Thursday 5 November 2015

PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU YANG BETUL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Tahniah buat anda yang bergelar ibu. Terutamanya yang baru pertama kali mengalami perasaan seorang ibu. Perkara pertama yang ibu-ibu fikirkan selepas melahirkan, sudah tentulah ingin menyusukan bayi dengan susu ibu yang diketahui banyak manfaatnya untuk ibu dan bayi. Di sini saya kongsi teknik penyusuan yang betul agar ibu dan bayi sama-sama dapat mengoptimumkaan manfaat yang ada pada susu ibu. Tahniah juga kerana mencari info penyusuan.

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:


  1. Posisi
  2. Pelekapan
  3. Tanda-tanda pelekapan yang salah
  4. Penilaian samada bayi menyusu dengan baik



  • Posisi

posisi asas menyusu

# Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
# Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
# Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.

# Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.


  • Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.


  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)

  • Pelekapan

Image result for pelekapan yang betul


# Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.

# Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.


  • Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:

Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
Payu dara mungkin bengkak.
Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.





  • Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
# Mulut bayi terbuka luas.
# Dagu bayi menyentuh payu dara.
# Bibir bawah bayi bergulung keluar.
# Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
# Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
# Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.



JOM TENGOK JAP VIDEO IBU YANG PANIC SEBAB SUSU TAK CUKUP, DAN BAGAIMANA CARA BELIAU MENGATASINYA:





Haa...jururawat ini mengambil tindakan yang bijak..Saya juga membuat perkara yang sama. Anda? Jomlah susukan bayi kita semampu boleh... jom tengok, ape pilihan suplemen menyusu yang anda ada DI SINI.



BOLEH JUGA BACA:

Baca tips tingkatkan pengeluaran susu ibu DI SINI, Tips legakan bengkak payudara DI SINI. Serta sebab kenapa susu berkurang DI SINI. Boleh dapatkan lebih testimoni DI SINI.


##################################################################################
saya adalah konsultan SHAKLEE yang menjadi pilihan anda
khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma disediakan secara berterusan.
hubungi saya untuk mendapatkan produk serta sebarang khidmat nasihat samda engenai produk mahupun menjana pendapatan dari rumah.


AYUADYANI

sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA

____________________________________________________________________
  Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

SUMBER:www.myhealth.gov

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU