks ni.

KANSR SERVIKS/ BARAH PANGKAL RAHIM

APAKAH ITU KANSER SERVIKS?

Kanser serviks atau Kanser pangkal rahim adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.

APAKAH PENYEBAB KANSER SERVIKS?

Penyebab kanser serviks tidak diketahui tetapi faktor-faktor risiko untuk mendapat kanser serviks adalah seperti berikut:
  1. Jangkitan HUMAN PAPILLOMA VIRUS(HPV) melalui hubungan seks.
  2. ramai pasangan seks
  3. memulakan hubungan seks sebelum usia 18 tahun
  4. merokok
  5. sejarah jangkitan kelamin
kanser serviks

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGIDAP KANSER SERVIKS?

Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks

faktor risiko kanser serviks

APAKAH GEJALA KANSER SERVIKS?
  1. Faraj berair dan berbau
  2. Pendarahan melalui faraj antara haid
  3. Pendarahan dari faraj lepas putus haid
  4. Pendarahan dari faraj selepas hubungan seks
  5. Sakit semasa hubungan seks
BAGAIMANA MENCEGAH KANSER SERVIKS?
  1. Melakukan ujian saringan PAP Smear setiap 3 tahun
  2. Amalkan hubungan seks yang sihat
  3. Tidak merokok
BAGAIMANA MENGESAN KANSER SERVIKS?
  1. Lakukan pap smear
  2. PROSEDUR KOLPOSKOPI : sejenis mikroskop khas digunakan untuk melihat dinding serviks secara langsung
  3. PROSEDUR BIOPSI: Pengambilan sedikit tisu serviks untuk pemeriksaan makmal
APAKAH RAWATAN KANSER SERVIKS?
  1. Peringkat pra kanser: Pembedahan kecil dapat menyembuhkan kanser dengan sempurna
  2. Peringkat kanser: Pembedahan & Radioterapi
APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU PESAKIT KANSER?
SET BARAH SHAKLEE

INI ADALAH CADANGAN SET BARAH SHAKLEE PALING MINIMUM. Fungsi setiap vitamin adalah untuk meningkatkan siste iun pesakit barah, membaiki sel-sel yang rosak serta mengekalan sel-sel yang sihat.
Namun, bagi setiap pesakit, keadaannya adalah berbeza, jadi, vitamin yang perlu diambil juga adalah berbeza. Boleh hubungi saya untuk mendapatkan khidmat rundingan selanjutnya.

TESTIMONI:

TESTIMONI SET BARAH SHAKLEE
TESTIMONI SET BARAH SHAKLEE

ITU KATA MEREKA..ITU PILIHAN MEREKA..
APA KATA ANDA..APA PULA PILIHAN ANDA?

hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT
BLOG:1)  DANISHDAMIADARIS.BLOGSPOT.MY
2) OHMYVITAMIN.COM
 
#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
 
PENGEDAR SHAKLEE PILIHAN ANDA
                                                       
“INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA


__________________________________________________________________________________________ 
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Friday, 4 March 2016

PERLUKAH IBU MENGANDUNG MENGAMBIL VITAMIN? APA VITAMIN YANG PERLU UNTUK IBU HAMIL?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

PERLUKAH IBU MENGANDUNG MENGAMBIL VITAMIN? makumlah, sekarang ni, banyak produk yang dijual di pasaran, yang katanya membantu ibu hamil untuk lebih sihat dan cergas. Betulkah? Sejauh mana ia diperlukan? Di sini saya huraikan beberapa vitamin yang perlu di ambil oleh ibu mengandung menurut doktor. Apa pula vitamin yang tidak digalakkan?


vitamin ibu hamil

 Pentingnya prenatal vitamin kepada ibu mengandung:

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :-

 dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.


Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :
Vitamin C 
ESP


set hamil shaklee
vitamin yang Tak Digalakkan :

Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal tongue emoticon. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.

Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 

Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.
.
Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih 

testimoni set hamil shaklee:


Apa Kata Ibu-Ibu Hamil Yang Telah Mengambil Set Mengandung Shaklee?

Mari kita baca testimoni ibu-ibu hamil yang telah mengambil Set Mengandung Shaklee.









    pengambilan nutrisi yang secukupnya semasa kehamilan boleh membantu :


    • Ibu-ibu kekal sihat & bertenaga sepanjang kehamilan
    • Anak yang bakal dilahirkan sihat & cerdas
    • Mencegah daripada terkena kuning atau jaundis


    ITU KATA MEREKA..ITU PILIHAN MEREKA..
    APA KATA ANDA..APA PULA PILIHAN ANDA?

    hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.


    AYUADYANI

    sms@whatsapp@telegram 0147375771
    FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

    FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
    INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

    #KONGSI KEBAIKAN


    #SEBAR KEBAHAGIAAN

    ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

    PENGEDAR SHAKLEE PILIHAN ANDA
                                                           
    "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

    #shakleeMalaysia
    #shakleeBrunei
    #shakleeSingapore
    *rujukan : drzubaidi.com
    #vivix

    _________________________________________________________________ 
    Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

    Tuesday, 24 November 2015

    22 SIMPTOM MENOPOS DAN CARA MENGATASINYA

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

    MENOPOS @ menopaus berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun. Pun begitu, menopause juga boleh berlaku sebelum usia 40 tahun dan ia dikenali sebagai menopause awal di mana ovari tidak lagi berfungsi.Menopause juga boleh berlaku dikalangan lelaki tau.


    Apakah simptom-simptom menopos?
    Tanda-tanda menopos terbahagi kepada:
    1. Gejala vasomotor
      • Panas dan kemerahan di muka
      • Berpeluh
      • Denyutan jantung yang laju
      • Serangan kegugupan (panik)
      • Susah tidur
    2. Gejala mental
      • Emosi yang berubah-ubah
      • Suasana perasaan yang berubah-ubah
      • Keletihan
      • Kurang daya ingatan
      • Mudah tersinggung
      • Kurang daya seks
    3. Gejala saluran kencing/Urogenital
      • Kekeringan faraj
      • Kerap kencing
      • Kencing tidak terkawal
    4. Penyakit tulang
      • Tulang menipis (osteoporosis)
      • Ketinggian badan mengurang
      • Kepatahan tulang
    5. Lain-lain gejala
      • Kulit menipis ( atrophy )
      • Kehilangan anjalan kulit
      • Kulit kering
      • Rambut bertambah gugur 
      • Mudah mendapat ruam
    Atasi simptom menopause dengan makanan tambahan
    Antara makanan tambahan yang disarankan kepada wanita ini ialah: (dr laman web Dr Weil mengenai menopouse) 
    1. Makanan berasaskan soya
    Isoflavones yang terkandung dalam makanan soya dipercayai dapat mengembalikan keseimbangan hormon dan mempunyai tindakan estrogen, iaitu hormon yang terkurang dalam wanita akibat menopaus. Walaupun masih dalam kajian kesannya terhadap kesihatan wanita, namun ramai wanita yang mengadu simptomnya berkurangan dengan pengambilan soya. Saya nasihatkan anda dapatkan soya dalam makanan berbanding suplemen, namun soya sumber semulajadi dan non-GMO yang ditawarkan oleh Shaklee sudah tentu pilihan terbaik.
    2. Herba-herba yang mengandungi aktiviti estogen
    Ini termasuklah biji flax (flaxseed yang mengandungi lignins, yang dipercayai dapat mengawal hormon estrogen.
    Dong quai yang digunakan dengan meluas di China dan Barat. Namun, ia tiada aktiviti estrogen tapi mampu mempengaruhi keseimbangan hormon. Wanita yang mengalami pendarahan berlebihan dinasihatkan untuk tidak mengambil herba ini.
    Black cohosh juga dipercayai tiada aktiviti estrogen, namun boleh mengurangkan simptom pra-menopaus.
    Rasberi
    Siberia Ginseng
    3. Vitamin E
    Juga dikatakan mempunyai sedikit kesan estogen. Selain itu, vitamin E boleh mengembalikan kelembapan kulit dan vagina.
    4. Gamma-Linolenic asid (GLA)
    Asid lemak perlu yang mempengaruhi penghasilan prostaglandin yang turut mengawal simptom pra-menopaus.
    5. Bioflovonoids yang terdapat dalam vitamin C
    Bahan ini menghalang pengurangan estrogen dengan begitu cepat, jadi secara tak langsung dapat membantu mengawal simptom pra-menopaus.
    6. Boron
    Walaupun merupakan mineral yang kecil, namun suplemen bron dipercayai dapat meningkatkan paras estrogen sama dengan wanita menopaus yang dirawat dengan estrogen yang tidak mengambil suplemen boron dalam diet hariannya.
     APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU DALAM MENGURANGKAN SIMPTOM MENOPOS? 
    Tonik antipenuaan : VIVIX




    VIVIX adalah tonik anti-penuaan yang terbukti mengembalikan usia 25 tahun lebih muda

    Sudah tentu ini adalah suplemen yang paling gempak untuk wanita-wanita menopaus. Dengan memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan selular, VIVIX bukan sahaja mengembalikan keremajaan kulit, tapi organ dalaman tidak terkecuali. Rasailah sendiri perbezaannya dengan VIVIX.
    Suplemen membantu simptom pra-menopause



    menopaus
    Produk dalam set ini membantu mengurangkan simptom pra-menopaus secara langsung

    Energizing Soy Protein (ESP) – Protein soya terbaik dalam bentuk suplemen. Dihasilkan daripada soya yang bermutu dan bebas GMO.
    GLA Complex – Dihasilkan daripada minyak borage yang mempunyai kandungan GLA 3 kali ganda berbanding Evening Primrose Oil.
    Vitamin E – Digabungkan bersama selenium yang membantu penyerapan vitamin E dengan berkesan. Sebiji kapsul mengandungi 400IU. Pengambilan 1-3 biji vitamin E Shaklee sehari dapat mengurangkan simptom pra-menopasu dengan berkesan.
    Vitamin C – Dibangunkan dengan teknologi sustained-released untuk memastikan kandungan vitamin sentiasa berada dalam badan dan bersedia digunakan bila-bila masa sahaja.
    Vita-Lea – Multivitamin terbaik dan terlengkap untuk keperluan zat makanan wanita menopaus dan turut mengandungi boron dalam membantu mengurangkan simptom menopause.

    Suplemen membantu wanita menopaus untuk tampil lebih sihat dan bergaya



    kolagen untuk menopaus
    Set ini membantu wanita menopaus untuk tampil lebih sihat dan bergaya

     Omega Guard  – Untuk jantung yang sihat selepas menopaus kerana hormon estrogen melindungi wanita daripada masalah jantung.
    Ostematrix – Membekalkan kalsium secukupnya dan mengelakkan osteoporosis dikalangan wanita menopaus. Keistimewaan juga ialah mengandungi magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Dengan ini, penyakit batu karang dapat dielakkan.
    Advanced Joint Health Tablets (AJHT) – Memperbaik keselesaan sendiri dan tisu lembut disekitarnya. Maklumlah, bila usia meningkat, memang sakit sendi selalu menyerang.
    Serbuk kolagen – Wanita mengalami pengurangan kolagen apabila mencapai umur 20-an. Kolagen dapat membantu menegangkann dan melembapkan kulit.
    Waah..banyak juga yea...Jangan risau, hubungi saya untuk khidmat rundingan percuma, Nak yang bajet sederhana, tinggi, mahupun rendah, ikut kesesuaina badan juga. Jom kita cerita.
    NAK DAPATKAN SET MENOPOS NI?HUBUNGI SAYA ATAU BOLEH KLIK LINK DI BAWAH:

    hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.



    AYUADYANI
    sms@whatsapp@telegram 0147375771
    FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

    FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
    INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

    #KONGSI KEBAIKAN


    #SEBAR KEBAHAGIAAN


    ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                           
    "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
    _________________________________________________________________

     Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

    PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

    https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU