Showing posts with label TIPS PERCUTIAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PERCUTIAN. Show all posts

Tuesday, 14 July 2015

MICROSLEEP KETIKA MEMANDU BOLEH SEBABKAN KEMALANGAN MAUT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Musim perayaan tiba lagi,  ramai antara kita yang ambil peluang bercuti dan meraikan lebaran bersama sanak saudara di kampung.Alhamdulillah, bagi yang selamat tiba di destinasi. Berhati2 ketika memandu. Namun, saban tahun kita juga sering dikejutkan dengan berita nyawa yang terkorban di jalanraya tatkala musim perayaan. Salah satu faktornya adalah si pemandu yang mengalaami microsleep. Microsleep boleh sebbakan kemalangan maut berlaku dalam hanya dua saat sahaja.



Apa itu MICROSLEEP?
 INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA.

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailulah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.

Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.

APA ITU POWER NAP?

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailulah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.

INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.

Selamat pulang ke kampung & ambillah power nap bila boleh....💤💤💤💤

p/s: shaklee ade 'ubat' untuk tahan ngantuk tau..nanti saya cerita di entry akan datang..yeayy

Jom, hubungi saya sekarang, nanti citer yea...

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

Kredit: kawan2 yang viralkan di group whatsapp
________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Tuesday, 7 July 2015

ISU: JANGAN BALIK KAMPUNG UNTUK BERJIMAT?KENAPA NAK BALIK JUGA?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Viral terbaru di musim perayaan.. Jangan balik kampung untuk berjimat! WHAT SAY YOU? hehe.. Bagi saya lah, anak perantauan ni, macam mana sengkek pon kampung tetap nak balik! Saya rasa saya tak keseorangan dalam hal ini kan..kenapa nak balik kampung juga walaupun takde duit?


Kenapa nak balik juga kampung walaupun takde duit?

1. Nak jumpa mak ayah,adik beradik, sanak saudara! Bukan ke menziarahi saudara dan memanjangkan silaturrahim itu dapat memurahkan rezeki dan memnjangkan umur?. Paling penting mak ayah...tengok wajah mak ayah pon dah dapat pahala, inikan pula balik beraya, menggembirakan hati merka..

2. Raya hanya setahun 2 kali(aidilfitri dan aidil adha). Walaupun ketika cuti perayaan lain, cuti umum juga Kita tetap nak balik kampung kan..haish, xleh bayangkan duk di bandar time cuti!mati kutu weii

3. Release tension. Time cuti ni lah masa nak keluar dari hingar bingar kota, dan pulang ke desa, untuk berehat, cari ilham, sedut energy baru untuk kembali bertugas selepas bercuti. Bukan ke nanti akan jadi lebih produktif?

4. Dah memang ade banyak lagi cara lain nak berjimat, buknnya dengan melupakan keluarga..Kalau tak balik raya, mak ayah kecil hati, bukan saja x berkat hidup, bukan saja sengkek, malah boelh sengkek di Akhirat juga sebab dah jadi Anak Durhaka kan..NAUZUBILLAH..

5.Rezeki milik ALLAH..Kita tak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk kita jangan berburuk sangka..lifr is easy, just move on.Insyaallah..

Cara nak berjimat ketika balik kampung:
1.  RANCANG perbelanjaan anda, kira siap2 bahagian duit raya, makan minjm, minyak dan sebagainya. Ikut kemampuan, jangan ikut nafsu atau cakap2 orang..

2. Mulakan perjalanan di waktu malam. Kenapa? Secara teorinya bumi mengecut pada waktu malam, jadi masa perjalanan akan menjadi lebih singkat. MINYAK dapat dijimatkan.


3. Bawa bekal semasa dalam perjalanan,anda jimat dan tak perlu makan di kedai2 yang pastinya akan lebih mahal. Kualiti masakan pun tak setanding yang dimasak kan.

4. Rancang perjalanan. Elak waktu puncak supaya dapat elak dari kesesakan trafik, sentiasa alert dengan info trafik terkini.

5. Doa agar perjalanan dipermudah. NIAT bermusafir kerana ALLAH. INSYAALLAH, DIPERMUDAH..

Jom balik kampung!!!!!!!



BEST KAN KALAU ADE EXTRA INCOME, SIDE INCOME, TAK PAYAH NAK FIKIR DUIT CUKUP KE TAK.SAH2 DAH ADE EXTRA, BOLEHLA BAGI LEBIH..
Nak cuba tak yes program ni?Boleh baca lanjut di sini. Dijamin tak rugi. Insyaallah halal lagi diberkati. Jom hubungi saya.

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.


_________________________________________________________________________
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Thursday, 25 June 2015

23 TIPS MENYELENGGARA KERETA DI BENGKEL AGAR TIDAK MUDAH TERTIPU


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA



Musim perayaan bakal tiba tak lama lagi kan. Mungkin ada di antara kita yang akan menservis atau menyelenggara kereta sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing. Di sini saya kongsikan beberapa tips menyelenggara kereta di engkel agar tidak mudah tertipu. Yalah, kadang2 bila kita bawa kereta ke bengkel, lain yang rosak, lain yang disuruh tukar oleh mekanik, biasa macam tu kan?Tips ini saya peroleh dari facebook. Boleh dijadikan panduan, terutamanya wanita hehehehe




JOM SEMAK, APA YANG SEPATUTNYA DITUKAR DAN APA YANG SEPATUTNYA TIDAK..
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"
15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.
16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang telah sediakan khas untuk tipu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china.Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel semuanya menggunakan kaedah ini.
18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.
SEMOGA BERMANFAAT!


  ________________________________________________________________________                                            
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                                       #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

        ________________________________________________________________
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

kredit:
Saila Hazmah(fb)

Sunday, 15 February 2015

TIPS MERANCANG PERCUTIAN AGAR BERJALAN LANCAR

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

BERCUTI atau MELANCONG merupakan satu perkara yang sangat digemari, bukan sahaja untuk merehatkan minda, tapi juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli keluarrga dan sahabat handai. Almaklumlah, negara kita ni terdiri dari pelbagai bangsa, dan kita memang diberi cuti untuk setiap perayaan kaum tu kan, so, banyaklah ruang2 yang boleh kita godek untuk bercuti kan hehehe... Bercuti ni bukan main boleh taram jerk, kena ade persediaan gak kan.  Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara. ARTIKEL NI SAYA BACA DARI SATU BLOG PELANCONGAN YEA...
 

Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.



Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.


Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.


Sarapan percuma
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.


Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.



Perkara yang akan dapat bila bercuti: penaatttt hehe.. seronok memang la seronok kan.. huhuhu.. macma mana nak atasi penat ni/ boleh tengok video yang sis ni share, Dia ni memang kaki travel tau.. boleh ikuti tips dia.







Minah Ni Cepat Penat & Pancit Kalau Balik Travel. Nasib Baik... from iReach HD on Vimeo.

Haa, anda boleh order set kesihatan optimum ni sebagai bekal anda untuk anda kekal aktif sepanajng anda travel..so, xde la asyik terjelepuk je kat bilik kan, boleh berjalan sesuka hati sebab badan sihat =)

DAPATKAN SET KESIHATAN OPTIMUM ANDA DISINI



p/s: Lepas dah beli produk, hubungi saya untuk dapatkan jadual makan secara percuma serta khidmat rundingan ekslusif secara berterusa. boleh juga hubungi saya untuk dapatkan diskaun harga =)

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:




______________________________________________________________________________ 

Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

sumber: http://www.cutikelantan.com/

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU