Showing posts with label BERPANTANG/BERSALIN. Show all posts
Showing posts with label BERPANTANG/BERSALIN. Show all posts

Friday, 15 April 2016

5 KESAN TIDAK BERPANTANG DENGAN BETUL YANG ANDA TIDAK BOLEH AMBIL MUDAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Berpantang. Satu tempoh pemulihan bagi ibu-ibu bersalin. Berpantang juga sangat penting buat ibu-ibu yang baru lepas melahirkan, bukan sahaja untuk menjaga kesihatan diri , membaik pulih tenaga, malahan juga untuk bayi. Sewaktu tempoh ini, ibu-ibu berpantng lebih cenderung untuk memilih set berpantang yang dijul di pasaran yang sangat meluas. Tekan sahaja si encik google, bermacm-macam jenis set berpantang ditawarkan di pasaran. Terpulang pada diri, yang mana berkenan di hati. Di sini saya ingin berkongsi tentang kesan atau akibat tidak berpantang dengan betul.

KESAN TIDAK BERPANTANG DENGAN BETUL

5 KESAN TIDAK BERPANTANG DENGAN BETUL?

1) Rahim Jatuh / Prolapse

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.
prolapse-rahim jatuh akibat tidak berpantang

2) Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
      -  kerap kencing
      -  sakit ketika nak kencing
      -  kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
         di panggil (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

3)Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

4)Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

5)Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.


APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU IBU BERPANTANG DALAM MENJAGA KESIHATAN?

Shaklee mempunyai set berpantang yang memang diketahui sangat ohsem. Berpantang secara moden, dan dalam keadaan yang sihat, menajdi trend ibu-ibu masa kini. Saya sendiri mengamalkan set berpantang Shaklee, hasilnya, bukan sahaja badan sihat, malahan susu lebih meriah, bayi juga sihat dan membesar dengan baik, dek vitamin2 yang diamalkan. 

Jom saya kongsikan testimoni seorang ibu muda ini, tentang apa yang beliau dapat dari set berpantang Shaklee ini:

TESTIMONI:

TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE
cerita ibu muda berpantang:

SET BERPANTANG APA YANG PALING BEST? SEMESTINYA SET BERPANTANG SHAKLEE smile emoticon(DETAILS SET BERPANTANG SHAKLEE DI SINI)
.

Dari awal mengandung lagi memang dah set dah, nak guna set pantang Shaklee kali ni... Masa lahirkan Dani dan Zara dulu, saya guna set pantang Cap Menara je.. Beli kat bidan urut.. Hasilnya, seminggu je saya berupaya menelannya.. sebab risau baby cirit birit n baby tak baik kuning lagi sepenuhnya.. so jamu-jamu letak tepi dulu lah...
.

Sebenarnya, masa saya habis berurut ari tu, Bidan Opah Leha ade gak promot beli set pantang Cap Menara tu, tapi saya bagitau la, dah beli dah.. hihi...
.

Saya memang ikut time nak makan set pantang Shaklee ni...Sebab nak rasa dia punya effect betul2... Wow sangat ke kan? Dah beli mahal2 tu, kenalah habiskan. Eh, mahal ke? Apelah sangat nilai harga vitamin tu kan, dengan harga diri sendiri ni... Kalau rasa tak mampu nak beli sekali segedebuk, beli la sikit2, dari awal pregnant lagi saya dah kumpul, sebulan beli satu2... 
.

Bangun pagi2 telan Zinc Complex dulu masa perut tengah kosong lagi. Sejam atau setengah jam kemudian baru saya breakfast. Lepas breakfast, makan Vitalea, B complex ngan Vitamin C sebiji- sebiji... setle. Pukul 12 tengahari lunch pulak, lepas lunch amik lecithin ngan alfafa. Alfafa masa tu tak berani lagi saya nak makan 2-3 bijik. Sebabnya, Si Baby Iman ni tak kuat menyusu sangat, everytime dia menyusu mesti tersedak2. 
.

Pastu susu badan banyak, dia plak asyikla tido je. Sudahnya breast saya membengkak. Alamat kalau breast bengkak, seram sejuk satu badan nak demam. Hampir2 nak demam dah hari tu. Cepat2 telan panadol. Nutriferon plak belum sampai masa tu. T_T .

Cenggitu haaa kesan makan Alfafa... so, saya makan sebijik jelah cukup untuk buang toksin2 dalam badan ni, di samping nak ngangkut lemak2 yang dah dilupuskan oleh Cik Lecithin itu tadi. Hehe...
.

Dinner plak, tak makan nasi pun, cukupla kopi secawan atau bercawan2 cicah ngan biskut. Sebab kenyang lagi dengan makan siang tu dan makan vitamin2 tu. Serius la, makan vitamin2 tu perut jadik kenyang. Tak caya? cuba try. smile emoticon Kul 7 malam cam tu la. Selang 2 jam baru saya makan Ostematrix 4 biji sebelum tido. 
.

Dah habis berpantang pun. Hasilnyaaaaa.. Memang wow lah! Terlalu banyak effectnya kat badan sendiri ni.
.
.

1. Luka cepat baik. 10 hari luka dah bercantum. Tq Zinc Complex.
.

2. Badan tak penat. Seriously, saya tak stress langsung berpantang kali ni. Stress sebab anak2 bergaduh ada. Hahahaha.. tp bukan sebab badan penat. Fungsinya Vitalea n B Complex. smile emoticon 
.

3. Baby alhamdulillah, malam2 tak meragam. Lena betul dia tido. Malam-malam sekali dua je bangun untuk menyusu dan baby poopoo. Ibu saya pun cakap, xdengar langsung dia menangis malam2. Compare ngan sebelum2 ni.. mak aihhh.. letih bdn asyik bangun tgh malam. Bila badan penat, mula la rasa nak emo satu badan kan. Means, baby kenyang menyusu... saya makan vitamin dan khasiat dia dapat kat baby jugak melalui susu ibu yang baby minum. 
.

4. Tiada langsung sembelit... fuhhhh.. tu adalah salah satu perkara yg agak ngeri jugak tu masa dulu-dulu pantang Dani dan Zara, Pantang Iman hari-hari saya membuang dgn senang hati. Tq Ostematrix!
.

5. Tiada bengkak susu. Susu badan Alhamdulillah... agak meriah juga. Sampai baby Iman tersedak2 la. Flow susu tu laju. TQ Lecithin n Alfafa ♡♡ 
.

6. 3,4 orang yang datang visit baby dok tanya, ni orang pantang ke tak pantang ni...hahaha... pantang laa... takkan tak pantang, badan nak pakai lama kot.. smile emoticon Badan rasa sihat kuat dan cergas dan kulit muka tak kusam. Vit C punya penangan... 
.

7. Perut tak rasa nak makan sangat. Kawan2 pun tak percaya yg saya makan nasi sekali je sehari.. hehehe... Betul la.. so ini akan jadikkan asbab berat badan saya menurun..
.

8. Tiada keguguran rambut. En.suami pelik, hairan dia dah lama tak nampak rambut bertaburan kat dalam bilik. Hahaha… Ni Zinc complex punya kerja.
.

9. Kesan ni yang saya dapat bila saya amalkan makan Set Berpantang Shaklee tanpa prejudis. Konsisten hari-hari... best betul


**********************        best kan?              **********************

INI KATA MEREKA..APA PULA KATA ANDA?


JOM BERPANTANG DENGAN SHAKLEE 

HARI INI

HUBUNGI SAYA SEKARANG, 


AYUADYANI

sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI

ASK ME HOW OR JUST SIGN UP HERE. (then click join now)
PENGEDAR SHAKLEE PILIHAN ANDA
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

#shakleeMalaysia
#shakleeBrunei
#shakleeSingapore
#vivix 






sumber: https://www.facebook.com/Momspostnatalwellnessspa
_________________________________________________________________________
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Monday, 28 March 2016

TIPS MENJAGA LUKA BERSALIN AGAR CEPAT SEMBUH ( BERSALIN NORMAL MAHUPUN PEMBEDAHAN / CAESER)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM SEJAHTERA


Pengalaman bersalin, merupakan satu pengalaman yang tak dapat digambarkan dengan perasaan. Hilang segala kesakitan tatkala mendengar tangisan si kecil. Tak kiralah samada bersalin secara normal mahupun pembedahan. Segala luka dan kesakitan dikira sangat berbaloi kann.. Walau bagaimanapun, Luka bersalin perlu dijaga dengan baik supaya proses pemulihan dapat berjalan lancar dan tubuh badan dapat kembali kepada keadaan asal. Ada sedikit perbezaan dalam menjaga jahitan C-Section dan episiotomi. Penjagaan luka bersalin amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman. Di sini saya kongsikan panduan-panduan serta beberapa tips penjagaan khas bagi kedua-dua jenis luka.

tips jaga luka bersalin agar cepat sembuh


Penjagaan khas luka bersalin C-Section:




Luka akibat pembedahan C-Section mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika merasa lemah dan tidak selesa, itu perkara biasa.

1)rehat
Berehatlah selama yang boleh. Pastikan apa sahaja yang anda dan bayi perlukan berada dekat dengan anda.

2)Tampung abdomen
Sentiasa tampung abdomen dengan struktur badan yang betul ketika berjalan dan berdiri. Pegang abdomen berhampiran dengan luka semasa batuk, bersin atau ketawa.

3)Luka sentiasa bersih dan kering
Bagi mengelakkan jangkitan dan bernanah, pastikan luka sentiasa bersih dan kering:
• cuci luka ketika mandi
• keringkan luka dengan pengering rambut
• sapukan ubat yang dibekalkan terutama sebelum memakai bengkung
• letakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bagi menyerap peluh terutama pada bahagian luka

Penjagaan khas luka episiotomi:


LUKA EPISIOTOMI
Luka episiotomi lebih rumit penjagaannya berbanding luka C-Section kerana tempat luka yang lebih mudah lembab.

1)Pek ais
Letakkan pek ais pada luka. Ini akan menyebabkan kebas dan mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada luka. Sama ada di hospital atau di rumah, tukarkan pek ais yang baru setiap 12 jam.

2)Rendaman antiseptik
Bagi membantu membersihkan kawasan luka, berendamlah dalam air suam bercampur antiseptik. Ini dapat membersihkan kawasan luka sambil menghindari kuman. Gunakan sitz bath supaya anda tidak perlu memenuhkan tub mandi.

3)Elakkan terlalu lama dalam satu posisi
Tanpa rehat yang mencukupi, kawasan luka boleh membengkak. Namun elakkan berbaring, berdiri atau duduk terlalu lama. Cuba untuk berjalan perlahan-lahan. Anda juga boleh duduk di atas bantal atau padded ring untuk keselesaan.

4)Aliran air suam
Ketika membuang air kecil, alirkan air suam pada kawasan perineum. Ini membantu mengurangkan rasa ‘terbakar’ pada kulit apabila urin menyentuhnya. Alirkan juga setelah selesai. Ketika membuang air besar, tekankan sedikit kawasan perineum dengan pad bersih.

5)Sapuan dari depan
Apabila mengeringkan kawasan luka, pastikan anda lakukan sapuan dari depan ke belakang bagi mengelakkan jangkitan kuman dari kawasan dubur.

6)Senaman kegel
Mulakan senaman kegel pada hari anda melahirkan bagi membantu memulihkan otot, menggalakkan aliran darah dan mempercepat pemulihan. Lakukan ia apabila bertukar posisi. Kontraksi pada lantai pelvis dapat mengurangkan rasa tarikan pada jahitan apabila anda bergerak.

7)Dedahkan luka
Jika dapat, dedahkan kawasan luka selama mungkin setiap hari. Ini membantu kawasan luka sentiasa kering.

8)Ubat luka
Jika anda dibekalkan dengan ubat sapuan untuk luka, sapukan selepas mandi atau rendaman antiseptik setelah kawasan luka dikeringkan. Anda juga boleh menggunakan minyak hazel bagi tujuan sembuhan.

Pesanan tambahan

1)Minum banyak air
Minumlah air dengan banyak terutama jika anda mengalami koyakan pada perineum yang melibatkan bahagian dubur (koyakan tahap 3 dan 4). Ia dapat menggantikan cecair dalam badan yang hilang dan mengelakkan sembelit. Kosongkan pundi kencing selalu bagi menghindari jangkitan pada saluran kencing (UTI). boleh baca tips atasi masalah sembelit DI SINI

2)Perhatikan tanda-tanda jangkitan
Pastikan luka tidak dijangkiti kuman. Hubungi doktor atau pihak hospital jika anda dapati perkara berikut: luka menjadi merah, merasa panas, membengkak dan terdapat cairan seperti nanah; demam panas sehingga 38C; atau sakit yang semakin teruk di sekitar luka.

3)Ambil ubat jika perlu
Ambillah ubat tahan sakit apabila dirasakan perlu seperti ibuprofen atau acetaminophen. Elakkan aspirin jika anda menyusukan bayi kerana ia memberi kesan negatif.

4)Elakkan mengangkat benda berat
Hindari daripada mengangkat benda berat kerana ia akan memberi tekana terhadap lantai pelvis dan abdomen anda.

5)Hubungan kelamin
Tubuh anda memerlukan waktu untuk pulih sepenuhnya, begitu juga dengan organ peranakan. Berikan masa sebelum anda kembali melakukan hubungan kelamin, mungkin antara 4-6 minggu selepas melahirkan.

6)Bersabarlah
Pemulihan luka selepas bersalin mengambil masa. Bersabarlah dan jangan terburu-buru untuk cepat melakukan kerja-kerja berat. Simpan tenaga anda untuk menguruskan bayi dan diri anda supaya tubuh badan anda dapat pulih dengan baik sepenuhnya.

JOM TONTON KISAH KAKAK INI YANG BERSALIN SECARA CAESER, DAN BERJAYA SEMBUHKAN LUKA BERSALIN DALAM MASA YANG SANGAT SINGKAT



Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar? from iReach HD on Vimeo.

Apa yang kakak ini amalkan sewaktu berpaantang untuk cepatkan proses pemulihan luka bersalin beliau? Sudah tentulah set berpantang Shaklee dan di tmbah dengan si tonik ajaib, VIVIX

APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU?
SET BERPANTANG SHAKLEE


Selain dari penjagaan di atas suplemen juga turut membantu penyembuhan luka bersalin. Set berpantang Shaklee ini sesuai untuk yang bersalin normal atau Cesarean. Ibu-ibu juga tidak perlu risau menggunakan set ini kerana:
  • Boleh teruskan digunakan walaupun bayi menghidapi Jaundis (Kuning).
  • Membantu dalam penyembuhan luka melalui tindakan dalaman tanpa perlu krim, minyak herba atau makanan tambahan lain seperti sup ikan haruan yang agak sukar untuk disediakan. Bagi ibu yang berpantang sendiri, set ini sudah mencukupi tanpa perlu bersusah-payah memikirkan makanan tambahan seperti ibu yang berpantang dijaga.
  • Tiada efek panas seperti jamu yang tidak sesuai pada ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif.

  • Boleh terus digunakan walaupun selepas bersalin kerana set ini juga akan mencantikkan kulit ibu, membuatkan wajah berseri-seri serta tidak pucat dan merapatkan keintiman di dalam hubungan suami isteri.
  • Bertindak sebagai "perapat" jika anda turut mengambil alfalfa bersama set ini.


  • Fungsi vitamin di dalam set berpantang 

    shaklee:

    set berpantang shaklee
    • B Complex 


    B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.


    • Vita-C (Sustaine Realease Vita-C)


    Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.


    • Vitalea (Multivitamin with iron)
    Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.


    • Zinc Complex
    Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

    Bertambah efektif jika diambil bersama:
    • ESP dan ALFALFA membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)

    • Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.
    BONUS!!!!!!

    Apa yang anda dapat selepas mengamalkan set ini?
    ===============================
    - Badan semakin langsing
    - Susu ibu meriah !! (supply & demand)
    - Badan semakin bertenaga
    - Tak sakit pinggang
    - Bayi kenyang
    - Ibu tidur lena
    - Kulit semakin cantik
    - Luka cepat sembuh
    - Rambut kurang gugur
    - Tulang & gigi kuat
    - Kulit ibu semakin putih dan gebu
    SOOO...

    TUNGU APA LAGI..ANDA WAJIB DAPATKAN SET BERPANTANG ANDA HARI INI UNTUK MENJAMIN KESIHATAN YANG LEBIH BAIK.

    ITU KATA MEREKA..ITU PILIHAN MEREKA..
    APA KATA ANDA..APA PULA PILIHAN ANDA?

    hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.


    AYUADYANI

    sms@whatsapp@telegram 0147375771
    FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

    FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
    INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

    #KONGSI KEBAIKAN


    #SEBAR KEBAHAGIAAN

    ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.

    PENGEDAR SHAKLEE PILIHAN ANDA
                                                           
    "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

    #shakleeMalaysia
    #shakleeBrunei
    #shakleeSingapore
    #vivix 
    #stbinitiatif

    #bisikbisiksupermom

    __________________________________________________________________________________________ 
     Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

    Saturday, 31 October 2015

    BENARKAH AIR SELUSUH PERMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN?

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

    Air selusuh adalah antara perkara yang sagat sinonim dengan ibu-ibu yang hamil di semester terakhir. Selain dari persediaan mental, persediaan fizikal juga sangat diperlukan ketika ini. Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai 6  tips yang boleh di amalkan untuk mempercepatkan bukaan rahim. Persoalannya, sejauh manakah ia berkesan dalam membantu mempercepatkan proses kelahiran? Berkesan atau tidak, bergantung pada pengalaman masing-masing.



    jom tonton kehebatan ibu hamil ni dulu..






    Dalam islam, penggunaan air selusuh adalah harus, namun, ayat yang dibaca hendaklah betul2 ayat al-quran yang tidak lari bacaan dan maknanya. Paling penting, bacalah surah-surah amalan serta terjemahan dan berdoalah kepada ALLAH agar dipermudah segala urusan.


    Penyediaan air selusuh

    1. Al-Fatihah
    *bacaan bertajwid {link}


    (1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
    (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
    (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
    (4) Yang menguasai hari pembalasan
    (5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
    (6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
    (7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


    2. Selawat Syifa
    *bacaan bertajwid {link}


    Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.


    3. Al-Hashr; ayat 21-24.




    (21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
    (22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
    (23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
    (24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

    4. Ayat selusuh


    Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


    5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5


    (4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
    (5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


    6. An-Nazi'at; ayat 46.


    Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.


    7. Ayat selusuh

    Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


    8. Ayat permudah

    Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

    Selain itu, ibu hamil juga perlu menjaga pemakanan dan diet seharian ibu perlu cukup. Ini bagi memastikan tumbesaran janin dapat berkembang dengan baik.
    Ibu-ib boleh mengamalkan set hamil shaklee untuk melengkapkan nutrisi ibu dan anak. Selain itu, set hamil shaklee juga boleh diteruskan sehingga bersalin. Boleh dapatkan info set kehamilan Klik DI SINI, set bersalin klik DI SINI  dan set menyusu DI SIN



    boleh dapatkan lebih tesimoni berpantang di sini.

    anda juga mungkin meminati:

    1) resepi berpantang normal / ceaserean 
    2) tips jaga luka bersalin normal / czer.
    3) senarai semak sebelum bersalin 

    hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.


    AYUADYANI


    sms@whatsapp@telegram 0147375771
    FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

    FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
    INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

    #KONGSI KEBAIKAN


    #SEBAR KEBAHAGIAAN

    ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                           
    "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

    _________________________________________________________________
     Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

    PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

    https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU