11 SEBAB PENGELUARAN SUSU BADAN BERKURANG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA



Masih lagi perkongsian mengenai penyusuan susu ibu. Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati demand > supply, atau keperluan anak melebihi yg ibu dapat pam & bekalkan setiap hari.



Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…

10 + 1 SEBAB SUSU BADAN BOLEH KURANG:

1- KEKERAPAN MENGEPAM
Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yg dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak2, nanti takde orang nak beli, membazir pulak.

Jadi, Jangan skip sesi mengepam.Skip sesi mengepam juga boleh sebabkan masalah bengkak susu tau.. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yg boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam. Nak dapat duit lebih? boleh klik di sini

2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Ingat teori demand & supply tadi. Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin jg sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasik susu. Yg si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar.

Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..” sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je :)

Lagi satu, ada pengasuh yg terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.

Jadi, berbincanglah dengan pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.

3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN (boleh buat bacaan lanjut DI SINI)

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..

Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpan average 2-3 oz saja dalam satu container. Macam saya, saya gunakan plastic penyimpanan susu, tapi, saya bekalkan botol yang kecil (4oz) dirumah pengasuh. Sekali lagi, cara pengendalian susu perlu diterangkan kepada pengasuh

4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam…

Jadi, jangan lupa Pam siang & malam ikut time.

5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Jadi,Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara. Saya guna pam jenama medela swing je.(sejak anak ke 2 tahun 2009-hingga kini) Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik

6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat… Beritahu doktor yg kita tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF. 

Jadi, kita kena aAmbil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.. Ehem, vitamin bukan ubat ya!

7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu. (berkaitan dengan hormone kan..)

Jadi, Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’. Tahukan, prolaktin ni hormone untuk apa?

9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.

Jadi,sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.

10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.

Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding (boleh baca lanjut DI SINI)

Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya. Boleh baca tips tambah susu ibu di SINI.

11. Badan kita sendiri tak cukup zat yang diperlukan untuk merangsang pengeluaran susu. Hurm...
Jadi, kita perlu ambil makanan tambahan a.k.a suplemen la kan..(bacaan lanjut kenapa perlu suplemen DI SINI) apa suplemen yang kita boleh ambil untuk  meningkat kan susu ibu? Jangan risau, shaklee menyediakan anda suplemen yang boleh meningkatkan susu ibu mengikut masalah dan bajet anda. boleh baca lanjut DI SINI.

SEMOGA BERMANFAAT!

#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR EBAHAGIAAN

BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.
P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI




"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR COUNTRY HOMES, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG, SERI GOMBAK, BATU CAVES, SELAYANG, KOTA BHARU, KELANTAN



sumber : mysuperkids.net

Comments

Popular posts from this blog

9 CARA KELUARKAN KAHAK BAYI DAN KANAK-KANAK SECARA SEMULAJADI,MURAH DAN BERKESAN

SAYA SAYANG SAYANG-SAYANG SAYA/DOA ANAK SOLEH

KENAPA PERLU JANA PENDAPATAN SAMPINGAN / SIDE INCOME UNTUK BAYAR HUTANG ELAK KENA BLACKLIST