Sunday, 6 September 2015

6 CARA ATASI SAKIT KEPALA TANPA UBAT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Sakit kepala,pening, migrain,stress, biasa di alami oleh kita. Kadang-kadang dah tak larat nak telan panadol,ponstan atau pain killer.Risau juga dengan kesan sampingan kan. Lebih-lebih lagi ibu menyusu,ibu mengandung,pemakanan kena ambil kira. Jom tengok 6 cara atasi sakit kepala tanpa ubat.



6 CARA ATASI SAKIT KEPALA TANPA UBAT:

1. MAKANAN PEDAS

2.BAWANG PUTIH


3. BUNGA RAYA


4. BUAH EPAL


5.RENDAM KAKI


6. B COMPLEX (INI SUPLEMEN,BUKAN UBAT)


Selain itu,mari kita tengok apa lagi khasiat vitamin b-complex dari shaklee ni..







HAAA, Banyakkan manfaat b complex shaklee ni.. jom dapatkan anda punya hari ini... say ❌❌❌  to stress..


hubungi saya untuk khidmat rundingan percuma secara ekslusif dan berterusan.

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT  
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

__________________________________________________________________________
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

Friday, 4 September 2015

MENGAPA PESAKIT KANSER / BARAH DIBERI RAWATAN KEMOTERAPI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Kanser oleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira umur, jantina mahupun bangsa. Terdapat berpuluh-puluh jenis kanser. Saya pernah menghadiri beberapa siri ceramah tentang kanser. Sebenarnya seluruh anggota badan kita berpotensi untuk mendapat kanser. Kesedaran kanser di kalangan rakyat Malaysia masih rendah.(boleh baca 20 tanda awal kanser di sini). Bagi kebanyakan pesakit, kanser boleh disembuhkan atau dikawal daripada merebak melalui pembedahan. Manakala, bagi sesetengah kes pula, rawatan mungkin perlu diikutikan dengan terapi radiasi atau menggunakan ubat-ubatan anti kanser atau lebih dikenali sebagai kemoterapi. Rawatan kemoterapi sendiri  sering disalah tanggap sehinggakan ada pesakit yang menolak untuk dirawat. Gambaran negatif mengenai kesan sampingan yang teruk akibat kemoterapi seringkali dijadikan alasan untuk mengelakkan rawatan. MENGAPA PESAKIT KANSER / BARAH DIBERI RAWATAN KEMOTERAPI?



Mengapa rawatan kemoterapi diberikan?
Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit barah atau mengurangkan gejala penyakit barah.
Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis barah dan ubat yang digunakan. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat.
Bagaimana kemoterapi dilakukan?
Ubat kemoterapi mestilah memasuki salur darah untuk sampai ke sel barah dalam tubuh badan. Ubat kemoterapi memasuki salur darah dengan segera sekiranya ia disuntik ke dalam salur darah. Sekiranya diberikan secara kaedah lain, ubat tersebut mestilah menyerap masuk ke dalam salur darah (contoh: ubat kemoterapi dalam bentuk biji yang dimakan dan diserap melalui dinding perut atau usus).
Ubat kemoterapi ini akan berada dalam sistem peredaran darah dan boleh memasuki serta memusnahkan sel-sel tertentu. Sel yang dipengaruhi oleh ubat kemoterapi adalah sel-sel yang bertambah dengan kadar segera seperti sel barah. Kadar kemusnahan sel barah adalah berbeza dan ianya bergantung kepada jenis barah itu sendiri.
Sel tubuh normal yang bertambah cepat juga boleh terganggu oleh kesan ubat kemoterapi tetapi sel-sel normal tersebut berkeupayaan untuk pulih dan bertambah semula berbanding sel barah.
Tempoh rehat di antara dua rawatan dapat memberi peluang kepada sel-sel yang normal pulih sebelum tiba masa rawatan yang selanjutnya.
Doktor yang merawat pesakit barah akan mengambil kira beberapa faktor dalam membuat perancangan rawatan kemoterapi kepada pesakit. Antara faktor penting tersebut adalah jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Faktor lain yang perlu diambil kira adalah umur pesakit dan tahap kesihatan pesakit secara umumnya. Ini bermakna setiap pesakit berkemungkinan mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza.
Kekerapan rawatan kemoterapi dan tempoh rawatan adalah bergantung kepada jenis barah, ubatan yang diberikan, tindakbalas sel barah terhadap ubat dan kesan sampingan ubatan.
Kemoterapi biasanya diberikan dalam beberapa tahap. Tempoh bagi setiap tahap rawatan mengambil masa beberapa jam hingga kepada beberapa hari bergantung kepada ubatan yang diberikan. Setiap tahap rawatan itu akan diikuti dengan tempoh rehat untuk beberapa minggu bagi membolehkan tubuh badan pulih daripada kesan sampingan rawatan. Jumlah keseluruhan tahap rawatan bergantung kepada tindak balas barah terhadap rawatan. Rawatan kemoterapi mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk merawat penyakit barah. Bagi sesetengah pesakit pula, mereka dikehendaki memakan ubat kemoterapi untuk beberapa minggu atau bulan sebelum diberikan tempoh rehat.
Pesakit mungkin diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X atau berjumpa dengan doktor sebelum diberikan rawatan kemoterapi dan ini sememangnya mengambil masa. Kesemua ubatan kemoterapi disediakan dengan cara tertentu dan pesakit mungkin perlu menunggu seketika sebelum memperolehi ubatan tersebut daripada Jabatan Farmasi hospital. Bagi membantu pesakit mengisi masa menunggu, mereka disarankan untuk membaca buku, surat khabar, melakukan silang kata atau menulis surat.
Perubahan dalam pelan rawatan.
Doktor yang merawat pesakit barah akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan tindakbalas barah terhadap rawatan kemoterapi. Bagi tujuan ini, pesakit diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X dan ujian imbasan. Hasil daripada ujian-ujian ini akan menunjukkan tahap tindakbalas barah terhadap rawatan kemoterapi. Kadangkala pelan rawatan perlu diubah berdasarkan keputusan ujian kerana ada masanya rawatan yang diberikan tidak memberi sebarang kesan seperti yang dikehendaki. Sekiranya pesakit mendapat kesan sampingan seperti rasa loya, ubat penahan muntah akan dibekalkan. 

Kesan sampingan kemoterapi:
Masalah usus
  • Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelit atau cirit-birit (setelah diberikan rawatan kemoterapi). Mereka ini digalakkan untuk meminum lebih air bagi mengatasi masalah ini.
  • Sembelit boleh dielakkan sekiranya pesakit mengambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum dan pasta , bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Bagi mengatasi masalah cirit-birit pula, pesakit dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap berbanding memakan makanan dalam jumlah yang banyak. Ambil makanan yang bersuhu suam atau sedikit sejuk berbanding makanan yang panas atau telalu sejuk. Elak makanan yang pedas, makanan berserat yang kasar, makanan berlemak atau yang digoreng, berkuah atau bersos, sosej dan buah-buahan atau sayuran yang mentah, berkulit atau berbiji. Makan makanan snek yang bersesuaian seperti sup, roti bakar, biskut, keju atau nasi. Apabila cirit-birit telah sembuh, penting bagi pesakit untuk mengambil makanan yang seimbang meliputi buah-buahan segar, sayuran dan bijirin.
  • Pesakit perlu melaporkan masalah sembelit, cirit-birit atau sakit perut kepada doktor yang merawat.
betik: tinggi serat; cara semulajadi atasi sembelit
Masalah mulut
  • Ubat anti-barah juga boleh memberi kesan kepada lapisan dalam mulut dan adakalanya menyebabkan luka / ulser atau jangkitan mulut. Penjagaan kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. Pesakit digalakkan menggosok gigi dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Pesakit mungkin dibekalkan dengan ubat kumuran bagi mengelakkan jangkitan mulut seperti jangkitan kulat.
    Pesakit tidak digalakkan mengguna ubat kumur komersil tanpa merujuk dengan doktor terlebih dahulu kerana ianya berkemungkinan merengsa lapisan dinding mulut. Penggunaan sesudu garam dalam segelas air suam juga boleh digunakan bagi tujuan yang serupa.
  • Jika mulut anda kering, banyakkan mengambil cecair, terutamanya air dan makanlah makanan lembut seperti kaserol. Makan juga buah-buahan masam atau gula-gula berangin. Bincangkan masalah pergigian anda dengan doktor. Maklumkan dahulu kepada doktor gigi anda yang sedang menjalani rawatan kemoterapi sebelum menjalani rawatan pergigian.
Rambut gugur
  • Keguguran rambut adalah disebabkan kesan sampingan sementara ubat pada rambut. Walaupun begitu tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tahap keguguran rambut adalah bergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan kemoterapi diberikan.
  • Selain daripada keguguran rambut, pesakit juga mungkin kehilangan bulu pada bahagian anggota badan yang lain. Sekiranya pesakit dijangkakan akan menghadapi masalah keguguran rambut, penggunaan rambut palsu, topi atau skaf mungkin dapat membantu. Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaan sejuk yang melampau. Pesakit hendaklah menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Sekiranya bulu mata turut gugur, gunakan kaca mata untuk melindungi mata. Pada hari yang berangin, anda perlu memastikan rambut dan kulit sangat bersih.
Rawatan bagi barah boleh mengubah persepsi pesakit terhadap dirinya dan hubungan dengan orang lain. Sesetengah pesakit menganggap barah tidak memberi apa-apa perubahan tetapi bagi sebahagian yang lain ia membuatkan hubungan dengan pasangan lebih rapat. Pesakit juga adakalanya mempunyai kurang minat dalam hubungan intim atau hubungan intim tidak penting lagi buatnya untuk sementara waktu.
Kesan sampingan kemoterapi seperti loya atau keletihan juga menjadi penyebab pesakit kurang berminat mengadakan hubungan seksual dengan pasangan. Malah perubahan fizikal badan menyebabkan pesakit merasakan dirinya kurang menarik di mata pasangan mereka. Adakalanya pesakit lelaki mempunyai masalah mati pucuk manakala bagi pesakit wanita mereka adakalanya mengadu mempunyai masalah faraj yang kering. Penggunaan KY Jelly sebagai pelincir boleh membantu dalam masalah kekeringan faraj. Sungguhpun begitu masalah ini hanyalah bersifat sementara dan ia biasanya pulih setelah rawatan tamat.
Sekiranya pesakit merasakan terdapat perubahan dalam hubungan intim, adalah digalakkan berbincang dengan pasangannya. Pasangan mungkin tidak menimbulkan hal tersebut berikutan kebimbangannya membuatkan pesakit berasa bersalah atau membuat permintaan yang melampau dalam keadaan pesakit yang tidak sihat. Perbincangan yang terbuka antara pesakit dan pasangan boleh membantu menyakinkan perasaan pesakit akan keperluan berkasih-sayang dan memerlukan pasangan.
Walaupun pesakit mungkin tidak berminat dengan hubungan seksual, terdapat banyak cara untuk memastikan keintiman berterusan. Bersentuhan, berpelukan, bercium adalah antara aktiviti intim yang boleh dilakukan bersama sementara pesakit pulih secara perlahan untuk membolehkan hubungan seksual dilakukan seperti kebiasaan.
Kesuburan
  • Kemoterapi boleh memberi kesan sementara atau kekal kepada kesuburan pesakit. Pesakit wanita mungkin menghadapi kitar haid yang tidak teratur atau putus haid tetapi keadaan ini hanyalah bersifat sementara. Walaupun kebarangkalian untuk mengandung menurun berikutan rawatan kemoterapi, masih ada pesakit wanita yang hamil setelah tamat rawatan.
  • Bagi pesakit lelaki, rawatan kemoterapi boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Bilangan sperma dalam air mani boleh berkurang dalam jumlah yang sedikit atau dalam keadaan yang ekstrem - tiada penghasilan sperma. Kesan sampingan ini boleh bersifat sementara atau kekal. Sesetengah pesakit membuat keputusan untuk menyimpan sperma sekiranya ia diperlukan untuk kegunaan persenyawaan luar rahim kelak.
Merancang keluarga
  • Walaupun kadar kesuburan berkurangan berikutan rawatan kemoterapi, proses kehamilan masih boleh berlaku. Memandangkan kemoterapi boleh memberi kesan kepada telur (ova) dan sperma maka kehamilan tanpa dirancang adalah tidak digalakkan baik bagi pesakit wanita, pesakit lelaki atau pasangan. Maka kaedah cegah hamil yang sesuai perlu digunapakai. Sekiranya kehamilan berlaku, pesakit perlu berbincang dengan doktor secepat mungkin.
  • Pil perancang keluarga / cegah hamil mungkin diberikan kepada pesakit wanita muda bukan sahaja bertujuan untuk mencegah kehamilan tetapi juga untuk melindungi ovari daripada kesan sampingan ubat kemoterapi.

Apapun, pilihan di tangan anda. Buatlah keputusan yang terbaik. Berbincanglah dengan pasanga atau ahli keluarga tentang masalah yang anda hadapi. Insyaallah, segalanya kan berlalu dengan baik.

Dalam Shaklee, apa yang kami boleh bantu pesakit barah ialah menggunakan produk vivix. 


vivix-melambatkan penuaan sel
antara testimoni pesakit kanser/barah yang telah berikhtiar dengan vivix:











Alhamdulillah..bagi mereka yang telah mencuba dan mendapat efek yang positif. Anda ingin mencuba untuk mencegah atau membantu dalam merawat kanser? cubalah vivxi hari ini..


Nak dapatkan vivix anda hari ini?Jom hubungi saya,sedia membantu...Khidmat rundingan ekslusif dan percuma disediakan.



AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT  
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

KREDIT: WWW.HEALTH.GOV.MY

Thursday, 3 September 2015

20 TANDA AWAL KANSER / BARAH YANG PERLU DIAMBIL PEDULI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor. Jom kita tengok 20 tanda awal kanser / barah yang perlu kita perhatikan pada badan kita


20 TANDA AWAL KANSER / BARAH
1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.  

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas    

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.  

4. "Asid Perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.  

5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.        

6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu 'pembunuh senyap' sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.       

7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.     

8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.    
9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.   

10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.   

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor  kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.  

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.   

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.   

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan.    Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.     

15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.   

16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan  ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.   

17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen.  Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.     

18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.  


19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.   Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.  

20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru


Rawatan Kanser/Barah
Rawatan barah adalah bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Malah faktor jenis rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan barah dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi barah. Seelok-eloknya, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.
Dalam Shaklee, apa yang kami boleh bantu pesakit barah ialah menggunakan produk vivix. 


vivix-melambatkan penuaan sel
antara testimoni pesakit kanser/barah yang telah berikhtiar dengan vivix:











Alhamdulillah..bai mereka yang telah mencuba dan mendapat efek yang positif. Anda ingin mencuba untuk mencegah atau membantu dalam merawat kanser? cubalah vivxi hari ini..


Nak dapatkan vivix anda hari ini?Jom hubungi saya,sedia membantu...Khidmat rundingan ekslusif dan percuma disediakan
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT  
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
________________________________________________________________________________
  Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

KREDIT: FB PAKAR SAKIT PUAN

Wednesday, 2 September 2015

11 PUNCA HAID / PERIOD TIDAK TERATUR DI KALANGAN WANITA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

RAMAI wanita di luar sana mempunyai masalah haid atau period yang tidak teratur menyebabkan sukar untuk mereka merancang kehamilan. Umunya,masalah haid tidak teratur disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.Namun tahukah wanita2 sekalian, terdapat 11 punca yang menyebabkan haid anda tidak teratur dengan baik.



PUNCA HAID TIDAK TERATUR
-------------------------------------------------
Punca #1 :
KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

Punca #2 :
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

Punca #3:
TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

Punca #4:
MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

Punca #5:
MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

Punca #6:
PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

Punca #7:
TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

Punca #8:
PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
Punca #9:
TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
Punca #10:
MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
Punca #11:
UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.


BAGAIMANA CARA MENGATASI MASALAH HAID TODAK TERATUR?

Ya, terdapat 2 produk yang boleh membantu anda menstabilkan haid dengan membetulkan hormon anda.

1. GLA COMPLEX





GLA COMPLEX MEMBANTU:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Membantu meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid).
  • Membantu dalam menangani menopus.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  • Membantu menangai ekzema.
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkan imuniti tubuh.
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
  • Mengawal kolesterol.
  • Untuk fungsi saraf.
2. VIVIX




VIVIX pula membantu menstabilkan hormon, mengurangkan kesan dari sengugut,melancarkan perjalanan darah..


Apa itu VIVIX?

VIVIX SHAKLEE ialah supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Dalam kajian makmal, ramuan VIVIX telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan  pada tahap sellular.
4 mekanisma penuaan pada tahap sellular:

1)  Kerosakan DNA
a.  Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hamper sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetic, menghassilkan satu ‘typo’ (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
b.  Ramuan VIVIX melindungi dan memperbaiki sellular DNA

2)  Pengawalan Genetik
a.  Pengawalan genetic menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan VIVIX mengaktifkan satu pengawalan genetic utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3)  Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun oleh Sel-sel
a.  Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan VIVIX menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4)  Penimbunan protein AGE
a.  Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan VIVIX adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE
VIVIX juga menolong membantu untuk menjaga / memelihara:
a)) kesihatan jantung
b)  kesihatan otak
c)  kesihatan system imun
d)  kesihatan sendi
e)  perlindungan anti oksidan
f)  peningkatan tenaga pada tahap sellular
g)  kesihatan dankesejahteraan yang berpanjangan


TESTIMONI GLA COMPLEX DI SINI.

INI TESTIMONI VIVIX,
ini adalah saya sendiri..

NAK cuba atasi masalah haid anda yang tidak teratur seperti saya? Jom hubungi saya,sedia membantu...Khidmat rundingan ekslusif dan percuma disediakan

AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT  
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________ 
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

kredit: fb pakar sakit puan

Tuesday, 1 September 2015

KEPENTINGAN PROTEIN UNTUK IBU HAMIL - ELAK RISIKO KEGUGURAN & PREMATURE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

PROTEIN adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka,setiap organ kita memerlukan PROTEIN. Kekurangan PROTEIN menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalaah penghasilan darah dan hormon yang akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa maut. PROTEIN juga penting untuk ibu hamil. Kekurangan PROTEIN yang serius di kalangan ibu hamil boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Jom kita tengok apa kepentingan PROTEIN serta risiko kekurangan PROTEIN di kalangan ibu hamil.


Kepentingan PROTEIN untuk Ibu Hamil :-
  1. Ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin
  2. Merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi
  3. Ia membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan pertumbuhan otak janin
  4. Ia juga membantu penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah
  5. Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi
  6. Pada trimester ke-3 keperluan protein semakin meningkat bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Risiko Kekurangan PROTEIN untuk Ibu Hamil adalah seperti:-
  1. Dikhuatiri melahirkan bayi premature/tidak cukup bulan
  2. Pembentukan sistem saraf mungkin terganggu dan menyebabkan kematian/keguguran
  3. Pertumbuhan bayi akan terbantut dan tidak normal mengikut usia kehamilan
  4. Ibu hamil mungkin berisiko mendapat anemia atau kekurangan sel darah merah
  5. Penghasilan susu juga mungkin akan berkurang
Berapa banyakkah kandunga protein yang diperlukan oleh ibu hamil?

PROTEIN yang diperlukan (g) = berat ibu (kg) x 1.5

Apa sumber makanan yang kaya dengan PROTEIN?

Saya pernah menulis sumber makanan yang kaya dengan protein di sini.

TAHUKAH ANDA?
PROTEIN merupakan zat yang senang termusnah pada suhu tinggi. Adakah anda yakin apabila anda mengambil makanan yang bersumberkan protein, makanan tersebut masih mengandungi protein yang diperlukan? Susu yang dibancuh pada suhu yang tinggi misalnya, kesemua enzim yang ada dalam protein kemungkinan akan mati..

Apa pun, terpulang pada anda memilih yang terbaik. Ini sumber protein saya dan keluarga. Kenapa saya memilih ESP SHAKLEE sebagai sumber PROTEIN kami?



Kenapa saya memilih ESP shaklee?


  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian 
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus. 
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. 
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones 
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.


Bagaimana mahu mendapatkan ESP ni? Anda boleh terus klik link di bawah ini.



ATAU, hubungi saya untuk mendapatkannya. Boleh juga mendapatkan tips bancuhan serta resepi2 lain ESP.


AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT  
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

                                        #KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

____________________________________________________________________________________
  Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU