Saturday 7 November 2015

3 MASALAH UTAMA PENYUSUAN SUSU IBU YANG MEMBUATKAN IBU MALAS UNTUK MENYUSUKAN BAYI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan impian bgi setiap ibu. Ia bukan perkra mudah, namun ia juga bukan mustahil. hanya perlu sedikit pengetahuan dan sokongan. Semalam saya menulis tentang panduan menyusukan bayi dengan betul. Ibu boleh dapatkan info di situ. Hari ini saya nak kongsi tentang 3 masalah penyusuan yang biasa ibu alami, namun jika ia melarat boleh sebabkan ibu menjadi malas atau bosan atau kecewa untuk meneruskan penyusuan susu ibu.



3 MASALAH UTAMA DALAM PENYUSUSAN SUSU IBU:

# Kebengkakkan payu dara

#Puting melecet

#Tidak cukup susu


1) Kebengkakkan payu dara
Sebab-sebab:
Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.
Tanda-tanda dan gejala:
Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:
  • Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
  • Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi/kesan sampingan:
Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:
  • Kesukaran untuk bayi menyusu
  • Kesukaran untuk mengeluarkan susu
Pencegahan :
Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:
  • Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
  • Teknik penyusuan yang betul.
Rawatan:
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:
  • Jangan berhentikan penyusuan.
  • Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
  • Susukan bayi anda dengan kerap.
  • Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
  • Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
  • Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
  • Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
  • Cara saya: amalkan memakan suplemen lecithin Shaklee. Ia membantu melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengelakkan bengkak susu terjadi. Lecithin juga terkandung dalam set penyusuan shaklee.

2)Puting melecet
Sebab-sebab:
  • Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
  • Teknik penyusuan yang tidak betul.
  • Penjagaan puting yang tidak betul.
  • Faktor-faktor lain;
    • Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
    • Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.
puting melecet
Pencegahan
  • Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
  • Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
  • Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
  • Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.
Rawatan
  • Jangan hentikan penyusuan
  • Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
  • Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
  • Tidak perlu gunakan losyen.
  • Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.
  • Boleh juga menggunakan vitamin E shaklee sebagai jalan penyelesaiannya.

3)Tidak cukup susu

Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
  • Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
  • Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
  • Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
  • Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
  • Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
  • Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
  • Ibu mengalami tekanan emosi.(baca tips elak meroyan di sini)
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
  • Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
  • Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
  • Pastikan bayi melekap dengan betul.
  • Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Boleh juga mengamalkan set penyusuan shaklee bagi memastikan ibu sentiasa dalam keadaan sihat dan bersedia untuk menyusu disamping menjadi makanan tambahan pada ibu dalam usaha meningkatkan susu ibu.
  • Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
  • Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
  • Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
  • Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
  • Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
  • Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
  • Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.

Ini adalah antara 3 masalah utama yang dialami oleh ibu yang menyusu. Setiap ibu mungkin mengahadapi masalah yang berbeza. Berkongsilah masalah dengan suami atau rakan terdekat atau sesiapa sahaja yang ibu rasa selesa untuk bercerita. 

BOLEH JUGA BACA:

Baca tips tingkatkan pengeluaran susu ibu DI SINI, Tips legakan bengkak payudara DI SINI. Serta sebab kenapa susu berkurang DI SINI. Boleh dapatkan lebih testimoni DI SINI.


##################################################################################
saya adalah konsultan SHAKLEE yang menjadi pilihan anda
khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma disediakan secara berterusan.
hubungi saya untuk mendapatkan produk serta sebarang khidmat nasihat samda engenai produk mahupun menjana pendapatan dari rumah.


AYUADYANI

sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

kredit: http://www.myhealth.gov.my/

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU