ASSALAMUALAIKUM W.B.T &SALAM SEJAHTERA
Mengasingkan tempat tidur anak adalah salah satu perkara yang kadang2 menjadi masalah. Islam telah menggariskan panduan untuk ibubapa dalam mendidik anak2, termasuklah dalam pergaulan harian dalam keluarga serta batas aurat supaya tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak baik bagi anak mereka. Semakin bertambah usia anak anda, semakin bijak akal mereka. Mereka menjadikan ibu bapa sebagai model ikutan, maka ibu ayah perlu berhati-hati dengan percakapan dan perbuatan. Semuanya akan dirakam dalam kotak memori dan jangan terkejut mereka boleh menirunya satu hari nanti. Jadi, mengasingkan tempat tidur merupakan salah satu perkra yang WAJIB ibubapa praktikkan.
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.
ANTARA TIPS YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN UNTUK MENGASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK ADALAH:
1)MULAKAN DENGAN MEMISAHKAN TIDUR
Pisahkan tempat tidur iaitu anak tidur di tilam lain, ibuayah di tilam lain, tetapi masih dalam bilik yang sama sebagai latihan awal.
2)PENYEDIAAN DAN PEMILIHAN BILIK
Sediakan bilik yang selesa, kemas dan menarik mengikut 'citarasa' si anak. Libatkan mereka dalam men'deko' bilik mereka tetapi biarlah bersesuaian dengan keperluan serta kemampuan ibu bapa.
3)PERSEDIAAN MENTAL DAN EMOSI.
Terangkan kepada si manja anda bahawa dia sudah besar dan harus berdikari. Tetapkan hari bila dia harus tidur sendiri dan ingatkan setiap hari atau dalam ertikata lain 'set mind' mereka dahulu supaya mereka bersedia
4) LATIH ANAK
Latih anak tidur di bilik sendiri pada waktu siang hari. Teman dia buat aktiviti bermain atau bercerita sehingga dia tertidur. Lakukan setiap hari sebelum tiba masa yang ditetapkan.
5)SEDIAKAN TEMPAT BERMAIN DAN LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA
Sediakan sattu sudut untuk mereka bermain dan menyimpan koleksi barangan kesayangan mereka, agar mereka lebih merasakan itu adalah bilik mereka
6) TEMAN ANAK DAN AJAR LAWAN RASA TAKUT
Jika anak belum berani, teman anak tidur, etapi jangan sampai pagi. Cukup sehingga dia terlena dan beritahu anak bahawa pintu tidak di kunci dan boleh datang ke bilik kita jika tersedar. Jika berlaku, pimpin kembali anak ke biliknya dan temanilah mereka sehingga terlena. Ini bertujuan untuk menerapkan rasa berani dala diri mereka.
7)BERCERITA DAN BERDOA
Bercerita kepada si kecil sebelum tidur. Ajar anak-anak untuk membaa 3 surah QUL dan doa tidur bagi menerapkan kekuasaan ALLAH yang sentiasa ada untuk melindungi hamba-Nya.
8) KEKALKAN RUTIN TIDUR
Kekalkan rutin tidur walaupun anak berpindah bilik. Elakkan meletak alat pandang dengar seperti televisyen, permainan(psp),atau komputer di bilik tidur kerana ia boleh menggangu waktu tidurnya.
9)BERIKAN PENEGUHAN POSITIF
Puji dan tunjukkan penghargaan pada si anak apabila bangun pagi. Boleh guna sistem 'reward' setiap kali mereka berjaya tidur dengan baik dan bersendirian dalam masa satu minggu. Ini adalah untuk memupuk keyakinan dan kesungguhan anak untuk terus mengakalkan prestasi tersebut.
10)LATIH KEMAHIRAN HIDUP
Galak anka-anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. Ibuayah boleh jadi 'moderator' dan menunjukkan cara yang betul untuk mengemas temapt tidur, melipat selimut, menyusun bantal dan sebagainya. 'daily living skills' ini penting untuk anak terus berdiakari dalam hidupinya.
ok, selamat mencuba, mungkin pda awalnya ia amat sukar, tapi ia bukan mustahil dan ibubapa perlu nekad supaya mendapat hasil yang terbaik. Jangan lupa juga berdoa padaNYA agar urusan dipermudah.
#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
-----------------------------------------------------------------------------------
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75 PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.
HUBUNGI SAYASEKARANG!!
AYUADYANI
sms@whatsapp@telegram 0147375771
FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENT
PENGEDAR SHAKLEE ANDA!
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
____________________________________________________________________________________
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment