Wednesday 1 July 2015

TIPS BERPANTANG SENDIRI UNTUK IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Berpantang merupakan tempoh2 yang sangat penting bagi ibu selepas bersalin. Ramai ibu memilih untuk berpantang sendiri akibat kekangan yang tak dapat di elakkan. Mungkin kerana ibu bapa telah uzur atau mungkin juga kerana anak2 telah bersekolah dan tidak mahu berjauhan dengan suami. Di sini saya kongsikan tips berpantang sendiri untuk ibu bersalin secara pembedahan yang saya baca dalam fb. Semoga memberi manfaat.








TIPS BERPANTANG SENDIRI UNTUK IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN.


1) Berbincang dan bersepakat dengan suami.

Ini sangat penting. Percayalah, kita tak boleh buat semua sendiri. Bila berpantang sendiri, suami perlu mainkan peranan, tak boleh riba tangan je. Kita kena bincang betul2 dengan encik suami, terangkan betul2 keadaan kita, Insyaallah, suami akan faham.
Terimalah hakikat bahawa kita perlu juga ada seseorang yang membantu kita. At least, bantu ambil barang, mandikan bayi, bakarkan tungku dan lain-lain.
Jika suami berkerja (bukan berkerja sendiri), minta suami ambil cuti tahunan untuk seminggu bagi memberi ruang kepada diri kita membiasakan diri untuk buat kerja-kerja dalam pantang sendiri. Kalau kerja kerajaan, memang suami akan dapat cuti tanpa rekod selama seminggu apabila isteri bersalin.
.
2) Mental perlu kuat. Hati mahu tenang.
Berpantang sendiri perlu kekuatan mental. Jika jiwa kita resah dan serabut dalam waktu berpantang kerana risau melihat rumah tidak terurus dengan baik, ia akan mengganggu pengeluaran susu badan (minggu pertama dan kedua paling kritikal menyusu bayi dengan kerap untuk elak bayi demam kuning) kerana jika tidak boleh kontrol, boleh mengakibatkan kita terkena penyakit MEROYAN.
Minta bantuan suami membuat kerja-kerja rumah (tapi jangan harapkan sesempurna seperti kita yang lakukan) atau boleh juga cari PART TIME MAID untuk membantu kita uruskan rumah. Boleh booked dari awal, ramai yang buat perkhidmatan ni sekarang. Mereka boleh datang masak, kemas rumah dan sebagainya.
.
3) Booking siap-siap tukang urut atau Confinement Lady
Jika tidak di booking siap-siap, bimbang bila kita perlukan mereka ini tidak 'available'.
Almaklumlah, bukan kita seorang yang bersalin. Walaupun bersalin secara pembedahan, kita perlu juga berurut supaya darah dalam badan berjalan lancar dan menghangatkan badan, susu badan keluar dengan lancar dan juga mengelakkan badan masuk angin.
Seeloknya 3 hari selepas bersalin sudah panggil makcik tukang urut. Elakkan berurut di bahagian pembedahan (biasa tukang urut tahu).
.
4) Persiapan barangan bayi :
Tidak perlu membeli barang bayi terlalu banyak. Cukup beli yang 'basic' dan penting dahulu seperti:
a) Baju lengan panjang, lengan pendek dan baju berlubang. Semuanya TANPA SELUAR. Seluar tak payah beli dulu kerana masa ni bayi pakai 'diapers' dan berbengkung.
b) Sarung tangan /sarung kaki
c) Selimut bayi. Kalo boleh yang ada hood. Senang sarung bila bawa bayi keluar ke klinik untuk elakkan kepala bayi masuk angin.
d) Tilam dan bantal bayi. Kalau boleh cari bantal yang berlekuk tengah supaya kepala bayi boleh 'centre'. Tips: selalu betulkan kepala bayi jika bayi tidur lama dengan kepala mengiring terlalu lama disebelah kanan atau kiri.
e) Toiletries bayi dan minyak telon.
f) Diapers New Born

*****pastikan barang keperluan ini diletakkan di tempat yang kita senang capai, boleh gunakan bakul yang bersesuaian dan bertutup (elak habuk)
.
5) Persiapan keperluan Ibu :
a) Tungku / Hot Water Bottle. Untuk awal-awal bersalin, bertungku dahulu di betis, di tapak kaki untuk elakkan angin masuk.
b) Bengkung. Bukan bengkung yang ikat-bertali tu tau. Bengkung yang zip zap. Sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan pakai. Bengkung ini juga boleh dibasuh mesin dan ada saiz mengikut saiz badan kita. Boleh dapatkan sebelum bersalin. Survey mana2 kedai atau banyak juga di jual secara online. Boleh tanya kawan2 atau ssaudara yang pernah menggunakannya.
c) Maternity pad untuk darah nifas. Jangan hairan apabila darah nifas ibu yang bersalin secara pembedahan tidak banyak keluar. Ini kerana semasa proses pembedahan, darah nifas sudah disedut/dipam keluar. Pilih pad yang sesuai, senag digunakan.
d) Pengering rambut. Untuk memudahkan ibu-ibu mengeringkan tempat luka bersalin selepas mandi. Ini penting agar luka betul2 kering yea, nanti kalu tak kering, akan timbul komplikasi lain pula
e) Supplemen. Seperti yang saya cakap tadi, supplement sangat penting untuk memastikan badan kita kembali sihat selepas menjalani proses kelahiran yang sangat memenatkan. Apatah lagi jika bersalin secara pembedahan, Luka jahitan nak jaga, anak nak jaga juga kan. Kalau badan kita lemah, itu lah nanti yang akan menyumbang kepada meroyan tue..
Saya sangat mencadangkan ibu2 yang berpantang mengambil supplemen dari shaklee, Saya sendiri telah mencubanaya, dan Alhamdulillah sangat memuaskan. Sesuai untuk bersalin normal mahupun secara pembedahan. Yang penting selamat, semulajadi dan Insyaallah berkesan. Boleh baca manfaat set berpantang sahklee di sini.

BERKESAN KE SET BERPANTANG SHAKLEE NI?
saya juga adalah pengguna, boleh baca kisah saya di sini.

TESTIMONI LAIN;


boleh dapatkan lebih tesimoni berpantang di sini.

anda juga mungkin meminati:

1) resepi berpantang normal / ceaserean 
2) tips jaga luka bersalin normal / czer.
3) senarai semak sebelum bersalin 



tunggu apa lagi? ANDA WAJIB MENCUBA SET BERPANTANG SHAKLEE HARI INI! HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKANNYA BERSERTA KHIDMAT RUNDINGAN YANG DIBERI SECARA PERCUMA DAN BERTERUSAN.


AYUADYANIsms@whatsapp@telegram 0147375771FB: R.U ADYANI AB RAHMAN
FP:3D HEALTH&BEAUTY SUPPLEMENTINSTAGRAM: 3D_HEALTH_N_BEAUTY_SUPPLEMENT
                                        #KONGSI KEBAIKAN#SEBAR KEBAHAGIAAN
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEAHLIAN:KLIK DI SINI.
                                                       "INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..MODAL SERENDAH RM75  PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

_________________________________________________________________ Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU