Saturday 24 October 2015

KENALI GEJALA, TANDA KOMPLIKASI DAN RAWATAN KAYAP ; UBATI SEBELUM MERAYAP

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

KAYAP, satu penyakit kulit. Ia juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini. Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.





Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
kayap depankayap belakang
Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf
Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.
Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.
Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).
Rawatan
Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:
  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs) seperti diclofenac dan
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU UNTUK 

MERAWAT KAYAP??

jom kita tengok dulu real testimoni ni..


kayap di bahagian muka yang kronik 



 Apa Supplemen Yang Puan Siti Ambil Untuk Sembuhkan Penyakit Kayap beliau?


1) nutriferon

2) lecithin

3) B complex

4) vITAMIN E




INGIN MEMILIKI SET KAYAP DARI SHAKLEE & MENGALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERPANTANG YANG MENYERONOKKAN? SILA KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN SET KAYAP ANDA HARI INI:


hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.


AYUADYANI


sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

SUMBER: MY HEALTH.GOV.MY

4 comments:

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU