ASSALAMUALAIKUM W.B.T.& SALAM SEJAHTERA
Suntikan epidural adalah kaedah yang paling popular untuk melegakan kesakitan sewaktu proses bersalin.lebih daripada 50% wanita memilih untuk mengambil epidural sewaktu bersalin? Kali ini saya nak kongsi dengan anda tentang epidural; apa itu epidural,bagaimana epidural berfungsi, apa kesan pengambilan epidural/pengtingkah epidural?
APA ITU EPIDURAL?
Ia merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda. Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda. Kaki anda juga akan berasa kebas. Anda tidak lagi merasakan sebarang kontraksi.
Kadang-kala, kateter dilekatkan kepada satu pam kecil yang membolehkan pakar bius mengawal jumlah anestetik lokal yang anda perlukan atau suntikan dos dikawal oleh pam untuk melepaskan dos anestetik yang sedikit setiap beberapa minit.
BAGAIMANA EPIDURAL BERFUNGSI?
Ia berfungsi seperti mana anestetik lokal berfungsi apabila doktor gigi mengebaskan mulut anda sebelum mencabut gigi. Pakar bius akan mematikan saraf yang fungsinya ialah membawa isyarat-isyarat rasa sakit dari rahim dan serviks anda.
KAWASAN KEBAS |
APAKAH KELEBIHAN EPIDURAL?
- Amat berkesan mengurangkan sakit bersalin
- Mengurangkan secreation cathecolamines yang memberi kebaikan pada bayi semasa bersalin
- Sekira di perlukan membuat forcep atau vakum,uri tersangkut dan diperlukan di buang secara manual,koyakan pada vagina ekstensif maka epidural boleh di top-up sebelum prosedur ini dilakukan. Satu kelebihan epidural adalah paras kesakitan pesakit boleh di ubah-ubah dengan kawalan kepada jumlah ubat yang dimasukkan.
- Analgesia selepas pembedahan yang efektif seperti caesarean
- Boleh digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi dalam kes darah tinggi
APAKAH KELEMAHAN DAN KOMPLIKASI EPIDURAL?
- Gagal memasang epidural
- Epidural blok sakit tidak sekata dan lengkap. Maknanya ibu masih lagi berasa sakit pada tempat-tempat yang tertentu pada bahagian perut.
- Tekanan darah merudum rendah/Hipotensi
- Mengekang pergerakan ibu kerana alatan
- Sakit pada bahagian disuntik tetapi tiada perkaitan dengan epidural dan sakit belakang dalam jangka masapanjang.
- Kesukaran bernafas
- Kecederaan pada system saraf tunjang.
- Dural puncture/kebocoran dural
Nota: Kebarangkalian komplikasi berlaku adalah tipis sekali . Kebaikan epidural mengatasi keburukannya maka ianya banyak digunakan dalam pembedahan caesarean,bersalin dan kes-kes otopedik. Untuk pembedahan caesarean, kombinasi spinal dan epidural digunakan selalu tetapi bagi ibu yang telah mempunyai epidural, caesarean dilakukan dengan epidural sahaja. Bius Am tidak lagi digunakan untuk caesarean kecuali kes-kes yang epidural tidak dapat diberi atau gagal kerana bius am mempunyai banyak komplikasi terutama kalau terjadinya aspiration syndrome. Makanan termasuk kedalam paru-paru yang membawa musibah yang lebih buruk.
BILAKAH EPIDURAL BOLEH DIBERIKAN?
1. Bila proses bersalin telah maju iaitu bila pintu rahim terbuka 3 cm keatas. Pada peringkat awal (pintu rahim terbuka kurang dari 3 cm) kadangkala kontraksi boleh terhenti dengan sendiri.
2. Bila sakit semakin kuat. Sakit bersalin yang terkuat adalah pada 8 hingga 10 cm. Kadangkala kalau minta epidural pada waktu-waktu terakhir mungkin sukar dan tidak berbaloi. Oleh itu disarankan minta seawall yang mungkin.
Selalunya doktor akan sarankan epidural pada ibu yang mengandung anak pertama supaya mereka tidak traumatised dengan proses bersalin. Anak ke 2 dan seterusnya,proses bersalin akan menjadi mudah dan cepat DAN mungkin tidak perlu epidural.
ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI:
1)PENJAGAAN LUKA BERSALIN
2) MENU DALAM PANTANG
3)TIPS TAMBAH SUSU IBU
4) TIPS ANAK SIHAT DAN BIJAK
5)SEMBELIT DIKALANGAN IBU BERSALIN DAN MENGANDUNG
6) PUNCA SUSU IBU BERKURANG
SEMOGA BERMANFAAT!!
#KONGSI KEBAIKAN
#SEBAR KEBAHAGIAAN
NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
#SEBAR KEBAHAGIAAN
NAK JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN PRODUK DENGAN HARGA AHLI?KLIK DI SINI.
"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?
BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN..
MODAL SERENDAH RM75
PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA.
_________________________________________________________________________________
Saya adalah pengedar shaklee bandar country homes, bandar tasik puteri, rawang, selayang, gombak, batu caves, selangor, kota bharu,kelantan.Pengeposan seluruh Malaysia.SUMBER:
www.babycenter.com.
http://obgyndrsuhaimi.blogspot.com/
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. kebaikan suntikan epidural.
ReplyDeletesama2..
Delete