ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SELAMAT SEJAHTERA
Penyakit Batu Karang hempedu. Tak sama dengan batu karang. Menurut KKM, batu hempedu ialah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Jom saya kongsikan tentang beberapa fakta mengenai batu hempedu ini. Boleh juga baca tentang pengalaman seorang wanita hamil yang mengidap batu hempedu ketka hamil di sini.
batu hempedu boleh bawa maut |
Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?
Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu.
Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.
Apakah batu karang hempedu?
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
- Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
- Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
- Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
- Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
- Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
- Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Anemia hemolitik. Sel darah merah dimusnahkan kerana masalah tertentu. Heme, komponen sel darah merah yang dimetabolismekan ke bilirubin.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.
Diagnosa
Jika individu mengalami gejala yang disebutkan di atas, penyakit ini disahkan dengan menggunakan kaedah berikut:
- Ujian darah. Penyiasatan ini penting untuk menentukan status penyakit. Penyiasatan darah tertentu seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.
- X-Ray Perut. Sepuluh peratus batu hempedu adalah radiolegap, iaitu boleh dilihat di sinaran x. Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.
- Ultrabunyi. Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.
- Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan. Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.
- Endoskopi songsang cholangio-pancreatography atau ERCP. Ini adalah satu prosedur endoskopik dengan penggunaan tambahan fluoroscopy atau media kontras disuntik melalui duktus hempedu dan imej adalah digambarkan oleh X-Ray. Peranannya sebagai alat diagnostik telah berkurangan dengan adanya bukan invasif teknik pengimejan. Usa semasa ERCP adalah terutamanya terapeutik untuk membuang batu di duktus hempedu.
Rawatan
Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda mengalami keadaan seperti ini.
APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU?
SET BATU KARANG HEMPEDU SHAKLEE |
TESTIMONI BATU HEMPEDU |
Kesimpulannya, jika anda mempunyai simptom yang berkaitan, dapatkan diagnosa dari doktor dengan sebaiknya. Boleh cuba ambil vitamin Shaklee untuk membantu meredakan keadaan..
######################################################
INI KATA MEREKA.... APA PULA KATA ANDA??? NAK HILANGKAN BATU KARANG HEMPEDU YANG MENJEJASKAN AKTIVITI HARIAN?
HUBUNGI SAYA SEKARANG,
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT
WEB: ohmyvitamin.com
#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI
BOLEH TERUS DAFTAR AHLI MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI SINI
PENGEDAR SHAKLEE PILIHAN ANDA |
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
#shakleeMalaysia
#shakleeBrunei
#shakleeSingapore
#vivix
sumber: kementerian kesihatan malaysia; di sini
____________________________________________________________________________
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment