Wednesday 18 February 2015

KENALI TANDA, KOMPLIKASI DAN RAWATAN UNTUK CACAR AIR ATAU CHICKEN POX

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA


Cacar air juga dikenali sebagai jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.


Pengidap cacar air boleh merebakkan VIRUS sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada masa hadapan (umur dewasa).


Tanda dan Gejala 

Pengidap cacar air akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka,kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi 

Ruam atau cacar air akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

* Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
* Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi
* Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik
* Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Komplikasi akibat cacar air :

* Jangkitan kulit - menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
* Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
* Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
* Radang sendi - sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
* Jangkitan paru-paru (pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan 

Ubatan anti-viral

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat cacar air. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat cacar air. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral pada peringkat awal penyakit terutamanya mereka yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV/AIDS serta rawatan steroid).


Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat cacar air seperti radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Rawatan di rumah

* Sapu losyen herbal blend shaklee, ade juga yag sapu losyen calamine
* Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
* vitamin C dan nutriferon untuk demam

Pencegahan 

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian di bawah umur 13 tahun sebanyak 1 dos, manakala selepas umur 13 tahun ialah sebanyak 2 dos (selang masa 4 - 8 minggu antara dos 1 dengan dos 2). Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1 - 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada cacar air. 


PETUA ORANG TUA
Petua orang tua bila kita terkena jangkitan chicken pox ini ialah dengan meminum air kelapa fresh tanpa gula dan ais, tujuannya untuk mempercepatkan proses pemulihan. Tak tahulah ia berkesan atau tidak, tapi saya memang mengamalkannya lagipun sebab memang air elapa muda ni 'febret' saya hehe..TAPI..jangan minum selagi chicken pox anda belum 'turun' sampai ke kaki.
Ada juga petua orang tua, kalau nak hilangkan gatal2 akibat chicken pox ni, mandi dengan air daun semambu..haaa xkenal ke daun semambu?heheh.. cer google..cer google.. kat gambar atas tue ade contoh daunnye =)
ini adalah kata orang tua... nak ikut, ikut lah, taknak ikut, boleh ambik vitamin je..
video bawah ni menceritakan pengalaman seorang yang terkena chicken pox teruk sehingga menyebabkan parut yang terlalu banyak dan mencacatkan kulit. jom tonton ape yang beliau telah lakukan dengan parut2 tersebut =)


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

haaaa tunggu apa lagi? klik je link kat bawah untuk dapatkan vitamin seperti kakak tue ambil bagi menghilangkan parut2 di muka dan badan anda.


BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DISKAUN HARGA DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.
 P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:

KLIK DI SINI. dan KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE DI SINI.
_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

sumber: sihat selalu.com

4 comments:

  1. CHICKEN POX A.K.A CACAR AIR A.K.A BERTIH BOLEH BERJANGKIT SEISI RUMAH DAN MEMBERI KOMPLIKSAI YANG TERUK JIKA TIDAK DI KAWAL.KENALI TANDA, KOMPLIKASI DAN RAWATAB UNTUK CHICKEN POX

    ReplyDelete
  2. kadang kadang petua org tua mmg kena ikut jugak kan.

    ReplyDelete

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU