Friday, 14 November 2014

TIPS MUDAH DAN JIMAT KILATKAN TINGKAP DAN CERMIN KACA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA


Rumah moden sekarang nie banyak yang mengunakan cermin. Memang nampak cantik. Selain dari itu, cermin juga banyak digunakan dalam hiasan dalaman. Teknik pengunaan cermin ini digunakan supaya ruang di dalam rumah nampak lebih luas lagi. Cermin ini perlu dijaga, jika tidak banyak habuk melekat atau pun kesan-kesan jari atau kotoran melekat di cermin. Kadangkala, membersih dan mengilatkan cermin kaca ataupun tingkap sangat sukar.


Kali ini saya  nak kongsi tips membersih dan mengilatkan tingkap kaca ataupun cermin.

1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat. 

2) Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati.

3) Gunakan Basic H2 organic super cleaning concentrate ari SHAKLEE. Bancuh beberapa titik basic H2 dengan air biasa, dan lap cermin dengan menggunakan kain lembut. Basic H2 ini boleh juga digunakan untuk menyah gris dan mengilatkan pelbagai peralatan. 


             cara penggunaan: 

# 16 oz botol kecil ini boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat, benar-benar berkuasa

#untuk pembersihan yang serbaguna: tambah 1/4 sudu basic h dan 16 oz air 

#untuk tingkap dan cermin, tambah 1-2 titik basic H2 ke dalam 16 oz air

# untuk nyahgris, tambah 1 1/2 sudu teh basic H2 ke dalam 16 oz air 

#untuk kerja yang lebih besar(kotoran degil), tambah 2 os basic H2 kepada 1 gelen air

                                        DAPATKAN BASIC H2 ANDA DI SINI HARI INI:

SELAMAT MENCUBA!!

HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SERTA DAPATKAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA:
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR COUNTRY HOMES, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG, SELAYANG, GOMBAK, BATU CAVES,KOTA BHARU, KELANTAN

KHIDMAT PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA

Thursday, 13 November 2014

TIPS LEGAKAN MIGRAIN / SAKIT KEPALA TANPA PANADOL ATAU UBAT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda serta mengganggu aktiviti seharian. 


Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur

Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.


AMALKAN DOA INI.

6. Legakan Dengan Set Migrain Shaklee yang terdiri daripada:

Produk
Fungsi
Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
Menambah aliran darah ke sel otak, anti-stres, riboflavin menambah simpanan tenaga dalam sel otak
Transmisi impuls sarat ke otak, kandungan Mg yang rendah sering terdapat pada mereka yang Migrain
VITA C 500mg SR
Membantu menghasilkan hormon adrenal anti-stress
Menurunkan risiko salur darah berkaitan dengan migrain
ENERGY TEA
Antioksidan, mengurangkan stress
HERB LAX
Mengelakkan sembelit akibat stress
C0-Q HEALTH



SAYA DAH, ALHAMDULILLAH, KESANNYA POSITIF.ANDA BILA LAGI?
DAPATKAN SET LENGKAP MIGRAIN ANDA HARI INI DISINI:


INFO: TERDAPAT JUGA SET BAJET DI SINI

BOLEH HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU MENDAPATKAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF DAN JADUAL PEMAKANAN SUPLEMEN SECARA PERCUMA:

#KONGSI KEBAIKAN
#SEBARKAN BAHAGIA

PENGEDAR SHAKLEE BANDAR COUNTRY HOMES, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG, BATU CAVES, GOMBAK, SELAYANG, KOTA BHARU, KELANTAN

KHIDMAT PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA

Wednesday, 12 November 2014

BELAJAR SEPANJANG HAYAT: APA ITU WEBINAR?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

BELAJAR SEPANJANG HAYAT.. DARI KECIL,SAMPAI LAH NYAWA KITA DI AMBIL..

Hadits “Kewajiban Mencari Ilmu”
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ
Artinya : ”Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim laki-laki maupun muslim perempuan”. (HR. Ibnu Abdil Barr)

 Hadits “Menginginkan Kebahagiaan Dunia-Akhirat Harus Wajib dengan Ilmu”
مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Artinya : ”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akherat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”. (HR. Turmudzi)

Hadits “Keutamaan Mencari Ilmu”
مَنْ خَرَجَ فِى طَلَبُ الْعِلْمِ فَهُوَ فِى سَبِيْلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِعَ
Artinya : ”Barang siapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang”. (HR. Turmudzi)

Hadits “Kewajiban dan Keutamaan Menuntut Ilmu”
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى
الْجَنَّةِ
Artinya : ”Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari suatu ilmu. Niscaya Allah memudahkannya ke jalan menuju surga”. (HR. Turmudzi)

APAKAH MAKSUD WEBINAR?

Webinar adalah suatu seminar yang diadakan secara online melalui website yang direka khas. Oleh sebab itu ia dipanggil 'Webinar', gabungan 2 perkataan daripada Website & Seminar.

Seperti juga seminar-seminar biasa yang mungkin anda semua pernah hadiri, cuma kelebihan Webinar adalah anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke tempat seminar yang jauh, tidak perlu menghabiskan masa diatas jalan raya untuk pergi ke tempat seminar. Dengan Webinar, anda cuma perlukan komputer, internet dan masa anda sahaja. Duduk dirumah sendiri dengan keselesaan sendiri. (kalau saya sambil main2 dgn anak/tengok anak buat homework/sambil2 menyusukan baby)hehehee

HAA bunyi cam menarik kan webinar nie..

Bersama SHAKLEE, saya mula kenal apa itu webinar, seronok tau, saya ade share pengalaman saya ber-webinar untuk pertama kali (di sini).

Hari ni saya nak kongsi tentang webinar yang sangat memberi kesan yang mendalam pada saya:
tarikh: 30 oktober 2014 (khamis)
masa: 10.00 p.m
Moderator: Saudari LYNA NOH
Tajuk: MENGAPA SAYA WAJIB KAYA

KAYA, Semua orang nak kaya, bila di tanya kenapa ingin kaya, ramai yang menjawab dengan pelbagai sebab..namun setelah mendengar webinar yang disampaikan, persepsi saya terhadap istilah kaya telah berubah. jika dulu saya ingin KAYA untuk diri sendiri dan keluarga sahaja, sekarang saya nak jadi KAYA untuk semua umat manusia. Jika dulu saya ingin KAYA untuk membina empayar saya, sekarang saya ingin menjadi KAYA untuk membina empayar kebahagiaan untuk semua orang.

Saya nak jadi KAYA, bukan setakat pada banyak nya harta, banyak nya duit, tapi saya juga nak jadi KAYA dengan budi bahasa, saya nak jadi JUTAWAN SOLEHAH, saya nak KAYA dunia dan KAYA akhirat.

ALLAHURABBI, webinar ini juga banyak menceritakan tentang kekayaan sahabat-sahabat nabi pada zaman dulu, dan mereka dapat membelanjakan seluruh harta kekayaan mereka pada jalan ISLAM. kenapa kita taknak kaya?sebab takut jadi lupa diri?kenapa takut lupa diri?bukankah itu berburuk sangka pada TUHAN? KENAPA tidak kita berdoa untuk menjadi jutawan yang solehah?

ALALHURABBI..BERMULA hari itu, saya bertekad untuk mengikuti setiap webinar yang dianjurkan oleh group kami.

Malam ni kami ada webinar lagi, tajuk seperti di bawah:
best kan..jom sama2 jadi supermom!


#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR BAHAGIA


ANDA NAK JOIN TAK WEBINAR KAMI? MACAM2 ILMU DAPAT DI KONGSI..KALAU KAT LUAR, ANDA KENA BAYAR, TAPI DENGAN MENYERTAI TEAM KAMI, IT'S FREE..

KLIK DISINI UNTUK JOIN AHLI KAMI. TAMBAH ILMU, JANA PENDAPATAN

ATAU

HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN:
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR COUNTRY HOMES, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG, BATU CAVES, SELAYANG, GOMBAK, KOTA BHARU, KELANTAN

PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA

Tuesday, 11 November 2014

SHAKLEE TIADA SIJIL PENGIKTIRAFAN HALAL?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Mencari yang halal itu fardu. HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.

SHAKLEE HALAL KE HARAM?

Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman di dalam al-Quran;
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)
Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).
طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)
Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.
Dengan kesedaran mengeluar dan memperniagakan barang-barang HALAL, umat Islam akan berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan dan barangan HALAL.

SO..SHAKLEE NI HALAL KE X?SEBAB DEKAT BOTOL PRODUK TAK DE PON LOGO HALALNYA..



TAPI, KENAPA SHAKLEE TAK DE SIJIL HALAL JAKIM MALAYSIA?


Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :

  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)



Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM. 




Apa Jawapan JAKIM sendiri tentang isu halal Shaklee di FanPage JAKIM (Facebook)?



Sekarang ni, sudah terang lagi bersuluhlah yang produk shaklee ni HALAL yea..... Anda WAJIB dapatkan produk Shaklee hari ini untuk kehidupan yang lebih sihat.

#kongsi kebaikan
#sebar kebahagiaan

HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA:

Monday, 10 November 2014

RESEPI: LAVA MEALSHAKES CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.& SALAM SEJAHTERA

Hari ini saya nak kongsi dengan anda tentang resepi kek yang paling digemari oleh anak-anak saya dan suami. Bagi kawan-kawan yang mengenali saya, tentu mereka sudah maklum yang CHEESE merupakan satu elemen yang boleh dikatakan WAJIB ada dalam setiap hidangan masakan saya hehehehe... goreng pisang cheese, roti cheese, cheeezy wedges, kadang2 cekodok pun anak suruh parut cheese letak kat atas,paling digemari, lava cheese cake..Boleh di katakan, sebulan sekali atau dua kali saya akan buat cheese cake ni atas permintaan suami atau anak2...  semalam saya buat lagi, ramai yang bertanya resepi, so, untuk mengabdikannya, saya kongsi dalam blog kesayangan saya ini..

p/s; cheesecake saya ni special sikit sebab guna mealshakes kegemara kami sekeluarga hehehe
LAVA MEALSHAKES CHEESECAKE



Lava Mealshakes Cheesecake

Cheese cake:
A
300ml susu segar
200g cream cheese
100g butter

B
4 biji kuning telur

C
100g tepung gandum

D
4 biji putih telur
100g gula halus

E
1 sk esen vanila
1 sk jus lemon

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.

2. Dalam periuk, guna api perlahan panaskan susu dari bahan A. Masukkan cream cheese, gaul hingga cheese cair. Masukkan pula butter, gaul rata. Ketepikan.

3. Pukul bahan B hingga kembang. Masukkan adunan cheese tadi (langkah 2) & gaul hingga sebati. Masukkan pula bahan C sedikit demi sedikit & pukul sebati. Gaul hingga adunan tidak berketul-ketul.

4. Kemudian, pukul pula bahan D hingga kembang & bertanduk (meringue). Kaup balikkan hingga sebati dengan adunan cheese tadi (langkah 3). 

4. Masukkan bahan E, gaul rata.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 1 jam atau hingga kek masak guna teknik water bath.

6. Biarkan kek lekang pada tepi2 loyang baru keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack & potong rata kepada dua lapisan.

Topping:

250g cream cheese, suhu bilik
120g susu pekat manis (saya guna 110g)
50ml uht whipping cream (saya guna 70ml)
2 sudu besar Mealshakes Shaklee
# 250g cheddar cheese, untuk ditabur

Cara2 membuatnya:

1. Satukan semua bahan2 topping kecuali yang bertanda # dalam mangkuk pengadun.

2. Pukul semua bahan hingga sebati. Pukul sekejap sahaja, tak perlu sampai kembang.


Cara2 melapis kek:

1. Sediakan pinggan yang rata. Letakkan satu laipsan kek atasnya. Tuang sedikit adunan topping & taburkan sedikit parutan cheddar cheese.

2. Letakkan lagi satu lapisan kek atasnya. Tuang atau sapu kemas baki topping tadi & hiaskan dengan parutan cheddar cheese. Kek ini sedap dimakan jika sejuk.


ANDA BOLEH DAPATKAN MEALSHAKES ANDA DISINI:
(KLIK PADA GAMBAR)


TADAAAAAA..SIAPPP..

BOLEH CUBA BUAT, SENANG JERK...

kalau tak faham or nak tanya lebih lanjut, boleh hubungi saya:


TANPA KEBERANIAN, MIMPI TAKKAN BERMAKNA : I AM MASTER TO BE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM SEJAHTERA

Sejak di bangku sekolah, kita sering di tanya, apa impian atau cita-cita. Dan jawapan kita ketika itu, ingin menjadi seorang (pekerjaan). Namun, setelah menginjak dewasa, impian kita juga berubah,mengikut situasi kita pada ketika itu. Saya juga mempunyai impian, impian saya untuk menaiki pentang menggenggam segulung ijazah telah tercapai, saya juga berjaya untuk menddapatkan pekerjaan yang terbaik untuk saya meneruskan kelangsungan hidup keluarga saya. ALHAMDULILLAH, SYUKURKU PADAMU YANG ESA, kerana mengurniakan aku segala-galanya.. Namun, jauh di sudut hati, aku mempunyai satu lagi impian yang sangat besar, bukan untuk aku atau keluarga ku, tapi untuk semua, semua orang di dunia ini yang memerlukan, saya akan bantu..ya, SEMUA, termasuklah anda!!


Ya, impian saya ialah untuk menjana pendapatan dari 5 angka untuk membantu semua orang dalam membaiki mutu kehidupan, bukan sahaja dari segi kesihatan,masa,tetapi juga kewangan. Seronoknya jika setiap kali orang meminta kita dapat memberi kan. Sekarang kita hanya mampu memberi sedikit sahaja apabila diminta, dan tentunya lebih seronik jika kita mapu memberikan lebih dari apa yang diminta. BAHAGIA!.

Dan saya telah memilih SHAKLEE untuk menjadi pekerja saya bagi memastikan impian saya MENJADI KENYATAAN. Bukan tidak bersyukur, namun, menyedari "sebaik-baik manusai ialah yang memberi manfaat kepada orang lain". 1 kita memberi, 10 kita akan dapat..namun, apa yang kita boleh berikan jika kita sendiri TIDAK ADA, atau TIDAK CUKUP?.Berikan dahulu, nescaya akan cukup...Lagi banyak kita beri, lagi banyak kita dapat.

Add caption
Bersama SHAKLEE, saya kejar impian saya, saya beranikan diri mempelajari sesuatu yang saya rasa susah, namun, dengan bantuan mereka2 yang positif, saya dapat KEBERANIAN untuk memastikan IMPIAN saya BERMAKNA. Dengan SHAKLEE, segalanya mungkin, anda akan bebas kewangan, bebas masa, anda dapat menjadi USAHAWAN dengan hanya menggunakan hujung jari. SAYA NAK JADI MASTER!!!

BERSAMA TEAM SHAKLEE, SAYA BERMIMPI UNTUK:

1) MEMBAIKI KEHIDUPAN DIRI, ANAK, ADIK-BERADIK, IBU BAPA & MERTUA, SANAK SAUDARA

2) SAYA BERMIMPI UNTUK MEMBANTU FAKIR2 MISKIN DAN GOLONGAN GELANDANGAN TERUTAMANYA KANAK2

3) SAYA BERMIMPI UNTUK MEMBERI ZAKAT SEBANYAK YANG MUNGKIN

4)SAYA BERMIMPI UNTUK MEMBINA RUMAH ANAK YATIM

5) SAYA BERMIMPI UNTUK MEMBANTU MANGSA2 KEGANASAN DI NEGARA LUAR

6) SAYA BERMIMPI UNTUK MENJADI HARTAWAN YANG DERMAWAN SEPERTI SAIDINA ABU BAKAR R.A.

7) SAYA BERMIMPI UNTUK MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG KE ARAH HIDUP YANG LEBIH POSITIF, DUNIA DAN AKHRAT.


Segalanya telah tersedia di depan mata, hanya perlu ambil dah suap sendiri mana yang kita rasa memenuhi selera. tepuk dada, tanya iman.

NAK TAHU MACAM MANA NAK JADI USAHAWAN SHAKLEE DAN MENDAPAT KELEBIHAN MACAM SAYA DAN KAWAN-KAWAN SAYA YANG LAIN? klik disini

DOAKAN SAYA DAN KITA SEMUA BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA

#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN



HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SAYA SEDIA MEMBANTU ANDA

CARA NAK JADI AHLI SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.& SALAM SEJAHTERA

Macam Mana Cara Nak Jadi Ahli Shaklee
Nak jadi ahli Shaklee sebenarnya mudah sangat. Ada dua cara yang anda boleh pilih, ikut kesesuaian dan bajet anda.

1. Daftar Jadi Ahli Shaklee Berbayar

Cara yang pertama untuk menjadi ahli Shaklee adalah dengan membayar yuran pendaftaran keahlian seumur hidup bernilai hanya RM65 dan anda akan dapat starter kit. Murah saja kan?
Kalau semasa daftar tu anda nak beli sekali mana-mana produk Shaklee, takde masalah. Anda boleh terus membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan jimat sehingga 25%.
Best tak? Hanya RM65 untuk seumur hidup dan terus dapat penjimatan sehingga 25% untuk semua produk Shaklee.

2. Jadi Ahli Shaklee Percuma Seumur Hidup


Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Percuma
Haaa…. Ada yang berminat nak jadi Shaklee secara percuma? Bukan setakat daftar percuma, tapi percuma seumur hidup. Menarik tak?
Untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma, anda hanya perlu membuat pembelian produk Shaklee bernilai sekitar RM700 (nilai mengikut harga ahli) untuk mencukupkan 200 point.

NAAKKKKKK....SO, THE NEXT STEP IS..............

CARA PERTAMA:




  • Apa yang perlu anda buat ialah anda hanya perlu pergi ke kaunter dan isikan borang pendaftaran ahli.
  • Kemudian yang paling penting jangan lupa untuk memasukkan nombor ID Shaklee saya iaitu 1106868 (NORADYANI BINTI AB RAHMAN) sebagai penaja dan ANDA AKAN TERUS LAYAK UNTUK MENDAPATKAN HARGA AHLI.
  • Ada sedikit yuran dikenakan iaitu RM65.00 untuk keahlian Shaklee seumur hidup. (rm 65 tu untuk dapatkan starter kit sebenarnya) ATAU anda boleh terus menjadi ahli secara automatik apabila anda membeli produk bernilai RM 650,bersamann dengan.
  • Selepas siap isi borang hantar ke kaunter buat pembayaran dan terus dapat produk Shaklee pujaan hati anda untuk di bawa pulang ke rumah. Mudahkan?

  • Soalan Popular Sebelum Daftar Jadi Ahli Shaklee
    CONTOH BORANG DAFTAR KEAHLIA
    P/S:Saya jarang guna sebab sekarang ni semua di hujung jari, daftar online je

    CARA KEDUA:

    Hubungi saya untuk saya daftarkan keahlian anda secara online dengan memberikan maklumat di link seperti berikut:




    HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT:

    PENGEDAR SHAKLEE BANDAR COUNTRY HOMES, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG, SELAYANG, GOMBAK, BATU CAVES, KOTA BHARU, KELANTAN


    PERKHIDMATAN POS SELURUH MALAYSIA

    PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

    https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU