Thursday 26 November 2015

PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN SEWAKTU MENGERJAKAN HAJI ATAU UMRAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Musim cuti sekolah. Ramai antara kita yang mengambil peluang cuti sekolah ini untuk mengerjakan ibadah umrah. Samada pergi sendiri mahupun bersama keluarga tercinta. Semoga ibadah umrah kita di terima dan mendapat umrah yang mabrurah. Di sini saya kongsikan Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa di Tanah Suci yang saya baca dari web myhealth.gov. Semoga ia bermanfaat buat kita.



Panduan Penjagaan Kesihatan

  • Pakai pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca (sejuk atau panas)
  • Tutup mulut dan hidung dengan penutup mulut (mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan berdebu.
  • Minum air (kosong/air zam-zam) setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
  • Makan makanan yang berzat
  • Setiasa menjaga kebersihan diri
  • Berhenti merokok
Jika batuk dan selesema berterusan selama 24 jam jemaah dinasihatkan segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Nasihat untuk jemaah haji
  1. Dalam Perjalanan Antara Jeddah / Madinah / Makkah
    • Perjalanan di antara Jeddah ke Madinah mengambil msa kira-kira 8-10 jam, manakala Jeddah ke Makkah 2 jam (ketika menaiki bas).
    • Jemaah haji dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan/minuman yang mencukupi bersama ketika dalam perjalanan bas ini.
    • Makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Madinah atau ke Makkah.
    • Jika atuh sakit dalam perjalanan memberitahu pemandu untuk di bawa ke klinik yang berdekatan.
    • Pihak waris/sahabat yang ikut sama diminta melaporkan dengan SEGERA kepada Dalil atau Pegawai Muassasah atau Pegawai Tabung Haji atau Klinik Malaysia di Madinah / Makkah JIKA;Terdapat Jemaah haji yang sakit teruk
    • Dimasukkan ke Hospital Arab/Pusat Kesihatan
    • Meninggal dunia dalam perjalanan
  2. Di Madinah
    • Jangan dedahkan diri kepada cuaca yang panas atau sejuk begitu lama.
      (pilih masa yang sesuai, jika hendak membeli-belahi)
    • Jangan kerap/selalu mandi apabila badan sedang panas.
    • Bawa baju tebal (baju sejuk) untuk kegunaan di Madinah kerana cuaca sebelum wukuf adalah sejuk.
    • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
    • Jagalah kesihatan semasa berada di Madinah. Jika sakit, hubungilah Klinik Malaysia.
    • Bagi memudahkan jemaah mendapat rawatan, pihak Lembaga Tabung Haji telah menyediakan klinik zon di salah sebuah bangunan rumah jemaah haji di Madinah. Alamat-alamat klinik zon ini akan diberitahu kepada jemaah haji apabila mereka sampai di Madinah.
  3. Di Makkah
    • Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mudah didapati.
    • Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Makan dalam tempoh 2 jam setelah dibekalkan.
    • Jangan makan makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
    • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari. Badan akan kehilangan banyak air kerana keadaan cuaca yang panas dan sentiasa berpeluh
    • Kurangkan aktivti yang menggunakan tenaga di dalam cuaca yang panas.
    • Jangan dedahkan diri terlalu lama dalam cuaca panas. Ini boleh menyebabkan badan kekurangan air/garam yang boleh membawa kepada kejutan panas (heat stroke) dan membawa maut.
    • Lapkan badan dengan tuala basah dan tidak perlu mandi di waktu tengahari.
    • Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
    • Terdapat Klinik Maktab dikediaman jemaah haji. Jemaah akan dimaklumkan oleh Petugas Kebajikan dan Perubatan Tabung Haji lokasi Klinik Perubatan Malaysia.
  4. Di Arafah Dan Mina
    • Jemaah Haji dinasihatkan membuat persiapan awal menjaga kesihatan. Pihak Berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan semua Rombongan Perubatan luar negara membuka hospital dan klinik di Arafah dan Mina.
    • Pesakit-pesakit yang kritikal dan memerlukan oksigen berterusan dan 1/V Drips akan di bawa dengan ambulans dan bas Nagabah pada 9 Zulhijjah iaitu hanya untuk berwukuf, kemudian dimasukkan ke hospital semula dengan diiringi Petugas Perubatan.
    • Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.
Bagaimana hendak mendapatkan rawatan sekiranya sakit
  • Beritahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah / rakan sebilik atau saudara mara supaya menghantar ke Klinik Maktab/Zon untuk menerima rawatan.
  • Panggil doktor ke bilik bagi rawatan kecemasan.
  • Pergi ke Klinik Maktab/Zon yang disediakan di tempat penginapan.
  • Jika berlaku kecemasan di luar tempat penginapan segera ke Klinik Maktab Malaysia yang berhampiran.


APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU BAGI MENINGKATKAN TAHAP IMUN DAN KESIHATAN JEMAAH HAJI / UMRAH SEWAKTU MENGERJAKAN IBADAH?




NAK DAPATKAN SET CERGAS HAJI DAN UMRAH NI?HUBUNGI SAYA ATAU BOLEH KLIK LINK DI BAWAH:


hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.


AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________

 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Tuesday 24 November 2015

22 SIMPTOM MENOPOS DAN CARA MENGATASINYA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

MENOPOS @ menopaus berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun. Pun begitu, menopause juga boleh berlaku sebelum usia 40 tahun dan ia dikenali sebagai menopause awal di mana ovari tidak lagi berfungsi.Menopause juga boleh berlaku dikalangan lelaki tau.


Apakah simptom-simptom menopos?
Tanda-tanda menopos terbahagi kepada:
  1. Gejala vasomotor
    • Panas dan kemerahan di muka
    • Berpeluh
    • Denyutan jantung yang laju
    • Serangan kegugupan (panik)
    • Susah tidur
  2. Gejala mental
    • Emosi yang berubah-ubah
    • Suasana perasaan yang berubah-ubah
    • Keletihan
    • Kurang daya ingatan
    • Mudah tersinggung
    • Kurang daya seks
  3. Gejala saluran kencing/Urogenital
    • Kekeringan faraj
    • Kerap kencing
    • Kencing tidak terkawal
  4. Penyakit tulang
    • Tulang menipis (osteoporosis)
    • Ketinggian badan mengurang
    • Kepatahan tulang
  5. Lain-lain gejala
    • Kulit menipis ( atrophy )
    • Kehilangan anjalan kulit
    • Kulit kering
    • Rambut bertambah gugur 
    • Mudah mendapat ruam
Atasi simptom menopause dengan makanan tambahan
Antara makanan tambahan yang disarankan kepada wanita ini ialah: (dr laman web Dr Weil mengenai menopouse) 
1. Makanan berasaskan soya
Isoflavones yang terkandung dalam makanan soya dipercayai dapat mengembalikan keseimbangan hormon dan mempunyai tindakan estrogen, iaitu hormon yang terkurang dalam wanita akibat menopaus. Walaupun masih dalam kajian kesannya terhadap kesihatan wanita, namun ramai wanita yang mengadu simptomnya berkurangan dengan pengambilan soya. Saya nasihatkan anda dapatkan soya dalam makanan berbanding suplemen, namun soya sumber semulajadi dan non-GMO yang ditawarkan oleh Shaklee sudah tentu pilihan terbaik.
2. Herba-herba yang mengandungi aktiviti estogen
Ini termasuklah biji flax (flaxseed yang mengandungi lignins, yang dipercayai dapat mengawal hormon estrogen.
Dong quai yang digunakan dengan meluas di China dan Barat. Namun, ia tiada aktiviti estrogen tapi mampu mempengaruhi keseimbangan hormon. Wanita yang mengalami pendarahan berlebihan dinasihatkan untuk tidak mengambil herba ini.
Black cohosh juga dipercayai tiada aktiviti estrogen, namun boleh mengurangkan simptom pra-menopaus.
Rasberi
Siberia Ginseng
3. Vitamin E
Juga dikatakan mempunyai sedikit kesan estogen. Selain itu, vitamin E boleh mengembalikan kelembapan kulit dan vagina.
4. Gamma-Linolenic asid (GLA)
Asid lemak perlu yang mempengaruhi penghasilan prostaglandin yang turut mengawal simptom pra-menopaus.
5. Bioflovonoids yang terdapat dalam vitamin C
Bahan ini menghalang pengurangan estrogen dengan begitu cepat, jadi secara tak langsung dapat membantu mengawal simptom pra-menopaus.
6. Boron
Walaupun merupakan mineral yang kecil, namun suplemen bron dipercayai dapat meningkatkan paras estrogen sama dengan wanita menopaus yang dirawat dengan estrogen yang tidak mengambil suplemen boron dalam diet hariannya.
 APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU DALAM MENGURANGKAN SIMPTOM MENOPOS? 
Tonik antipenuaan : VIVIX




VIVIX adalah tonik anti-penuaan yang terbukti mengembalikan usia 25 tahun lebih muda

Sudah tentu ini adalah suplemen yang paling gempak untuk wanita-wanita menopaus. Dengan memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan selular, VIVIX bukan sahaja mengembalikan keremajaan kulit, tapi organ dalaman tidak terkecuali. Rasailah sendiri perbezaannya dengan VIVIX.
Suplemen membantu simptom pra-menopause



menopaus
Produk dalam set ini membantu mengurangkan simptom pra-menopaus secara langsung

Energizing Soy Protein (ESP) – Protein soya terbaik dalam bentuk suplemen. Dihasilkan daripada soya yang bermutu dan bebas GMO.
GLA Complex – Dihasilkan daripada minyak borage yang mempunyai kandungan GLA 3 kali ganda berbanding Evening Primrose Oil.
Vitamin E – Digabungkan bersama selenium yang membantu penyerapan vitamin E dengan berkesan. Sebiji kapsul mengandungi 400IU. Pengambilan 1-3 biji vitamin E Shaklee sehari dapat mengurangkan simptom pra-menopasu dengan berkesan.
Vitamin C – Dibangunkan dengan teknologi sustained-released untuk memastikan kandungan vitamin sentiasa berada dalam badan dan bersedia digunakan bila-bila masa sahaja.
Vita-Lea – Multivitamin terbaik dan terlengkap untuk keperluan zat makanan wanita menopaus dan turut mengandungi boron dalam membantu mengurangkan simptom menopause.

Suplemen membantu wanita menopaus untuk tampil lebih sihat dan bergaya



kolagen untuk menopaus
Set ini membantu wanita menopaus untuk tampil lebih sihat dan bergaya

 Omega Guard  – Untuk jantung yang sihat selepas menopaus kerana hormon estrogen melindungi wanita daripada masalah jantung.
Ostematrix – Membekalkan kalsium secukupnya dan mengelakkan osteoporosis dikalangan wanita menopaus. Keistimewaan juga ialah mengandungi magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Dengan ini, penyakit batu karang dapat dielakkan.
Advanced Joint Health Tablets (AJHT) – Memperbaik keselesaan sendiri dan tisu lembut disekitarnya. Maklumlah, bila usia meningkat, memang sakit sendi selalu menyerang.
Serbuk kolagen – Wanita mengalami pengurangan kolagen apabila mencapai umur 20-an. Kolagen dapat membantu menegangkann dan melembapkan kulit.
Waah..banyak juga yea...Jangan risau, hubungi saya untuk khidmat rundingan percuma, Nak yang bajet sederhana, tinggi, mahupun rendah, ikut kesesuaina badan juga. Jom kita cerita.
NAK DAPATKAN SET MENOPOS NI?HUBUNGI SAYA ATAU BOLEH KLIK LINK DI BAWAH:

hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.



AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________

 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Saturday 21 November 2015

KENAPA BUDAK2 MESTI AMBIL VITAMIN C YANG OPTIMUM?

ASSALMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Entry kali ni dimulakan dengan persoalan..KENAPA BUDAK2 MESTI AMBIL VITAMIN C YG OPTIMUM? Sesetengah org kata... Budak2 tak perlu suplemen sbb badan mereka masih muda, masih segar. Biar mereka dapat vitamin dari sumber asli.Apa sumber asli tu?buahan atau sayuran dari alam semulajadi kan..


Ini betul!

Tapi cuba masing2 check pemakanan anak masing2....

Sehari berapa hidangan buah2an mereka makan? Buah tu pulak buah tanam sendiri ke beli? Kalau beli dari petani sebelah rumah ke atau import overseas? Buah2an ni, zat yg dibekalkan tu benar2 bagus bila kita makan masa dia ranum & baru dipetik!

Buah yg jual kat kedai tu kebanyakannya dipetik masa masih muda.. diperam... diawet... dipacking... barulah sampai ke kita.

Agak2 apa yg masih tinggal dalam buah tu? Berapa peratus zat yg tinggal?

Pastu budak2 ni confirm setiap hidangan mereka lengkap dgn segala vitamin, mineral, makronutrien, phytonutrien, etc?

Sedangkan masa membesar ni mereka perlukan zat yg optimum bkn je utk membesar tp perkembangan minda.

Kenapa Vitamin C:

- vitamin C membina otot yg sihat. Budak2 tengah lasak & sedang membina otot2 mereka. Otot yg sihat, membina metabolisma yg sihat serta pembakaran lemak yg lebih baik.

- vitamin C meningkatkan imuniti tubuh. Anak2 kita tengah melasak, terdedah dgn macam2.... Mereka perlukan kekebalan tubuh supaya tak mudah diserang sakit terutama demam selesema. Bila anak asyik sakit, mak dia juga yg susah hati ye tak?

- vitamin C penting utk penyerapan zat besi. Kanak2 perlukan zat besi yg cukup utk membesar. Tanpa vitamin c, zat besi tak boleh diserap.

- vitamin C membina colagen. Tubuh kita ni boleh buat kolagen sendiri tp keupayaan ni makin menurun bila usia meningkat. Sbb tu kita tengok budak2 kulitnya tegang, dah tua berkedut... Kolagen dah tak dihasilkan....

- vitamin c penting utk penyembuhan. Budak2 main, jatuh.. Nak kena sembuh cepat. Nanti nak main lagi.

Dan yang paling penting sekali anak kita bukan arnab. Arnab boleh buat vitamin c sendiri tp anak kita takboleh... Maka nak taknak kita kena bekalkan dioranng dgn vitamin C yg optimum.

Inilah investment kita utk masadepan diorang..

Anak siapa penggemar Vita C Chewable ni seperti anak2 saya?
nak cuba?

SILA KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN CHEWABLE VITA C ANAK  ANDA HARI INI:



hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.



AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU