Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera
Sebagai ibu bapa, kita tidak terlepas dari situasi di mana kita berhadapan dengan kerenah anak2 syurga kita yang kadangkala boleh membuatkan kita hilang pertimbangan. Ego yang ada dalam diri kita kadang2 membuatkan kita memarahi anak2 walaupun ada ketikanya apa yang dilakukan oleh mereka tidaklah begitu 'melampau'. Saya juga seorang ibu yang kadang2 juga teremosi dengan hal2 sebegini. Alhamdulillah, setelah mengikuti beberapa artikel penulisan dari DR. Rozita Shaari di Fb,(mesra dengan panggilan IBU ROSE) Saya mula menanam dan mendidik diri saya agar sentiasa 'beringat'. Beliau merupakan salah seorANG IDOLA SAYA dalam menggali ilmu 'parenting skill' ni.
Di sini saya kongsikan tips dari beliau tentang marah yang bertajuk: skil untuk marah anak dan anak jadi lagi sayang dan hormat kita. Nak marah pun kena ada skil sebenarnya, nak sayang kena tonjol! BARULAH SEIMBANG..JOM BACA, semoga jadi panduan untuk kita semua. Mohon kongsi ya Ibu Rose =)
INI ADALAH ARTIKEL PENUH DARI IBU ROSE YANG SAYA KONGSI DARI FB BELIAU:
1- Jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak. Rapat berdasarkan kasih-sayang dan hormat. Ini adalah dasar yang paling penting. Itu sebab jika suka sangat berleter dan membebel, bila marah sudah tiada nilai, sebab apa yang dikata sudah masuk telinga dan keluar serta-merta. Serta leteran dan bebelan akan menjauhkan hubungan! SO FIRST SYARAT IS KAMCENG DENGAN ANAK. ATAU WUJUDKAN PERTALIAN ERAT atas dasar TRUST EACH OTHER.
2 - MARAH PERBUATAN DAN JANGAN HINA ANAK ITU. Maksudnya, cakap yang anda tak suka itu adalah perbuatan bukan anak itu. Selalu ibu bapa bila marah akan menggunakan perkataan seperti " Ko ni memang tak guna!" atau " Macamana bodoh sangat ni!" Nampak tak yang kena attack ialah anak itu bukan kesilapannya. Oleh itu, jika yang di attack ialah anak itu, maka bagaimana dia hendak berubah. Oleh itu sia-sia sajalah marah itu. IA HANYA MENJADI ASID DALAM BADAN ANAK ITU YANG AKAN MEMAMAH HATINYA YANG CANTIK DAN MERAH ITU MENJADI MATI DAN BURUK!
Katakan begini; " Apa yang abang buat yang boleh menyebabkan abang salah jawab? Abang tak faham soalan ke? Abang letih ke? Abang kurang ulang kaji ke? "
Atau. " Abang ni sebenarnya baik dan suka tolong mama, macam ari tu(ambil contoh yang betul). Apa (jangan mengapa) yang membuatkan abang pukul adik tadi? Abang tahu tak perbuatan memukul adik tu sebenarnya tidak baik...... abang ni budak baik dan sayang adik, boleh tak mama minta abang kawal marah abang tu bila adik salah...macam mama kawal marah mama bila abang salah...tak pe you do better next time ya!" dan cakap pada adik pula jika adik itu sudah boleh faham. BERSIKAP ADIL!
3- Di dalam hati KUATKAN SANGKAAN BAIK kepada anak dan tahu DIA AKAN BERUBAH DAN MEMBETULKAN KESILAPANNYA. Selalu sangat bila kita marah syaitan akan mengmbar-gemburkan lagi perasaan kita sehingga kita merasa anak kita itu teruk sangat dan tidak boleh menjadi baik. Ini menjerut hati kita menyebabkan kita rasa lagi takut, maka apa lagi kita pun menghukumlah seperti orang tidak sedarkan diri. Akhirnya anak menympan dendam, keadaan menjadi lebih teruk.
4- SEBUT SYUKUR, PUJI DAN HARGAI DIA BILA DIA BERUBAH DAN MEMBETULKAN KESILAPAN.
Langkah
Bila melihat anak melakukan sesuatu yang menyirap darah.
1- Tarik nafas dan langkah satu langkah ke belakang. (supaya anda boleh ubah keadaan diri anda 'state' dan berfikir jelas tanpa didorong emosi negatif).Terus ingatkan diri anak ini baik dan dia hanya tersilap. KUATKAN PERASAAN SAYANG ANDA KEPADANYA. Ingat ini peluang anda untuk MEMIMPIN.
2- ANALISA KEADAAN. Tengok punca.
3- BETUL PERBUATAN dan guna SANDWICH METHOD seperti diatas ,
1-sebut kebaikan dia,2- tegur perbuatannya yang salah
3- ingatkan dia anak yang baik dan anda sayang dia walaupun dia tersilap asalkan dia mahu membetulkan kesilapan.
4- AJAK BUAT SESUATU YANG POSITIF yang menyebabkan dia merasai anda sayang pada dia dan memaafkan dia bila dia telah meminta maaf.
Nampak saja macam banyak, tapi bila sudah biasa dilakukan, ia menjadi sebati dengan diri anda. Dan orang lain nampak anda sangat bijak dan sabar mendidik anak. Dan yang penting, anak anda RASA SELAMAT dengan anda dan dia dapat membesar dengan baik. Dan kemudiannya menjadi anak yang berjasa dan berjaya.
Semoga ini membantu.
Ibu Rose
-----------------------------------------------------------------------------------
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.
HUBUNGI SAYA:
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT
#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI. _______________________________________________________________
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan. Pengeposan seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment