KETAHUI PUNCA DAN CARA LEGAKAN CIRIT BIRIT DENGAN BERKESAN AGAR ANDA TIDAK PERLU TIDUR DI TANDAS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Cirit-birit atau diarea bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut. Apa itu cirit birit yang sebenarnya? Bagaimana cara untuk melegakan cirit birit?


APA ITU CIRIT BIRIT?

APA ITU CIRIT BIRIT?
Menurut kamus wikipedia: 
Diarea (Indonesia.= diare; Inggeris = diarrhea) ataupun cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.
Definisi untuk diarea sebenar ialah peningkatan berat najis melebihi 200 gm dalam 24 jam.



PUNCA  DAN GEJALA CIRIT-BIRIT

Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:
  • Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
  • Meminum air tercemar.
  • Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
  • Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
  • Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaan laktosa melebihi sebulan atau lebih.
  • Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
  • Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
  • Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.
  • Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
  • Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.
Ada juga segelintir pesakit yang baru melakukan pembedahan khususnya melibatkan bahagian sekitar abdomen akan mengalami cirit-birit. Ini akan menyebabkan makanan yang diambil akan melalui sistem pencernaan dengan lebih cepat dari biasa.

Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : 
v Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
v Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
v Penyakit-penyakit usus. 
v Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
     jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa 

v Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
v Kecacatan penyerapan
v Selepas pembedahan
v Fistula dalaman
v Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
v Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
v Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
v Kanser
v Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik. 
v Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
v Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu
    dan salur gastrousus.

v Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract
     condition, appendicitis etc.

v Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
v Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease. 


Gejala - gejala
.
.v Peningkatan kekerapan membuang air besar.
.v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat .kekejangan abdomen.
.v Terdapat angin atau kentut yang melampau.
.v Kehilangan selera makan.
.v Adakalanya demam.
.v Adakalanya terasa mual dan muntah.
.v Sakit otot. 
.
Komplikasi
.
.Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
.
.Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
.v Kehilangan 5-10% berat badan.
.v Gelisah dan mudah tersinggung.
.v Mata terbenam.
.v Ketidakhadiran air mata.
.v Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
.v Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
.v Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.
.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
.v Kehilangan lebih dari 10% berat badan. 
.v Keletihan dan mungkin hilang sedar.
.v Mata adalah terlalu terbenam.
.v Ketidakhadiran airmata.
.v Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
.v Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
.v Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil 
beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 

.v Kekurangan jumlah air kencing.


Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
v Minum banyak air.
v Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
     pisang yang dimasak.

v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

v Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding
    dengan doktor anda.

v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 

Bayi

v Teruskan penyusuan bayi.
v Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral
    selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

v Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
v Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
v Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,      atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 



Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan

v Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan
     mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.

v Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
v Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan
     tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
     organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.

v Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia
     tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.

v Tabiat kebersihan makanan yang baik.
v Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum
     menyediakan dan mengendalikan makanan.

v Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
v Sediakan makanan di kawasan yang bersih. 
v Tudungkan makanan yang telah dimasak.
v Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang
     telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.

v Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak



APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU ANDA?


SET CIRIT BIRIT SHAKLEE


Peppermint Ginger Plus ~ Mengandungi pudina yang mampu untuk melegakan otot perut dan kesan penenang. Ia juga mengandungi halia untuk melegakan ketidakselesaan perut dan usus. Peppermint juga boleh membantu melegakan sakit perut, membuang angin, melegakan muntah-muntah. 

Performance Drink ~ ia bertindak seperti air garam, mengurangkan dehidrasi. Membantu mengekalkan cecair dalam tubuh agar tidak berlaku dehidrasi yang teruk. Performance Drink ini memberikan kesegeran dan membekalkan tenaga segera pada pesakit.

E-soy protein ~ memberikan tenaga yang hilang akibat kerap membuang air disamping mengisi perut yang kosong

Nutriferon ~ melawan bakteria yang menyebabkan cirit-birit

Vita c plus ~ antioksidan melawan radikal bebas

Alfalfa ~ detox kembali badan yang bertoksin dan mengandungi serat dan mengembalikan tekstur najis kepada keadaan normal.


APA KATA MEREKA?
TESTIMONI CIRIT-BIRIT

INI KATA MEREKA... APA KATA ANDA???

ingin mencuba? boleh buat pilihan untuk mendapatkannya di sini:



hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara ekslusif dan percuma serta tips pengambilan vitamin yang betul.


AYUADYANI

sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN

FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
INSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA
_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

SUMBER: WIKIPEDIA & http://www.efarmasi.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

9 CARA KELUARKAN KAHAK BAYI DAN KANAK-KANAK SECARA SEMULAJADI,MURAH DAN BERKESAN

SAYA SAYANG SAYANG-SAYANG SAYA/DOA ANAK SOLEH

7 PERSIAPAN MANUSIA UNTUK MENGHADAPI DATANGNYA KEMATIAN.