Sunday 9 November 2014

TIPS RAWAT BENGKAK SUSU ; LECITHIN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM SEJAHTERA

Pengalaman menyusukan bayi merupakan salah satu detik-detik indah yang di rasai oleh setiap ibu. Waktu inilah kita gunakan untuk mencipta 'bonding' dengan anak. Namun, apabila gigi bayi sudah mula tumbuh, si kecil ini sudah pandai mengigit puting payudara ibunya ketika menyusu. Kesannya, ramai ibu yang ‘seram’ menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.

Salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk membantu mencegah kesakitan sewaktu menyusukan bayi. Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.
Teknik Menghisap Yang Tepat
1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.
Uncang Teh
Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.
Mengepam Susu Badan
Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu.
Tuam
Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.
Tip Elak Bengkak Susu
• Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
• Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
• Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
• Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
• Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
Rawatan Alternatif
Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :
1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.
Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.
2. Jingle Jungle Reusable WarmHangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.
3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.
4. Lecithin dari shaklee
Lecithin mengurangkan bengkak susu dengan cara mencegah duktus susu dari tersumbat, disamping membaiki memori dan memecahkan lemak di dalam badan ke titisan yang lebih kecil. (YANG INI PILIHAN SAYA)
 
SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT
#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
DAPATKAN LECITHIN ANDA HARI INI:


HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA


No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU