Tuesday 24 March 2015

6 TIPS BUAT STOK SUSU SEBELUM MULA BEKERJA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Menyediakan stok susu ibu bagi bekalan ibu bayi sewaktu ibu bekerja merupakan salah satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh ibu-ibu bekerjaya  yang berhasrat untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Alhamdulillah pengalaman saya sendiri dapat menyusukan penuuh sehingga lebih dua tahun untuk anak kedua dan sekarang masih menyusukan si adik (anak ke 3) yang berusia 1 tahun 3 bulan. Bukanlah perkara yang mudah sebenarnya, tapi dengan azam, tekad dan doa, Insyaallah segalanya akan Dipermudah. Disini saya ingin konsikan 6 tips buat stok susu, yang saya baca dari tulisan seorang doktor (DR. HANA) dengan sedikit pengubahsuaian mengikut pengalaman saya sendiri juga.. hehehe..




TIPS BUAT STOK SUSU #1 – NIAT DAN DOA!

Niat dan Doa adalah perkara yang paling penting untuk di amalkan jika kita betul2 ingin menyimpan stok. Dengan niat bermakna ita sedang mengarahkan minda kita untuk bersedia dan Doa pula adalah senjata yang paling berkuasa. Doa pada pencipta susu agar susu yang diberikan mencukupi. Niat dan doa ini bukan bermula selepas kita bersalin, tetapi seawal kita merancang untuk berkahwin lagi! Malahan saya pernah dengar seorang doktor beritahu, niat dan doa ni perlu dimulakan sejak zaman anak dara lagi. Walaubagaimanapun, masih belum terlewat bagi ibu2 untuk mula berdoa sekarang =)



TIPS BUAT STOK SUSU #2 – MULAKAN AWAL!

Mulakan awal, selepas mulakan doa dan niat dengan awal, untuk menyediakan stok, ibu2 boleh mula menyimpan stok se awal dalam pantang lagi. saya sendir mula menyimpan stok sejak bayi berusia 10 hari untuk merangsang pengeluaran susu ibu. Pada awalnya, saya hanya dapat mengepam 2 to 3 oz sahaja bagi setiap sesi, namun hari ini, Alhamdulillah saya dapat mengumpulkan stok susu sebanyak 10 to 14 oz bagi setiap sesi.
Pastikan anda ada paling kurang 50-100 botol stok susu sebelum mula kerja, lebih lagi bagus! Bayangkan jika anak anda minum 5 botol sehari, hanya dalam 10 hari, 50 botol susu akan habis. Jadi JANGAN UNDERESTIMATE. Anda harus konsisten pam 5 botol setiap hari untuk replace susu yang sudah diminum. Nak lebih selamat, penuhkanlah freezer anda dengan EBM, kalau dapat sampai 100 botol atau lebih memang terbaik!
Kalau boleh, saya sarankan mulai kumpul stok susu dalam pantang lagi sebab production susu sangat banyak ketika ini! Masa anak pertama dulu memang saya mempunyai lebih dari 100 botol susu, cuma bila nak kedua dan ketiga baru saya campurkan dengan plastik simpanan susu untuk menjimatkan ruang peti ais
JANGAN LUPA!
Amalkan pemakanan seimbang dan supplemen yang sihat untuk menampung keperluan harian anda dan bayi. Setiap hari anda bangun malam untuk mengepam, breastfeeding... Berjaga pula di siang hari mengurus baby dan anak-anak lain... Buat stok susu juga perlukan mujahadah, fizikal kadang terasa lelah.
Ibu mithali pastinya akan berusaha untuk jaga kesihatan, bukan hanya untuk dirinya sendiri tapi untuk keluarga yang disayangi! 
TIPS BUAT STOK SUSU #3 – TANDEM PUMPING
Tandem pumping adalah mengepam susu dari sebelah breast sambil menyusukan bayi (direct breastfeed) di breast yang sebelah lagi. Teknik ini sangat disyorkan untuk ibu-ibu yang sedang buat stok susu. Saya suka teknik ni sebab sekejap je penuh satu botol hehehe..
Kenapa?
1. Milk letdown dan flow pengepaman susu akan menjadi lebih laju kerana menerima rangsangan oxytocin daripada hisapan bayi di breast yang satu lagi( boleh baca 21 tips tingkatkan susu ibu di sini)

2. Teknik ini meningkatkan demand susu. Bila demand tinggi, supply juga akan tinggi.
3. Teknik ini membolehkan kedua-dua breasts dikosongkan serentak. Breast yang kosong akan menghantar signal kepada otak untuk menghasilkan lebih susu. Jadi, dengan mengosongkan kedua-dua belah breasts, penghasilan susu baru akan menjadi lebih tinggi berbanding jika anda hanya mengosongkan sebelah breast sahaja.
*Ada yang tanya mana lebih baik, sama ada single atau double pump? Untuk tandem pumping anda hanya perlukan single pump sahaja. ( saya hanya guna pam medela swing sejak zaman si kakak lagi) Tapi jika anda seorang ibu yang sibuk, bekerja sepanjang hari, masa pam susu amat terhad... maka pada pandangan peribadi saya, berbaloi jika anda menggunakan double pump – jimat masa, jimat tenaga

TIPS BUAT STOK SUSU #4 – STORAGE BOTTLE VS STORAGE BAG


Masing-masing ada preference.
Kedua-duanya ada plus dan minus points, bergantung pada kondisi anda - nature kerja anda, bajet anda, peti ais/freezer anda, dan faktor-faktor lain. 
Saya banyak gunakan storage bag sebab nak jimat space untuk simpan dalam freezer( stok susu saya sebelum bekerja ialah 1 deep freezer 1 tier freezer biasa) so, mmg saya gunakan storage bag, ada juga botol tapi tak sebanyak macam anak pertama dulu.

TIPS BUAT STOK SUSU #5 – SIMPAN DALAM KUANTITI YANG DIMINUM OLEH BAYI ANDA
Saya suka store ebm dalam kuantiti yang baby minum setiap kali penyusuan - jadi senang, thaw dan panaskan untuk sekali minum dan tak membazir. storage bag juga ada saiz, ade yg 4 oz, 7 oz dan 12 oz. pada awalnya saya simpan dlm storage bag kecil, tp lama kelamaan saya simpan dalam storage bag yang besar sebab susu banyak setiap kali pam, so, malas nak store banyak2 kali, but then, sebelum hantar ke rumah pengasuh, saya tukar ke botol2 kecik untuk memudahkan pengasuh thaw nanti wink emoticon


Antara tips lain:
- Jika boleh, elakkan menyimpan ebm sekali dengan makanan frozen yang lain terutama bahan mentah seperti ikan/ayam/daging mentah – untuk elakkan risiko kontaminasi.
(Dulu semasa kerja di NICU, ada seorang bayi dalam pantang mendapat Klebsiella sepsis, disyaki akibat diberi ebm yang disimpan bersama ikan mentah. Sejak itu saya memang khaskan freezer untuk ebm sahaja. Jika terdesak, simpanlah bahan mentah dalam tightly sealed container.
- Jika anda pam, susu yang awal keluar adalah foremilk (cair) dan yang akhir adalah hindmilk (pekat). Contohnya ketika pam, 5oz pertama lebih cair dan 5oz kedua pastinya lebih pekat (dari breast yang sama). Saya suka campurkan kedua-duanya sebelum storage supaya both ada equal distribution of foremilk & hindmilk.
- Susu akan mengembang sedikit bila disimpan dalam freezer, jadi tinggalkan sedikit ruang extra dalam storage bag/bottle sebelum dibekukan

TIPS BUAT STOK SUSU #6 – AMALAN SUPPLEMEN UNTUK MENINGKATKAN MUTU/KUALITI SUSU

gambar dari dr. Hana sendiri
"Ini susu yang saya pam, botol sebelah kiri saya terlupa ambil ESP dan sebelah kanan saya ambil ESP hari sebelumnya. Bila saya tak ambil ESP, kesannya akan terus terlihat pada kecairan susu hari berikutnya. Sehingga staff saya pun pernah tegur susu yang saya pam kelihatan cair (bila saya lupa ambil ESP). EBM yang saya bagi contoh ni dah frozen. Sebelah kanan sebenarnya lebih pekat dan lebih ‘milky yellowish’ berbanding sebelah kiri (setelah dicampur both foremilk dan hindmilk)."

Kualiti susu yang tinggi akan menampung keperluan mineral harian si kecil anda dengan sempurna.
Susu yang bermutu tinggi juga akan membantu pertambahan berat bayi serta perkembangan mental & fizikal bayi yang sihat!

Semakin aktif, kadangkala pertambahan berat bayi akan menjadi lebih perlahan (slower weight gain). Itu normal... Jika anak anda sihat, dan perkembangan developmental milestonenya up to age, kemungkinan besar anda tak perlu terlalu risau smile emoticon
boleh baca testimoni tambah susu ibu di sini.
JANGAN TUNGGU SUSU DAH BERKURANG BARU NAK CARI SUPPLEMEN. Mulalah awal untuk penghasilan susu yang kekal MERIAH dan BERKUALITI.
Susu dah melimpah ruah, penuh satu peti ais?
Anda rasa tidak perlukan supplemen?
Jangan silap! Lebih banyak susu terhasil, lebih banyak calcium dan mineral loss through breastmilk!
Maka anda lebih lagi perlukan kalsium dan mineral tambahan!
Dapatkan set penyusuan hari ini,
Agar susu anda BANYAK KUANTITI, TINGGI KUALITI!
Dan agar anda sihat tubuh badan, bertenaga sepanjang hari!
boleh klik link di bawah atau hubungi saya yea.




P/S: BILA DAH DAPAT , HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN JADUAL MAKAN DAN KHIDMAT KONSULTASI PERCUMA YEA

p/s;boleh juga baca testimoni esp untuk kulit cantik di sini.

#KONGSI KEBAIKAN


#SEBAR KEBAHAGIAAN


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

HUBUNGI SAYA SEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:


_________________________________________________________________ 
 Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

1 comment:

  1. semoga bermanfaat.. jom berikan yang terbaik utk anak2 kita

    ReplyDelete

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU