Friday 4 November 2016

JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN KARANGKRAF 2016. APA YANG MENARIK?

Assalamualaikum w.b.t &  salam sejahtera

Hai semua..  Sesantai je hari ni.  Nak share akit tentang jualan gudang akhir tahun karangkraf. Dah lama Ayu tak gi memana pesta buku dengan anak2.  Kebetulan cuti deepavali tempoh hari, ade peluang,  so, join je lah

Sebulan jualan ni diadakan

Actually,  ni lah first time Ayu jejak kaki ke karangkraf. Selama ni duk lalu je, tak pernah lak singgah hihi. 

Ok, apa yang menariknya,  parking banyak dan lias. So, tiada masalah. Cuma jauh  dan dekat je. Tapi  bagi yang ada anak, ada ruangan parking khas yang dekat dengan khemah jualan. Yang parking  jauh  tu, jangan risau,  sebab ade shelter disediakan. Anak Ayu teruja tau sebab salah satu shelter yang ada ni adalah modifikasi dari kereta kancil. 

Tadaa.. Cute kan. Kreatif sungguh! 
Actually  banyak, memang banyak buku yang dijual pada harga ryntuh ni. Kalau novel tu, memang ada baaannnyak sangat, siap ada satu  khemah tepi tu khas untuk novel, dijual pada harga rm 1- rm 5 je. Tapi sebab Ayu bukan penggemar novel, makanya, terlupa lak nak snap pic tang tu hihi. 
antara buku yang ayu suka
Ayu suka buku tentang parenting,  motivasi,  ilmiah so, memang pulun gakla. Rambang mata nak pilih,  tapi sebab sehari sebelum ke karangkraf, Ayu dah borong buku di popular, dan sehari selepas ke karangkraf pun, ayu pergi lagi popular, jadi, taklah banyak sangat beli untuk diri sendiri. 
Hasil tangkapan kami.. Adik, abang, kakak, ummi 
Aksi anak2 Ayu sewaktu nak pilih buku. Rambang mata memasing
😂😂😂😂
Setiap orang ada bakul sendiri. Tapi, lepas si abahnya bagi panduan dan di sort balik, makanya yang di atas tu je dibeli. Kalau tak, hurmm..

Aksi dan gelagat 3D ummi pilih  buku


Sooo seronok bila ada teman time nak pilih buku.  Tapi, kalau nak pergi, better pergi time weekdaya, orang tak ramai sangat. 

Oh ya, di khemah luar juga, terdapat gerai menjual makanan dan minuman. Kalau rasa dahaga or lapar, boleh basahkan bibir kat situ.

Okai?Ayu pun kalai diberi kesempatan, Ayu nak pergi lagi sekali, sebab Ayu nak borong buku untuk dijadikan hadiah buat anak2 bisnes shaklee Ayu. Haritu pergi tak fokus bab ni hihi. 
Ok da...  Kalau korang jugak pergi jangan lupa tau,  share jugak pengalaman korang. 
Slaam sayang, 
AyuAdyani
Ummu3D

__________________________________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU