Tuesday, 30 June 2015

TIPS PENYUSUAN DI BULAN RAMADHAN YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH IBU

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Ramadhan tiba lagi, bagi ibu-ibu menyusu, Bulan ini ibu2 perlu lebih 'struggle' untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi. Disamping itu juga perlu memastikan badan juga sihat. Di sini saya kongsikan beberapa tips penyusuan di bulan ramadhan yang boleh di amalkan oleh ibu untuk memastikan badan tidak lesu seterusnya melancarkan pengeluaran susu.



TIPS UNTUK IBU MENYUSU DI BULAN RAMADHAN:


1. Pam susu sepert biasa. JANGAN skip sesi pam dan penyususan. Fahami dan amalkan betul2 konsep supply and demand. bo;eh baca tentang 21 tips tambah susu ibu di sini.

2. Ambil makanan berat dan kurma semasa sahur. Bagi saya, tiada istilah diet sewaktu menyusu hihi..Kan bila menyusu kita akan kehilangan banyak kalori, so, tiada masalahlah kalau mkn banyak kan..jangan sampa terlebih2 pula yea..

3. Ambil sumber protein dan kalsium secukupnya. Ini kerana ia adalah vitamin yang diperlukan oleh badan kita untuk mengekalkan kesihatan yang optima. Saya jenis yang tak suka minum susu, memang sejak dari kecil, Alhamdulillah, bila dah ada pil ostematrix ni, dapat membantu saya cukupkan keperluan kalsium. Untuk protein saya amalkan ESP shaklee..

4. minum air masak dengan banyak.Sekurang-kurangnya 2-3 liter dari lepas berbuka sehingga sahur.
5. Ambil buah-buahan dan makanan berkuah di malam hari. Buah yang saya paling suka ialah anggur, nenas dan tembikai, wajib diambil setiap malam hehehe

6. Banyakkan zikir dan doa agar ALLAH permudahkan urusan kita dalam menunaikan tanggungjawab menyusu. Hanya DIA yang berkuasa menghasilkan susu dan memeberi kecukupan dari segenap hal. Yakin Allah beri kecukupan rezeki untuk anak.
7. Ambil supplemen jika perlu. Ia membantu ibu lebih cergas sekaligus membantu merangsang penghasilan susu yang lebih berkualiti dan lebih juga dari segi kuantiti. Dr. Zubaidi Hj. Ahmad pun sarankan tau..hehe



jom kita tonton apa kata ibu hebat ni tentang 7 tahun pengalaman menyusu di bulan ramadhan:


Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.


LAGI......IBU MENYUSU DI BULAN PUASA PUN SUSU MENCURAH-CURAH..
testimoni lain, di sini.

Nak dapatkan set menyusu shaklee? boleh baca manfaat set penyusuan shaklee di sini. Boleh hubungi saya untuk dapatkan vitamin anda berserta khidmat rundingan percuma atau dapatkan set penyusuan di sini:


AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.
___________________________________________________________________________________

Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Monday, 29 June 2015

SKIL UNTUK MARAH DAN ANAK JADI LAGI SAYANG DAN HORMAT KITA -MESEJNYA KASIH

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

Sebagai ibu bapa, kita tidak terlepas dari situasi di mana kita berhadapan dengan kerenah anak2 syurga kita yang kadangkala boleh membuatkan kita hilang pertimbangan. Ego yang ada dalam diri kita kadang2 membuatkan kita memarahi anak2 walaupun ada ketikanya apa yang dilakukan oleh mereka tidaklah begitu 'melampau'. Saya juga seorang ibu yang kadang2 juga teremosi dengan hal2 sebegini. Alhamdulillah, setelah mengikuti beberapa artikel penulisan dari DR. Rozita Shaari di Fb,(mesra dengan panggilan IBU ROSE) Saya mula menanam dan mendidik diri saya agar sentiasa 'beringat'. Beliau merupakan salah seorANG IDOLA SAYA dalam menggali ilmu 'parenting skill' ni. 

Di sini saya kongsikan tips dari beliau tentang marah yang bertajuk: skil untuk marah anak dan anak jadi lagi sayang dan hormat kita. Nak marah pun kena ada skil sebenarnya, nak sayang kena tonjol! BARULAH SEIMBANG..JOM BACA, semoga jadi panduan untuk kita semua. Mohon kongsi ya Ibu Rose =)



INI ADALAH ARTIKEL PENUH DARI IBU ROSE YANG SAYA KONGSI DARI FB BELIAU:
1- Jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak. Rapat berdasarkan kasih-sayang dan hormat. Ini adalah dasar yang paling penting. Itu sebab jika suka sangat berleter dan membebel, bila marah sudah tiada nilai, sebab apa yang dikata sudah masuk telinga dan keluar serta-merta. Serta leteran dan bebelan akan menjauhkan hubungan! SO FIRST SYARAT IS KAMCENG DENGAN ANAK. ATAU WUJUDKAN PERTALIAN ERAT atas dasar TRUST EACH OTHER.
2 - MARAH PERBUATAN DAN JANGAN HINA ANAK ITU. Maksudnya, cakap yang anda tak suka itu adalah perbuatan bukan anak itu. Selalu ibu bapa bila marah akan menggunakan perkataan seperti " Ko ni memang tak guna!" atau " Macamana bodoh sangat ni!" Nampak tak yang kena attack ialah anak itu bukan kesilapannya. Oleh itu, jika yang di attack ialah anak itu, maka bagaimana dia hendak berubah. Oleh itu sia-sia sajalah marah itu. IA HANYA MENJADI ASID DALAM BADAN ANAK ITU YANG AKAN MEMAMAH HATINYA YANG CANTIK DAN MERAH ITU MENJADI MATI DAN BURUK!
Katakan begini; " Apa yang abang buat yang boleh menyebabkan abang salah jawab? Abang tak faham soalan ke? Abang letih ke? Abang kurang ulang kaji ke? "
Atau. " Abang ni sebenarnya baik dan suka tolong mama, macam ari tu(ambil contoh yang betul). Apa (jangan mengapa) yang membuatkan abang pukul adik tadi? Abang tahu tak perbuatan memukul adik tu sebenarnya tidak baik...... abang ni budak baik dan sayang adik, boleh tak mama minta abang kawal marah abang tu bila adik salah...macam mama kawal marah mama bila abang salah...tak pe you do better next time ya!" dan cakap pada adik pula jika adik itu sudah boleh faham. BERSIKAP ADIL!
3- Di dalam hati KUATKAN SANGKAAN BAIK kepada anak dan tahu DIA AKAN BERUBAH DAN MEMBETULKAN KESILAPANNYA. Selalu sangat bila kita marah syaitan akan mengmbar-gemburkan lagi perasaan kita sehingga kita merasa anak kita itu teruk sangat dan tidak boleh menjadi baik. Ini menjerut hati kita menyebabkan kita rasa lagi takut, maka apa lagi kita pun menghukumlah seperti orang tidak sedarkan diri. Akhirnya anak menympan dendam, keadaan menjadi lebih teruk.
4- SEBUT SYUKUR, PUJI DAN HARGAI DIA BILA DIA BERUBAH DAN MEMBETULKAN KESILAPAN.
Langkah
Bila melihat anak melakukan sesuatu yang menyirap darah.
1- Tarik nafas dan langkah satu langkah ke belakang. (supaya anda boleh ubah keadaan diri anda 'state' dan berfikir jelas tanpa didorong emosi negatif).Terus ingatkan diri anak ini baik dan dia hanya tersilap. KUATKAN PERASAAN SAYANG ANDA KEPADANYA. Ingat ini peluang anda untuk MEMIMPIN.
2- ANALISA KEADAAN. Tengok punca.
3- BETUL PERBUATAN dan guna SANDWICH METHOD seperti diatas , 
1-sebut kebaikan dia,
2- tegur perbuatannya yang salah
3- ingatkan dia anak yang baik dan anda sayang dia walaupun dia tersilap asalkan dia mahu membetulkan kesilapan.

4- AJAK BUAT SESUATU YANG POSITIF yang menyebabkan dia merasai anda sayang pada dia dan memaafkan dia bila dia telah meminta maaf.
Nampak saja macam banyak, tapi bila sudah biasa dilakukan, ia menjadi sebati dengan diri anda. Dan orang lain nampak anda sangat bijak dan sabar mendidik anak. Dan yang penting, anak anda RASA SELAMAT dengan anda dan dia dapat membesar dengan baik. Dan kemudiannya menjadi anak yang berjasa dan berjaya.
Semoga ini membantu.
Ibu Rose

-----------------------------------------------------------------------------------                  
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA:

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                                       #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.                         _______________________________________________________________
  Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan. Pengeposan seluruh Malaysia.

Thursday, 25 June 2015

23 TIPS MENYELENGGARA KERETA DI BENGKEL AGAR TIDAK MUDAH TERTIPU


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA



Musim perayaan bakal tiba tak lama lagi kan. Mungkin ada di antara kita yang akan menservis atau menyelenggara kereta sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing. Di sini saya kongsikan beberapa tips menyelenggara kereta di engkel agar tidak mudah tertipu. Yalah, kadang2 bila kita bawa kereta ke bengkel, lain yang rosak, lain yang disuruh tukar oleh mekanik, biasa macam tu kan?Tips ini saya peroleh dari facebook. Boleh dijadikan panduan, terutamanya wanita hehehehe




JOM SEMAK, APA YANG SEPATUTNYA DITUKAR DAN APA YANG SEPATUTNYA TIDAK..
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"
15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.
16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang telah sediakan khas untuk tipu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china.Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel semuanya menggunakan kaedah ini.
18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.
SEMOGA BERMANFAAT!


  ________________________________________________________________________                                            
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                                       #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

        ________________________________________________________________
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

kredit:
Saila Hazmah(fb)

Tuesday, 23 June 2015

10 TIPS MELATIH ANAK BERPUASA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULILLAH, Ramadhan tiba lagi. Kali ni saya sangat2 bersyukur kerana berpeluang untuk mendidik 2 orang ahli syurga untuk berpuasa.So, memang mencabar sikitlah. Sebelum no si Abang,(6thn) dah mila berpuasa sejak berusua 4 tahun, tahun no giliran si kakak (4tahun) untuk mila belajar erti berpuasa..Setelah 5hari berlalu, Alhamdulillah, si Abang tiada sebarang masalah untuk memahami istilah berpuasa, yang perlu do Latin ialah si kakak. Saya terbaca tips melatih Anak berpuasa no DLM satu artikel, so Saya akan kongsikan Dan olah sedikit mengikut Cara yang Saya dah aplikasi pada anak2 Saya.





TIPS MELATIH ANAK BERPUASA


1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lembat lembut gaya pujuk, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. Insy...akan timbul niat  dalam diri anak bila tibanya Ramadhan.Saya biasanya ajak Anak untuk sama2 sahur Dan puasa jika Saya tunaikan puasa sunat juga.😘

2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Anak pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa. Yang ini Saya bayangkan anak2 Saya dengan cerita shaitan xde de di bulan puasa, so kita bebas buat baik.

3. Menetapkan waktu tidur anak bagi memudahkan mereka bangun sahur. Biasanya lepas berbuka, solar, Saya akan ajak mereka ulangkaji sekejap, lepasty solar isyak Dan terawih bersama Say di Rumah.Hanya suami ke masjid.Mereka akan dibenarkan ke masjid pada waktu subuh, Dan terawih do masjid pada hari cuti sekolah sahaja.(waktu tidur Anak Saya jam 9.30 p.m)

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian anak.Kosongkan meja makan di siang hari.Elak menjengah ke dapur.Air losing pon mereka akan nampak macam air bush yang sang at Lazar..hihi😊😊

5. Seeloknya jauhkan anak daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan anak bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.Beritahu guru yang mereka berpuasa untuk lebih encourage merrka untuk berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.Yang ini Ada 2, long term n short term..yang long term Tue jika mereka berpuasa penuh, yang short term tu untuk harian.Tapi jgn STP hair lak..CTH bila haritu kita nmpk mereka Sgt ltih Dan penat, kits kanji nak berbuka dgn mknn kegemaran mereka.biasa budak2 ni suka KFC kan..hihi..APA salahnya janjikan KFC utk mereka haritu.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada anak. Mereka pasti akan merasa seronok sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.Beritahu ttg ahli2 syurga yang boleh makan APA sahaja pabila diminta.Nak masuk syurga kenalah berpuasa man..

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar anak lupa dengan rasa haus dan lapar. Ibu bapa juga boleh mengajaknya mengaji Al Quran bersama sama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul. Solar jemaah ITU penting ya..

9. Mengajak anak menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al Quran dan sebagainya.

10. Mula lah mengajar anak berpuasa di bulan Ramadhan dari umur seawal mungkin. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat anak untuk berpuasa. Mendidik anak2 adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak dalam bab berpuasa merupakan tabungan ibadah bagi kita sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.

Paling panting,kita jangan terlalu pressure anak2 untuk berpuasa, kalau 4tahun tu, dpt separuh hari dah Kira OK..si Kakak, kalau hari bersekolah, memang separuh hari, pads hujung minggu sahaja kami galakkan dia berpuasa penuh.

11. Pastikan Anak kita dapat nutrisi Dan makanan yang berkhasiat agar mereka dapat berpuasa dalam keadaan yang sempurna. Badan mereka boleh kekal cergas sepanjang hari. Saya memberikan anak2 Saya makanan tambahan untuk mereka amalkan, jadi mereka taklah terasa perit untuk berpuasa sepanjang hari. Si Abang soap boleh main bola lagi do waktu petang,Alhamdulillah..
Selamat mencuba.


P/s: jika nak tahu makanan tambahan APA yang Saya beri pads Anak Saya, boleh hubungi Saya untuk dapatkannya:


AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                                       #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

_________________________________________________________________________________________
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

kredit: [Ibubapa Cemerlang, tips dari Iluvislam]

Friday, 19 June 2015

46 HARI TANPA GAJI: PANDUAN MERANCANG KEWANGAN AGAR TIDAK PERLU 'KOREK' TABUNG DI HUJUNG JALAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Syoknyaaaa penjawat awam kan, bakal dapat gaji awal untuk bulan Julai nanti. OPPPPPSS!!! cer kira, kalau Julai dapat 9 hb, Ogos pula dapat 25hb, berapa hari jarak tue???? NAYAAA, 46 hari..kalau tak berjimat, tak rancang betul-betul perbelanjaan, sesak nanti. Jom saya kongsi panduan merancang kewangan agar tidak perlu 'korek' tabung akibat dari 46 hari tanpa gaji...


JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2015


WAAAAA kritikal juga kan...tapi tak mengapa,mungkin kawan-kawan penjawat awam boleh buat tips ini untuk survive 46 hari yang haru nanti.

1)  Asingkan perbelanjaan bulanan yang wajib dahulu. contoh; ansuran rumah, kereta,taska, kad kredit(jika ada),sekolah dl..(Kalau boleh disiplinkan diri jangan tengok dan jangan guna gaji julai sebelum tiba waktunya, lagi bagus)

2) Berjimatlah dari sekarang. Plus duit bonus raya yang PakJib bagi nanti boleh juga menampung "azab" 46 hari. 

😁
3)Beli barang keperluan raya sekarang. Tapi berpada-pada. Selalunya beli yang last minute selalu terlajak beli banyak, sebab terpengaruh dengan promo iklan yang konon-kononya mletupss kan.

4) Kurangkan ke Pasar Ramadhan , tak pegi lagi bagus. Masak sendiri lebih afdhal. Biar suami tambah sayang, anak dengar kata. Boleh jugak asah skill memasak dan jaga kalori sedia ada. Cakap je nk beli kuih, tapi kalau dah pergi tue, bukan setakat kuih, penjual kuih pun kita beli hhhiihiii...jangan maaraaaa aaaa 

5) Tiba raya nanti sambutlah dengan kemampuan. Pakai je ape yang ade tu tak perlu tukar BMW. Yang penting dapat berkumpul satu keluarga,Kalau ade BMW pun jalan sesak, lambat jugak sampainya kan hihihi.. 

6) Cari side income sekarang. YES Program anjuran Shakl33 kan ada. Saya boleh ajarkan macam mana. Dah baca ke belum entry YES ni?Boleh dapat income setap 15 haribulan tau..
nak ke tak nak? kalau nak, boleh hubungi saya:



AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.


kredit: mamarin
_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Wednesday, 17 June 2015

19 MENU RESEPI SEMASA BERPANTANG - KATEGORI IKAN


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SELAMAT SEJAHTERA

Sebelum ni saya ada share menu berpantang secara rawak, kali ni saya nak share resepi semasa berpantang untuk kategori ikan sahaja. Menu ni saya ambil dari fb, yang di riralkan. Simpan kat sini, senang nak buat rujukan heheh..



Sebelum tu, mai kita tengok, ikan ape je yang boleh di makan sewaktu berpantang:

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah
1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10. Ikan senangin
11. Ikan kerisi
12. Ikan kod
13. Ikan bilis
14. Ikan siakap
15. Ikan salmon
RESEPI:

1) SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.

Image result for sup ikan

2)STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.

3) SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.

4)IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.

Image result for TENGGIRI HALIA

5)IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.

6)IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.

7)SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.

8)IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak
Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.

9)IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris
Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

10)SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris
Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

11) IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.

12) IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.

13) IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis
Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daunpisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.

14) IKAN PANGGANG BERKARI

(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.

15) IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.

16) IKAN PINDANG

(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.

17) IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.

18) IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.
Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.

19) IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.
Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.



Apepun, semua jenis pemakanan bergantung pada keadaan diri masing-masing..Saya paling suka ikan gelama dan ikan jaket..hihihi..ikan cencaru tue... Panggang biasa pun dah cukup menyelerakan, tumbuk sedikit lada hitam, kunyit , garam..lumurkan..bakar..phewwww best ooo


haaa..makan tu, makan lah juga, kesihatan dalaman pun kena jaga..BAGI saya, semasa pantang, saya senir amalkan set berpantang dari Shaklee, paling terbaiklah, berbanding yang lain pernah saya cuba sebelum ni( anak dah tiga hehehehe)..

apepun, selamat berpantang yea ibu2..

p/s: kalau nak set berpantang shaklee, boleh rujuk di sini atau hubungi saya:

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                         #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN


ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

Kredit: SINI
_____________________________________________________________________ 

 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

TESTIMONI YOUTH KULIT LEBIH SIHAT TANPA JERAGAT DAN GARIS HALUS

TESTIMONI YOUTH KULIT LEBIH SIHAT TANPA JERAGAT DAN GARIS HALUS TESTIMONI YOUTH KULIT LEBIH SIHAT TANPA JERAGAT DAN GARIS HALUS Merupakan ...