Saturday, 27 December 2014

PUNCA JERAWAT DI KALANGAN REMAJA: STRESS DAN HORMON TAK DAPAT DIELAKKAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat. bENARKAH HORMON DAN STRESS ADALAH FAKTOR PENYUMBANG BERLAKUNYA JERAWAT DI KALANGAN REMAJA?




Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

KENALI PUNCA-PUNCA JERAWAT:

Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. Ketahui cara atasi stress anda DI SINI.

Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda. Pastikan alat solek yang anda gunakan bebas dari bahan kimia berjadual. Boleh dapatkan set penjagaan wajah yang seamat, murah dan berkesan DI SINI.

Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

APA CARA UNTUK MEMBANTU MEMULIHKAN JERAWAT DAN PARUT JERAWAT:
SET JERAWAT SHAKLEE TERDIRI DARIPADA:


P/S:JANGAN TAK TAHU, ADE YANG CAKAP SET INI SETANDING DENGAN COLLAGEN TAU.. selain itu anda juga boleh mendapatkan set enfuselle untuk mengatasi masalah jerawat anda.


TESTIMONI:






jika ini yang anda hadapi, tunggu apa lagi, jom cegah dan rawat jerawat anda bermula ari dalam..dapatkan produk anda hari ini di sini;


BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DISKAUN HARGA DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.
P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI
#KONGSI KEBAIKAN

#SEBAR KEBAHAGIAAN

NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75

 
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.
_________________________________________________________________________________
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

kredit: http://www.drhasseenah.com/
         :http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=490

No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU