Friday, 7 November 2014

PERSEDIAAN AWAL UNTUK MENYUSUKAN BAYI DENGAN SUSU IBU (BREAST FEED)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

PERSEDIAAN.. Aspek yang paling penting sebelum kita menulakan sebarang kerja. kena sedia, mental dan fizikal. Begitu juga bagi ibu-ibu dan bakal ibu yang berazam untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu, di sini saya kongsikan beberapa tips yang boelh di praktikkan oleh anda, bermula seawal bayi masih dalam kandungan.


Persediaan awal

  • Sebelum kelahiran
  • Semasa kelahiran
  • Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami.
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
  • Sentuhan kulit
  • Permulaan awal
  • Menyusu mengikut kehendak
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
  • Tiada puting tiruan

Semasa melahirkan

Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

SELAMAT MENCUBA. SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT.


MAKANAN TAMBAHAN/SUPLEMEN
Perlu diambil untuk badan kita sentiasa sihat dan cergas, serta dapat mengeluarkan susu yang banyak. boleh basa lanjut di sini.

#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN

DAPATKAN SET MENYUSU SHAKLEE ANDA DISINI.

NAK DAPAT KAN SEBARANG PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.
P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI


"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI"


PENGEDAR SHAKLEE BANDAR COUNTRY HOMES, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG, SERI GOMBAK, BATU CAVES,SELAYANG, KOTA BHARU,KELANTAN.

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU