ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
Umumnya, apabila kita setiap pasangan yang dikurniakan anugerah anak akan membuat pelbagai persediaan dalam memastikan cahaya mata yang bakal lahir mendapat yang terbaik. Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk.
TAHUKAH ANDA?
jenis penyusuan juga merupakan satu keperluan yang paling utama untuk disediakan kepada bayi kita.Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
- Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
- Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
- Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
ALHAMDULILLAH, SAYA telah dapat menyediakan yang terbaik untuk penyusuan anak saya. Si kakak sebelum ni menyusu sehingga 2 tahun lebih (berhenti 2bulan sebelum saya melahirkan si adik).SEKARANG, saya masih lagi menyusukan anak yang berusia 10 bulan tanpa setitik pun susu formula. Semuanya dengan azam dan tekad, serta KEIZINAN dari TUHAN yang maha Kuasa, dengan bantuan SET BERSALIN dan set menyusu pakej E dari shaklee.
DAPATKAN PILIHAN PAKEJ YANG ANDA MAHU DI SINI:
HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA:
P/S: JADUAL MAKAN SUPLEMEN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI
No comments:
Post a Comment