ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
SUBHANALLAH..Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam yang telah mencipta segala isi langit dan bumi. Bercerita mengenai susu ibu, memang tidak akan sampai ke penghujungnya. Satu keajaiban yang tersembunyi 1001 kebaikan. SUSU IBU, bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi, tetapi juga kepada si Ibu. Dewasa ini, kita sering di sogokkan dengan berita tentang penyakit2 yang melanda kaum wanita. Antaranya kanser payudara, kanser rahim, dan sebagainya. Kadang-kadang terfikir, ape punca nya, Mungkin juga kerana gaya hidup kaum wanita hari ini yang tidak lagi memberikan peranan yang sepatutnya sebagai seorang ibu, akibat kekangan2 seperti bekerja untuk membantu suami mencari nafkah. Namun itu hanya sekadar pendapat saya. Terpulang kepada anda untuk menilainya..
Disini saya sertakan beberapa manfaat yang diperoleh oleh ibu jika menyusukan bayi dengan susu ibu:
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
- membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
- Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
SUBHANALLAH, sebenarnya banyak lagi, tapi ini yang saya 'highlight'kan.
jom sama-sama berikan yang terbaik untuk ahli syurga yang telah di amanahkan kepada kita
#salam sayang
#sebarkan kebaikan
#sebarkan bahagia
LOT OF LURVE,
_ummi3D_
No comments:
Post a Comment