Tuesday, 23 December 2014

ANAK MENYUSU LEBIH DARI 2 TAHUN MENDATANGKAN PENYAKIT? APA PULA HUKUMNYA?

ASSALAMUALAIKUM W.B. & SALAM SEJAHTERA

Kita tahu, susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk tumbesaran anak2 kita, memberikan 1001 manfaat untuk anak kita baik dari segi rohani, emosi dan juga jasmani. Namun, disebalik itu, tempoh menyusukan bayi bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditempuhi. Pelbagai cabaran perlu lalui. Persediaan menyusu, Cara nak tambah susu,susu berkurang, pemakanan ibu menyusu,bengkak susu, tak kurang juga tentang mitos penyusuan susu ibu yang sering bermain di fikiran ibu2 kan.Kali ni saya nak kongsi pula tentang hukum anak menyusu lebih dari 2 tahun, serta kesan akibat anak menyusu lebih dari 2 tahun. Actually, saya pun ade pengalaman menyusukan bayi saya, si kakak, sehingga 2 thn 4 bln, itu pun weaning off sebab adiknya akan lahir dlm masa sebulan..hehehe...


SOALAN 1:

APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?

JAWAPAN:
Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ 


Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."


Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.



Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:
إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه
‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’
Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:
فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة
‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.
Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.

SOALAN 2:
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?
JAWAPAN:

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

KUPASAN USTAZ AZHAR IDRUS ENGENAI MENYUSUKAN BAYI SELEPAS 3 TAHUN:


HAAAA....APA2 PUN, SUSILAH BAYI ANDA DENGAN SUSU IBU..Nak tahu ape vitamin yang boleh di ambil oleh ibu menyusu DI SINI dan doa yang boleh di amalkan untuk meningkatkan susu ibu, boleh baca DI SINI.

*****HAPPY BREASTFEEDING MOMMIES!!

#KONGSI KEBAIKAN

#SEBAR KEBAHAGIAAN

NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
BOLEH JUGA HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, DISKAUN HARGA DAN KHIDMAT RUNDINGAN EKSLUSIF SECARA PERCUMA.
P/S: JADUAL MAKAN DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN KAMI

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75

 
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.

pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.

sumber: Soalan yang saya ambil dari bacaan beberapa blog termasuklah segmen soal awab agama utusan online dan juga blog susuibu.com serta blog surau al hidayah.


No comments:

Post a Comment

PELUANG BISNES DROPSHIP UNTUK PELAJAR MODAL RM 35 SAHAJA

https://youtu.be/J-Xpoz6gKzU