Friday, 16 January 2015

TIPS PUJUK ANAK ENGGAN KE SEKOLAH: KETAHUI PUNCA DAN PENYELESAIANNYA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA


Minggu pertama persekolahan menginjak hari ke 5 hari ini. Pelbagai ragam dan keletah kanak-kanak dapat disaksikan sepanjang minggu, seawal hari pertama lagi. Ada yang menangis minta ibubapa menunggu, ada yang pada mulanya tidak menangis, tetapi kemudiannya menangis apabila melihat rakan lain menangis. Lucu juga bila di lihat keletah kanak2 ni kan. Tak kirang juga yang tidak mahu ke sekolah kerana takut. Alhamdulillah, saya tidak mengalami situasi ini untuk 2 ahli syurga saya, si abang danish (6yo) dan si kakak damia (4yo), si abang memasuki tahun ke 3 persekolahan, manakala si kakak baru memulakan sesi pembelajaran secara rasminya tahun ini. Namun di sini, saya kongsikan sedikit cara atau tips memujuk anak yang enggan ke sekolah berdasarkan pembacaan saya.

MY LITTLE CALIPHS: PEMINAT TEGAR MEALSHAKES, CHEWABLE VITA C DAN VITALEA FOR KIDS
Hehehe.. inilah gambar 2 anak ssaya yang dah bersekolah dan sentiasa bersemangat untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, bahkan si kakak tu nak ke sekolah sejak berumur tig tahun lagi. Mana taknya, asyik jadi driver ambil dan hantar abang ke sekolah je kan, mestilah teringin juga. Ingat lagi ketika beliau berusia 3 tahun, tatkala si abang balik bercerita tentang kawan2 di sekolah, dia turut mencelah dengan menceritakan kawan yang ade dalam imaginasinya..hehehe.. 

Baiklah, sebelum kita tangani masalah anak yang tak mahu ke sekolah ni, ape kata kita kaji dulu faktor yang menyebabkan anak kita tidak mahu ke sekolah. Jika ia berlaku dalam masa seminggu, itu adalah normal, mereka belum menyesuaikan diri, tapi jika ianya berterusan, mesti ade sesuatu yang tak kena kan. Jom tengok punca dulu:

Antara punca biasa yang dialami anak-anak sehingga menyebabkan dia enggan ke sekolah adalah berikut:

·         Cikgu yang terlalu garang dan bengis.

·         Kawan-kawan yang suka ambil kesempatan atau membuli.

·         Persekitaran sekolah yang tidak selesa.

·         Anak ketinggalan dalam pelajaran.

·         Anak tidak dapat apa yang dia kehendaki.

·         Anak tidak mempunyai kawan.

Sebaiknya ibu bapa sebagai orang paling rapat dengan anak hendaklah bijak menangani masalah ini.  Usah terlalu lembut hati mengikut sahaja kerenah mereka, ketegasan dalam kelembutan perlu ada. Bertindak bijak tangani masalah adalah lebih baik daripada menjadikan ia masalah dan terus menganggap ia masalah.

Panduan tangani anak enggan ke sekolah:

1.      Pujuk anak dan cungkil apa masalah sebenarnya. Selidik perkara ini ketika moodnya baik.  Dalam masa yang sama cuba nasihat dan bercakap dalam nada lembut dengannya tentang kebaikan pergi ke sekolah.

2.      Kenalkan anak dengan guru. Wujudkan rasa selesa dan selamat dengan guru mereka. Jika ada masalah berjumpa dan berbincang dengan guru tentang masalah anak di sekolah. Mungkin boleh meminta bantuan guru untuk memujuknya (menerusi telefon) dengan mengatakan “Cikgu rindulah dengan Damia, datanglah sekolah. Macam-macam boleh belajar.”

3.      Kenalkan dia dengan kawan yang boleh dia bermain dan bergantung harap. Jika ada kawan, mereka akan rasa selamat berada di tempat yang begitu asing kepada mereka.

4.      Pemilihan sekolah dengan persekitaran menarik, ceria dan guru yang bagus amat penting sebenarnya. Kadang kala anak-anak ni bukan sengaja tidak mahu ke sekolah tetapi faktor murid lain yang mungkin pembuli, nakal, mengusik, kelas yang hambar, cikgu yang garang dan menakutkan kanak-kanak membuatkan mereka kecut perut dan berasa tidak selamat berada di sekolah.

5.      Ceriakan waktu anak bersiap hendak ke sekolah. Ibu bapa janganlah cepat hilang sabar apabila anak kecil sukar bangun pagi. Bersabar dan jangan terus memarahinya kerana ini akan membuatkan mereka sedih dan tidak seronok untuk ke sekolah.Macam saya lak, anak2 akan request menu sarapan mereka sebelum ke sekolah..hehehe..

6.      Tidak perlu kita marah atau pukul anak-anak yang masih mentah ini. Kalau perlu dijanjikan hadiah supaya mereka ke sekolah, pujuklah dengan cara itu dan hadiahnya adalah benda yang bermanfaat seperti buku cerita atau buku lukisan. Bukan permainan atau gula-gula. Mereka adalah anak kecil yang suka menerima ganjaran. Kalau si abang tu, selalu minta vitamin lebih katanya nanti kat sekolah tak penat,hihihi..layankan je lah..

7.      Masuk ke bilik anak, peluk dan ciumnya serta bisikkan kata-kata harapan bahawa papa dan mama mahu dia ke sekolah dengan riang dan ceria tanpa tangisan lagi.

8.      Bacakan Surah Taha ayat 1-5 dan hembus di ubun-ubunnya.

9.      Bacakan ayat Nabi Daud a.s yang bermaksud “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi"

10.  Lakukan solat hajat dan mohonlah agar ALLAH SWT permudahkan urusan seharian kita seperti yang diharapkan. Sesungguhnya doa itu senjata seorang mukmin.

Semoga usaha yang dilakukan mampu menangani masalah anak-anak kecil enggan atau meragam tatkala hendak ke sekolah.

Apa pun, sebagai ibu bapa, kita tentunya lebih arif tentang sikap dan tabiat anak2 kita kan hehe..gunalah apa saja kemahiran yang kita ada =)

yang penting, pastikan anak2 kita DAPAT SEMUA ZAT DAN VITAMIN YANG DIEPRLUKAN UNTUK TUMBESARAN AGAR sentiasa sihat dan cerdas supaya dapat belajar dengan lebih tumpu dan selesa.

salam sayang, ummi3D

#KONGSI KEBAIKAN

#SEBAR KEBAHAGIAAN
-----------------------------------------------------------------------------------------
NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75

 
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DISKAUN HARGA DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI

AYUADYANI
Sms@whatsapp@telegram 0147375771
fb: r.u adyani ab rahman
fp: 3D health&beauty supplement

_________________________________________________________________Saya adalahpengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

sumber:pama.karangkraf.com


No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU