ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Susu ibu, jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara membangun.Susu ibu memberikan pelbagai manfaat kepada bayi mahupun ibu yang menyusukan. Walaubagaimanapun, masih terdapat ibu2 di luar sana yang mungkin masih tidak menyedarinya. selain itu terdapat juga beberapa dongeng atau mitos tentang penyusuan susu ibu yang sering disogokkan kepada para ibu. Kali ini saya nak kongsi beberapa mitos dan fakta tentang penyusuan susu ibu yang saya baca.
20 MITOS BERKAITAN PENYUSUAN SUSU IBU:
1) SUSU KERING
- Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh. boleh baca sebab susu kurang DI SINI.
2) LUKA
- Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.
3) PENYEBAB SAKIT KUNING / JAUNDIS
- Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.
4) BERHENTI MENYUSU BILA BAYI MUNTAH / BATUK
- Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.
5) BERHENTI MENYUSU BAYI KERANA IBU MENGAMBIL UBAT
- Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.
6) MAKAN BANYAK UNTUK HASILKAN BANYAK SUSU
- Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.Boleh baca 21 tips tingkatkan susu ibu DI SINI.
7) BAGI BAYI AIR MASAK
- Tidak benar! Susu ibu akan berubah suhu mengikut cuaca supaya ia mampu menghilangkan dahaga pada bayi. Ibu boleh lihat pampers bayi dan check kuantiti air kencing untuk mengetahui bayi dapat susu mencukupi atau tidak.
8) URUT PUTING SEBELUM MENYUSUKAN BAYI
- Payudara seorang wanit telah dicipta secara semulajadi untuk susu kan bayi. Mengurut puting hanya menambahkan sakit pada puting.
9) MESTI SUSUKAN BAYI DENGAN KEDUA-DUA PAYUDARA
- Cara ini memang akan seimbangkan payudara. Tapi, seeloknya beri bayi minum susu pada satu payudara sehingga bayi sendiri melepaskannya. Ini ada kaitan dengan hindmilk dan foremilk.
10) BANYAK SUSU BERGANTUNG PADA SAIZ PAYUDARA
- Sangat tidak tepat! penghasilan susu dapat bertambah dengan usaha serta tindakan yang betul. Bukan mengikut size payudara.
11) BAYI MINUM BOTOL AKAN KEMBUNG PERUT
- Bayi minum susu ibu pun terdedah dengan masalah kembung perut. Bergantung pada pemakanan si ibu. Tidak semestinya minum guna botol sahaja yang akan kembung perut.
12) MULA KERJA STOP SUSU BADAN SEBAB TAK SEMPAT BUAT STOK
- Silap! Dari dalam pantang dah boleh mula buat stock dan ibu boleh mengepam di office walaupun anak ditinggalkan ketika keluar bekerja. Boelh baca persediaan awal untuk menyusukan bayi DI SINI.
-Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
14) TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
-Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut ‘dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya’. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat. Boleh baca tentang kepentingan berpantang DI SINI.
15) BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
-Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara ‘berada pada payudara’ dan ‘menyusu’.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan. Boleh baca tips atasi bengkak susu DI SINI.
16) BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
-Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin D ketika dlm kandungan.
17) IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
-Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
18) MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
-Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu. Boleh baca cara simpan susu ibu DI SINI.
19) WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
-Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb lain tetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan. Boleh baca tentang emakanna wanita hamil DI SINI.
20) LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
-Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.
Boleh tanya saya sebarang masalah penyusuan yang anda alami, mana yang boleh share, saya kongsikan..
akhir kata:
HAPPY BREASTFEEDING MOM!!
#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
#SEBAR KEBAHAGIAAN
NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DISKAUN HARGA DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.
P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.
pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.
KREDIT: anizyn.blogspot.com
No comments:
Post a Comment