BAHAYA KEPUTIHAN: CARA MENCEGAH DAN MERAWAT KEPUTIHAN ELAK KANSER RAHIM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

KEPUTIHAN. Masih lagi tentang keputihan. Apakah faktor yang menyumbang keppada keputihan? Kenali jenis keputihan samada merbahaya atau tidak. Semuanya saya pernah kongsi dalam entri sebelum ini. Kali ini nak cerita tentang BAHAYA KEPUIHAN, CARA MENCEGAH serta APAKAH RAWATAN YANG SESUAI UNTUK KEPUTIHAN.
bahaya keputihan

Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.


Cara mencegah Penyakit Keputihan
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong
PETUA TRADISIONAL DALAM MERAWAT KEPUTIHAN:
Cara Pertama
1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6.Minum air tersebut 2 kali sehari.
7.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua
1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4.Tapislah air tersbut.
5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU ANDA UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN DARI DALAM?
SECARA UMUMNYA, SET KEPUTIHAN SHAKLEE TERDIRI DARIPADA:



SET CADANGAN KEPUTIHAN SHAKLEE

TESTIMONI SET KEPUTIHAN SHAKLEE:

1)


2)



3)



4)


5)





INGIN MEMILIKI SET KEPUTIHAN DARI SHAKLEE & MENGALAMI SENDIRI PERUBAHAN YANG BERBEZA? SILA KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN SET KEPUTIHAN  ANDA HARI INI:

hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.


AYUADYANI


sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

SUMBER:MYHEALTH.GOV

Comments

Popular posts from this blog

9 CARA KELUARKAN KAHAK BAYI DAN KANAK-KANAK SECARA SEMULAJADI,MURAH DAN BERKESAN

SAYA SAYANG SAYANG-SAYANG SAYA/DOA ANAK SOLEH

KENAPA PERLU JANA PENDAPATAN SAMPINGAN / SIDE INCOME UNTUK BAYAR HUTANG ELAK KENA BLACKLIST