Tuesday 31 March 2015

TIPS: RAWAT SAKIT TUMIT DENGAN SIRIH DAN GAMBIR

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA


Adakalanya sakit tumit menghantui ramai dari kalangan kita. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya sakit tumit. Berdiri terlalu lama, struktur fizikal tapak kaki, serta pemakaian kasut bertumit tinggi antara faktor yang menyumbang kepada terjadinya sakit tumit. Disini saya ingin kongsikan bagaimana untuk merawat sakit tumit dengan lebih berkesan.



Baiklah, di sini saya kongsikan cara nak guna sirih dan gambir ni untuk ubati sakit tumit:

Ambil daun sirih, dan ramaskan dengan gambir. Kemudian sapukan ia pada bahagian tumit yang bermasalah dua atau tiga kali sehari.


INSPIRASI:


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.

Atau anda juga boleh amalkan ayat2 untuk rawat sakit tumit.
ini doa untuk sakit tumit;


Kalau anda nak cegah sakit tumit dan rawat dari dalam, anda boleh guna set sendi sihat shaklee..boleh baca lanjut di sini. Emak saya sendiri mengamalkan set sendi sihat ni, memandangkan beliau bekerja dan terpaksa berdiri lama, menyebabkan beliau sakit2 lutut, kaki dan sendi. Alhamdulillah, selepas mengamalkannya, beliau memberikan respon yang positif! 

SELAMAT MENCUBA!

Nak beli set sendi sihat untuk ibu bapa anda?boleh hubungi saya atau klik sahaja link di bawah:




P/S: BILA DAH DAPAT VITAMIN, HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN JADUAL MAKAN DAN KHIDMAT KONSULTASI BERTERUSAN SECARA EKSLUSIF DAN PERCUMA YEA

p/s;boleh juga baca testimoni herb lax untuk kurus,detoks dan buncit di sini.


#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:



_________________________________________________________________ 
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Saturday 28 March 2015

CARA MASUKKAN VIDEO VIMEO KE DALAM BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Hari ni saya nak kongsi tentang bagaimana cara untuk masukkan video vimeo ke blog anda.. Kalau just nak masukkan video biasa sangat mudahkan, tapi video vimeo ni lain skit, anda kena 'embedkan'..




 jom tonton step by step dlm video di bawah:




Cara Masukkan Video Vimeo ke Blogspot from iReach HD on Vimeo.



#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:

_________________________________________________________________ 
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Friday 27 March 2015

7 PANDUAN PICIT JERAWAT AGAR JERAWAT KECUT DAN TIDAK MENINGGALKAN PARUT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Kehadiran jerawat pada wajah memang tidak disenangi wanita kerana rsa kurang selesa dan mencacatkan penampilan. Lantaran, ramai yang sanggup memicit jerawat agar ia cepat kecut. AWAS! Teknik yang salah boleh menyebabkan wajah mengalami kecederaan dan meninggalkan parut. Sebenarnya, ada panduan untuk memicit jerawat. Tanpa perlu ke spa, anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Saya kongsikan tips yang saya baca dari majalah mingguan wanita di sini.



7 PANDUAN PICIT JERAWAT:

1) Bersihkan sisa solekan terutama pada bahagian mata dan bibir. Boleh gunakan pembersih solekan, kemudian cuci wajah dengan sempurna menggunakan produk pencuci atau pembersih wajah yang sesuai. pilihan saya tentunya nutriwhite by SHAKLEE.


2) Mandi dengan air suam untuk melembutkan kulit. Selain itu air suam juga boleh menjadikan kita lebih relaks

3) Cuci tangan dengan sabun atau pencuci antibakteria untuk mencegah penyebaran kuman

4) Steril sebatang jarum dengan pencuci khas, rendam jarum dalam "hidrogen peroxide" selama 20 saat. Sebaik-baiknya gunakan jarum baru untuk setiap kali memicit jerawat. Elakkan jarum yang berkarat kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

5)Lakukan langkah ini di hadapan cermin. Gunakan jarum untuk menusuk bahagian puncak jerawat yang memutih. Lakukan tusukan dengan lembut dan berhati- hati agar tidak cedera.

6) Bungkus kedua-dua jari telunjuk dengan tisu atau kapas yang bersih.

7) Letakkan kedua-dua jari telunjuk di antara jerawat untuk membuang cairan yang mengandungi sel darah mati dan bakteria. Hentikan tekanan selepas cairan ini habis. Kemudian, bersihkan bahagian ini dengan kapas yang dibasahkan dengan air suam. Selain itu, anda juga boleh menekap dengan ais bagi mengelakkan terjadinya bengkak.

AWAS!!!!!!!
3 PERKARA YANG PERLU DI ELAKKAN!!!

1) JANGAN SENTUH JERAWAT DENGAN TANGAN YANG KOTOR
2)JANGAN GUNA UBAT GIGI UNTUK KECUTKAN JERAWAT
3) ELAKKAN PICIT JERAWAT MENGGUNAKAN JARI SUPAYA TIDAK MENINGGALKAN PARUT

SELAMAT MENCUBA!!

NAK HILANGKAN JERAWAT DENGAN SELAMAT,SEMULAJADI DAN BERKESAN? JOM TONTON.


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

HAAAA nak tak produk sama macam kakak ni guna?Klik je kat bawah ni okeh.



P/S: BILA DAH DAPAT , HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN JADUAL MAKAN DAN KHIDMAT KONSULTASI PERCUMA YEA

p/s;boleh juga baca testimoni herb lax untuk kurus,detoks dan buncit di sini.


#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:

_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Thursday 26 March 2015

7 PERSIAPAN MANUSIA UNTUK MENGHADAPI DATANGNYA KEMATIAN.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA



Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajal nya cepat atau lambat. Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian itu datang kepada mereka. SUBHANALLAH..Bila datangnya ajal seseorang itu, tidaklah dilambatkan atau dipercepatkan walau sesaat! Bersediakah kita? Saya kongsikan 7 persiapan mnusia untuk menghadapi datangnya kematian yang saya baca dari page sebuah surau, terpanggil untuk mengabdikannya dalam blog ini agar saya dapat berkongsi dengan semua pembaca.


Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "' Siapakah yang dapat menyembuhkan'. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dikembalikan." (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).
Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Anbiya, ayat 35:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Ertinya:
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".

Hidup di zaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati mengejut yang lain adalah beberapa kes kematian yang kerap berlaku.
Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh nanti.

Terdapat tujuh amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjemput. maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus melaksanakannya

7 PERSIAPAN MANUSIA UNTUK MENGHADAPI DATANGNYA KEMATIAN.

1. Memperbanyakkan Bertaubat Dan Beristighfar Kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah SWT : "Sesungguhnya Allah SWT masih menerima taubat hamba-Nya sebelum rohnya sampai ke tenggorokan " (HR at-Tirmidzi).
Sabda Rasulullah SAW yang lain bermaksud :
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa". (HR. Ibnu Majah) .

2. Betulkan Ibadah Sholat Kita Dan Belajar Untuk Lebih Khusyuk.
Jangan kita selalu melambat-lambatkan sholat bagi lelaki cuba sholat berjemaah di masjid atu di surau. Sholat adalah amalan yg pertama disemak di hari akhirat nanti jika sholat diterima maka amalan lain juga akan diterima.
Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah SWT berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sholat-sholat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."(HR At-Tirmidzi).


3. Menyelesaikan Semua Hutang-hutang.
Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tangguh-tangguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.
Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggung jawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(HR. Al-Tarmizi).

4. Perbanyakkan Sedekah Jariah.
Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan yang seumpamanya.


Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya.” (HR. Bukhari dan Muslim).



Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.

5. Menuntut Ilmu Yang Bermanfaat.
Ilmu yang dapat dimanfaatkan maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.
Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :
"Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun". (HR. Imam Muslim).

6. Anak Yang Sholeh Yang Mendo'akan Kedua Ibu Bapanya .
Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendo'akan kesejahteraan ibu bapanya sesudah meninggal dunia.
Do'anya itu bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri.
Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab doa padanya.
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا.
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


Sebab itu eloklah ia mengakhiri doanya dengan menyebut:
وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
"Dan ampunilah dosa-dosa orang-orang Islam lelaki dan perempuan; dan dosa orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; yang hidup dan yang mati. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang tidak ada taranya tentang limpahan rahmat-Nya.
Di dalam Syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah SWT lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.
Firman Allah SWT bermaksud : “Ini disebabkan do'a anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (HR. Imam Ahmad).


7. Meminta Maaf Kepada Semua Orang Yang Kita Pernah Melakukan Kesalahan Kepada Mereka
Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah dan memohonnamoun dan maaf kepada orangnya.
Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.


Pepatah melayu ada megatakan : "Sediakan payung sebelum hujan" untuk kita menghadapi saat kematian maka kita perlu sediakan tujuh perkara sebelum kita dipanggil pulang oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT maksudnya : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi direrdhaiNya. Maka masuklah ke dalam jema’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam Syurga-Ku” (Surah Al-Fajr ayat 27-30.

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati. (HR Tirmidzi)
Allah SWT berfirman dalam surah Surah Ali-Imran, ayat 185:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Ertinya:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".
Ya Allah jadikan kami hamba yang beriman kepada-Mu. Dan matikan kami sebagai matinya orang yang beriman kepada-Mu. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi datangnya kematian yag akan datang kepada kaki bila-bika masa sahaja. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
‪#‎Kredit‬ utk:
USM - Sihabuddin Muhaemin.



#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN
-----------------------------------------------------------------------------------------

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:

_____________________________________________________________________________________ 
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Tuesday 24 March 2015

6 TIPS BUAT STOK SUSU SEBELUM MULA BEKERJA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Menyediakan stok susu ibu bagi bekalan ibu bayi sewaktu ibu bekerja merupakan salah satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh ibu-ibu bekerjaya  yang berhasrat untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Alhamdulillah pengalaman saya sendiri dapat menyusukan penuuh sehingga lebih dua tahun untuk anak kedua dan sekarang masih menyusukan si adik (anak ke 3) yang berusia 1 tahun 3 bulan. Bukanlah perkara yang mudah sebenarnya, tapi dengan azam, tekad dan doa, Insyaallah segalanya akan Dipermudah. Disini saya ingin konsikan 6 tips buat stok susu, yang saya baca dari tulisan seorang doktor (DR. HANA) dengan sedikit pengubahsuaian mengikut pengalaman saya sendiri juga.. hehehe..




TIPS BUAT STOK SUSU #1 – NIAT DAN DOA!

Niat dan Doa adalah perkara yang paling penting untuk di amalkan jika kita betul2 ingin menyimpan stok. Dengan niat bermakna ita sedang mengarahkan minda kita untuk bersedia dan Doa pula adalah senjata yang paling berkuasa. Doa pada pencipta susu agar susu yang diberikan mencukupi. Niat dan doa ini bukan bermula selepas kita bersalin, tetapi seawal kita merancang untuk berkahwin lagi! Malahan saya pernah dengar seorang doktor beritahu, niat dan doa ni perlu dimulakan sejak zaman anak dara lagi. Walaubagaimanapun, masih belum terlewat bagi ibu2 untuk mula berdoa sekarang =)



TIPS BUAT STOK SUSU #2 – MULAKAN AWAL!

Mulakan awal, selepas mulakan doa dan niat dengan awal, untuk menyediakan stok, ibu2 boleh mula menyimpan stok se awal dalam pantang lagi. saya sendir mula menyimpan stok sejak bayi berusia 10 hari untuk merangsang pengeluaran susu ibu. Pada awalnya, saya hanya dapat mengepam 2 to 3 oz sahaja bagi setiap sesi, namun hari ini, Alhamdulillah saya dapat mengumpulkan stok susu sebanyak 10 to 14 oz bagi setiap sesi.
Pastikan anda ada paling kurang 50-100 botol stok susu sebelum mula kerja, lebih lagi bagus! Bayangkan jika anak anda minum 5 botol sehari, hanya dalam 10 hari, 50 botol susu akan habis. Jadi JANGAN UNDERESTIMATE. Anda harus konsisten pam 5 botol setiap hari untuk replace susu yang sudah diminum. Nak lebih selamat, penuhkanlah freezer anda dengan EBM, kalau dapat sampai 100 botol atau lebih memang terbaik!
Kalau boleh, saya sarankan mulai kumpul stok susu dalam pantang lagi sebab production susu sangat banyak ketika ini! Masa anak pertama dulu memang saya mempunyai lebih dari 100 botol susu, cuma bila nak kedua dan ketiga baru saya campurkan dengan plastik simpanan susu untuk menjimatkan ruang peti ais
JANGAN LUPA!
Amalkan pemakanan seimbang dan supplemen yang sihat untuk menampung keperluan harian anda dan bayi. Setiap hari anda bangun malam untuk mengepam, breastfeeding... Berjaga pula di siang hari mengurus baby dan anak-anak lain... Buat stok susu juga perlukan mujahadah, fizikal kadang terasa lelah.
Ibu mithali pastinya akan berusaha untuk jaga kesihatan, bukan hanya untuk dirinya sendiri tapi untuk keluarga yang disayangi! 
TIPS BUAT STOK SUSU #3 – TANDEM PUMPING
Tandem pumping adalah mengepam susu dari sebelah breast sambil menyusukan bayi (direct breastfeed) di breast yang sebelah lagi. Teknik ini sangat disyorkan untuk ibu-ibu yang sedang buat stok susu. Saya suka teknik ni sebab sekejap je penuh satu botol hehehe..
Kenapa?
1. Milk letdown dan flow pengepaman susu akan menjadi lebih laju kerana menerima rangsangan oxytocin daripada hisapan bayi di breast yang satu lagi( boleh baca 21 tips tingkatkan susu ibu di sini)

2. Teknik ini meningkatkan demand susu. Bila demand tinggi, supply juga akan tinggi.
3. Teknik ini membolehkan kedua-dua breasts dikosongkan serentak. Breast yang kosong akan menghantar signal kepada otak untuk menghasilkan lebih susu. Jadi, dengan mengosongkan kedua-dua belah breasts, penghasilan susu baru akan menjadi lebih tinggi berbanding jika anda hanya mengosongkan sebelah breast sahaja.
*Ada yang tanya mana lebih baik, sama ada single atau double pump? Untuk tandem pumping anda hanya perlukan single pump sahaja. ( saya hanya guna pam medela swing sejak zaman si kakak lagi) Tapi jika anda seorang ibu yang sibuk, bekerja sepanjang hari, masa pam susu amat terhad... maka pada pandangan peribadi saya, berbaloi jika anda menggunakan double pump – jimat masa, jimat tenaga

TIPS BUAT STOK SUSU #4 – STORAGE BOTTLE VS STORAGE BAG


Masing-masing ada preference.
Kedua-duanya ada plus dan minus points, bergantung pada kondisi anda - nature kerja anda, bajet anda, peti ais/freezer anda, dan faktor-faktor lain. 
Saya banyak gunakan storage bag sebab nak jimat space untuk simpan dalam freezer( stok susu saya sebelum bekerja ialah 1 deep freezer 1 tier freezer biasa) so, mmg saya gunakan storage bag, ada juga botol tapi tak sebanyak macam anak pertama dulu.

TIPS BUAT STOK SUSU #5 – SIMPAN DALAM KUANTITI YANG DIMINUM OLEH BAYI ANDA
Saya suka store ebm dalam kuantiti yang baby minum setiap kali penyusuan - jadi senang, thaw dan panaskan untuk sekali minum dan tak membazir. storage bag juga ada saiz, ade yg 4 oz, 7 oz dan 12 oz. pada awalnya saya simpan dlm storage bag kecil, tp lama kelamaan saya simpan dalam storage bag yang besar sebab susu banyak setiap kali pam, so, malas nak store banyak2 kali, but then, sebelum hantar ke rumah pengasuh, saya tukar ke botol2 kecik untuk memudahkan pengasuh thaw nanti wink emoticon


Antara tips lain:
- Jika boleh, elakkan menyimpan ebm sekali dengan makanan frozen yang lain terutama bahan mentah seperti ikan/ayam/daging mentah – untuk elakkan risiko kontaminasi.
(Dulu semasa kerja di NICU, ada seorang bayi dalam pantang mendapat Klebsiella sepsis, disyaki akibat diberi ebm yang disimpan bersama ikan mentah. Sejak itu saya memang khaskan freezer untuk ebm sahaja. Jika terdesak, simpanlah bahan mentah dalam tightly sealed container.
- Jika anda pam, susu yang awal keluar adalah foremilk (cair) dan yang akhir adalah hindmilk (pekat). Contohnya ketika pam, 5oz pertama lebih cair dan 5oz kedua pastinya lebih pekat (dari breast yang sama). Saya suka campurkan kedua-duanya sebelum storage supaya both ada equal distribution of foremilk & hindmilk.
- Susu akan mengembang sedikit bila disimpan dalam freezer, jadi tinggalkan sedikit ruang extra dalam storage bag/bottle sebelum dibekukan

TIPS BUAT STOK SUSU #6 – AMALAN SUPPLEMEN UNTUK MENINGKATKAN MUTU/KUALITI SUSU

gambar dari dr. Hana sendiri
"Ini susu yang saya pam, botol sebelah kiri saya terlupa ambil ESP dan sebelah kanan saya ambil ESP hari sebelumnya. Bila saya tak ambil ESP, kesannya akan terus terlihat pada kecairan susu hari berikutnya. Sehingga staff saya pun pernah tegur susu yang saya pam kelihatan cair (bila saya lupa ambil ESP). EBM yang saya bagi contoh ni dah frozen. Sebelah kanan sebenarnya lebih pekat dan lebih ‘milky yellowish’ berbanding sebelah kiri (setelah dicampur both foremilk dan hindmilk)."

Kualiti susu yang tinggi akan menampung keperluan mineral harian si kecil anda dengan sempurna.
Susu yang bermutu tinggi juga akan membantu pertambahan berat bayi serta perkembangan mental & fizikal bayi yang sihat!

Semakin aktif, kadangkala pertambahan berat bayi akan menjadi lebih perlahan (slower weight gain). Itu normal... Jika anak anda sihat, dan perkembangan developmental milestonenya up to age, kemungkinan besar anda tak perlu terlalu risau smile emoticon
boleh baca testimoni tambah susu ibu di sini.
JANGAN TUNGGU SUSU DAH BERKURANG BARU NAK CARI SUPPLEMEN. Mulalah awal untuk penghasilan susu yang kekal MERIAH dan BERKUALITI.
Susu dah melimpah ruah, penuh satu peti ais?
Anda rasa tidak perlukan supplemen?
Jangan silap! Lebih banyak susu terhasil, lebih banyak calcium dan mineral loss through breastmilk!
Maka anda lebih lagi perlukan kalsium dan mineral tambahan!
Dapatkan set penyusuan hari ini,
Agar susu anda BANYAK KUANTITI, TINGGI KUALITI!
Dan agar anda sihat tubuh badan, bertenaga sepanjang hari!
boleh klik link di bawah atau hubungi saya yea.




P/S: BILA DAH DAPAT , HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN JADUAL MAKAN DAN KHIDMAT KONSULTASI PERCUMA YEA

p/s;boleh juga baca testimoni esp untuk kulit cantik di sini.

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:


_________________________________________________________________ 
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Monday 23 March 2015

10 TIPS HADAPI GST: URUS KEWANGAN, RANCANG BELANJA DENGAN BIJAK AGAR TIDAK SESAK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

GST, GST, GST..Tak berapa hari lagi GST akan dilaksanakan. Inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia, GST akan dilaksanakan. Menerima pelbagai reaksi dari segenap lapisan masyarakat, namun ia tetap akan di uruskan. Wajar atau tidak, ia tetap akan menjadi kenyataan.Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak dalam menguruskan kewangan, dalam merancang perbelanjaan sebaik mungkin agar kita tidak lah sesak sementara menunggu gaji yang berikutnya.



GST, GST, GST, hehehehe..
jom kita tengok apa yang kita boleh buat dalam menguruskan kewangan dan merancang perbelanjaan seharian kita:

# TIPS 1
Menggunakan gaji yang diterima dengan berhemah.Perbelanjaan MESTI kurang daripada pendapatan kita .Contoh paling ringkas : gaji RM 3000, Perbelanjaan RM2800 , jadi RM 200 kita ada duit SIMPANAN KECEMASAN.




#TIPS 2
 Rancang Dan patuhi Jadual Kewangan. 
Biasa yang ni ramai yang buat kan, tapi susah nak patuhi, so mulai hari ni, wujudkan 1 buku untuk perbelanjaan ni dan PATUHI! Kalau ade lari skit2 tu nolehla dimaafkan, tapi kalau boleh, ikutlah betul-betul.
Contoh jadual :-




#TIPS 3
 Jika ingin pergi berbelanja, sediakan dahulu senarai apa yang wajib kita beli, ini untuk memudahkan kita seterusnya membantu kontrol perbelanjaan . Ambil total belanja daripada barangan keperluan rumah.
-Pastikan barang adalah halal(jika makanan)
-Lihat Harga sebelum beli -lagi bagus jika sudah tahu harga setiap 1, jadi kita boleh anggarkan berapa RM kita akan gunakan ketika membeli.
-Lihat tarikh Luput
Contoh Senarai :- 




#TIPS 4
Bayar hutang secara sistematik . 
jangan menangguh  bayaran bulanan, ini kerana jika kita sudah tertanggguh walaupun sebulan, ini akan menjejaskan perbelanjaan untuk bulan seterusnya. TERUTAMANYA HUTANG KAD KREDIT. Kan kalau terlebih deadline, perlu bayar cas denda, memanglah sedikit tapi ia sangat bermakna. ingat tue,Belanja ikut kemampuan.

#TIPS 5
Ajar diri kita , suami / isteri dan anak-anak supaya hidup dengan berjimat cermat.
galakkan anak membawa bekal ke sekolah,dengan cara ini bukan sahaja menjimatkan malah makanan yang dimakan lebih selamat( air tangan ibu). Halalan Tayyiban hehehe

#TIPS 6
 Bayar Zakat / derma / Sedekah. kerana ini adalah satu cabang untuk kita lebih bertambah rezeki. Sepatutnya sedekah ni adalah perkara pertama yang kita masukkan dalam list agihan kewangan kita.


kenapa sedekah / infak & zakat itu wajib?

Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.


#TIPS 7
Meabung.
 Duit lebih daripada perbelanjaan, praktiskan menabung (tabung kecemasan) .Duit syiling yang banyak tu, haa kutip letak dalam tabung. kalau urgent nak gunakan , kita boleh tukar dengan duit kertas atau bank in ke akaun kita.



#TIPS 8
Elakkan /atau kurangkan window shopping.
Biasanya, bila dah window2 tue, kita akan tertarik dengan macam-macam promosi kan..hehehe... nak beli juga? cuba kita fikirkan ini dahulu:-
-Adakah kita mampu membelinya
-Adakah kita memerlukannya
-Adakah ada yang murah tetapi kualiti yang sama?
-Bolehkah kita tangguh pembeliannya- takut bajet terlebih.

#TIPS 9 
Hidup mengikut kemampuan
Setiap individu berlainan pendapatan,jadi perbelanjaan pun berlainan. jangan ikut kemampaun orang lain sedangkan kita tidak mampu.(Ingatan untuk diri sendiri juga)

#TIPS 10
Jana pendapatan sampingan/ SIDE INCOME.
Saya pernah menulis article mengenai side income atau macam mana kita nak tahu yang kita memerlukan side income atau tidak sebelum ni. boleh baca DI SINI.

Kita perlu naik tarafkan kewangan kita! tapi macam mana? kadang-kadang kita sehari tu pun rasa masa itu terlalu cepat dan tidak mampu nak melakukan kerja-kerja lain? In Shaa Allah kehendak kita, jika ada impian pasti jadi kenyataan. jika ingin melakukan kerja sampingan,jika bersungguh pasti ada jalan. 

nak dapat DUIT kena ada:
D =DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKKAL.

Wassalam..Semoga Bermanfaat!


#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:

_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU